Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka hiasan dalaman mampu mengubah keseluruhan kediaman jenis apartment yang usang ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa.
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini kediaman ini.
Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.(pada waktu itu)
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya) Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik) Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
“Hitam putih” sering dikaitkan dengan warna Monochrome yang mencerminkan reka bentuk minimalis dan kontemporari.
Umpamanya jika selama ini ruangan tangga nampak kusam dan tidak berseri, apa kata ubah menjadi lebih wow dengan cara yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka ini.
Tanpa memerlukan kos yang banyak dan yang penting tidak perlu pun menukar kepada tangga kayu namun ruangan tangga yang diidamkan selama ini dengan konsep hitam putih dapat direalisasikan menggunakan cat epoxy. Lebih mengujakan, semuanya dilakukan sendiri memandangkan dia PJJ dengan pasangannya.
Ini perkongsiannya semoga terinspirasi!
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy.
Akibat banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakkan dia orang cat tangga tapi tangga dia orang semua jenis kayu buka batu dan tiles .
So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy bukan matte saya nak yang matte finishing, almost give up juga tapi hasil godek shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing.
Harga dia pon mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.
Untuk tangga saya yang 16 steps kecil 2 steps besar- ✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup2)
✅Warna Putih -2tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1tin
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so sebabkan dia kena mix dengan hardener untuk tak nak bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dah mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan tak nak bazirkan duit dan cat saya bahagi-bahagikan ratio.
Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering then baru start undercoat untuk garisan-garisan tiles tu saya biarkan sahaja, bila dah cat dia tak nampak obvious sgt..cantik sahaja.
Saya buat sorang sebab saya pjj dengan husband saya,since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidor, saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidor dah boleh pijak.
Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood hahaha but bila dah siap rasa membuah hasil.
Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru, belum ada kopek-kopek even saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas. colour pon tak ada pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.
Cons satu je bila tangga hitam ni,akan senang nampak berdebu..memang dia akan buat kita jadi rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.
Dengan menggabungkan pelbagai tekstur, bahan, dan corak dalam skema warna yang sama, ruangan monokromatik boleh terasa kaya dan berlapis, sambil mengekalkan rasa ketenangan dan kesinambungan visual.
Siapa sangka kediaman nampak usang dan hambar yang berusia 35 tahun ini mempunyai hiasan dalaman yang indah serba lengkap.
Malah, kediaman jenis apartment yang terletak di Petaling Jaya ini juga ditatarias dengan konsep rustik industrial yang cantik dan menyenangkan jiwa.
Rekabentuk teliti dan sarat dengan elemen industrial dengan penggunaan bahan yang sengaja dibiar raw dapat dilihat pada segenap ruang kediaman berusia lebih 30 tahun ini.
Untuk info, pemilik rumah ini telah menggunakan khidmat dari firma rekabentuk hiasan dalaman professional, Icon Factory yang membuktikan bahawa kediaman lama juga boleh tampil menarik jika diberi treatment yang betul.
Untuk info, sentuhan Rustik Industrial merujuk kepada gaya hiasan dalaman yang menggabungkan elemen-elemen raw material yang sering kali dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan seperti kayu, logam, dan batu bersama dengan reka bentuk yang sederhana namun fungsional yang sering dilihat dalam tetapan industri atau kilang.
Bilik air yang bersih dan cantik adalah idaman setiap pemilik rumah. Untuk mencapainya, anda boleh memulakan dengan memilih jubin yang mudah dibersihkan dan mempunyai reka bentuk yang menarik. Pemilihan warna juga dapat mencipta rasa ketenangan dan kebersihan.
Namun, pasti kos ‘makeover’ tandas ini agak mahal jika panggil orang buatkan.
Rupanya anda boleh sahaja DIY melakukannya sendiri. Pasangan suami isteri ini, melakukan projek ubahsuai bilik air dijadikan inspirasi buat yang lain untuk memiliki ruang bilik air yang sempurna dengan melakukan ubahsuai pada bajet yang rendah.
Difahamkan kos yang digunakan tidak melebihi RM 500. Jadi buat anda yang ingin mengetahui lanjut, ini perkongsiannya.
Jom baca sebelum anda pula dapat memulakan projek ubahsuai bilik air seperti ini.
”Projek kami suami isteri time pkp, dh siap”- Laila Salleh
Bahan-bahan yang digunakan :
Total lebih kurang RM500 untuk,
– cat kapur oren (Nippon dalam
Cod cheetah spots)
– epoxy hitam 5L
epoxy putih 5L
-Coating
– dan lain-lain
Cat cukup untuk digunakan pada 3
tandas, termasuklah 2 tandas lain
yang kami cat putih dan hitam
keseluruhannya.
Langkah demi langkah
step 1 – sanding (kertas pasir grade 320)
step 2 – primer coating 2 layer(Nippon paint protective coating)
step 3 – Epoxy floor paint (2 layers KTH, white)
step 4 – buat corak (diecut hard plastic cover, KTH epoxy floor paint, black)
step 5 – Epoxy Clear Finish (2layers Nippon)
Tips:
Guna 4″ sponge roller refill utk buat cop cop je, xyah guna batang roller.
Cermin, shower dan towel holder tu spray guna black matte.
Akhir sekali jangan lupa untuk menyediakan penyimpanan yang cukup agar barang-barang kebersihan dapat disimpan dengan rapi, ini akan membantu menjaga bilik air supaya sentiasa kelihatan teratur dan luas. Penambahan tanaman hiasan atau elemen alami lain juga boleh meningkatkan estetika dan memberikan sentuhan segar pada bilik air anda. Pastikan juga sistem pengudaraan yang baik untuk memastikan bilik air kekal kering dan menghindari pertumbuhan kulat atau lumut.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.