Siapa tak marah apabila kediaman mewah yang dibina disamakan dengan kedai tomyam.

Tular apabila usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu terlihat murah dek susunan perabot dan perhiasan yang digunakan.

Banglo Mewah Disamakan Dengan Kedai Tom Yam, Alif Syukri Saman Pereka Dalaman

Bidas Aliff, rumah mewahnya itu dihasilkan oleh pereka dalaman terkemuka di dalam Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta agar individu yang dipercayai merupakan pereka dalaman itu agar tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai.

Cita rasa berbeza-beza

Jelas Aliff lagi, setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza-beza dalam aspek mendekorasi rumah.

IKLAN

” Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyam lah, buruk lah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak.” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

” Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik.”

Aliff juga juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

IKLAN

Maaf Secara Terbuka

Susulan itu, pereka dalaman tersebut telah tampil dengan satu kenyataan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.

Pereka dalaman, Filla Ismail berkata kenyataan yang dibuatnya mengenai rumah Aliff Syukri sebelum ini hanyalah bertujuan untuk ilustrasi, bukan fakta.

Banglo Mewah Disamakan Dengan Kedai Tom Yam, Alif Syukri Saman Pereka Dalaman

Dia tidak berniat untuk menyindir dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tehadap mana-mana pihak termasuklah Aliff Syukri. Filla juga mengaku baru tahu bahawa pereka hiasan dalaman untuk rumah jutawan kosmetik itu dalam kalangan profesional.

IKLAN

Pihaknya sangat menghormati dan menghargai sumbangan pihak itu kepada industri hiasan dalaman.

Banglo Mewah Disamakan Dengan Kedai Tom Yam, Alif Syukri Saman Pereka Dalaman

15 Fakta Aliff Syukri Palace

  • Konsep rumah Aliff adalah Royal modern classic
  • Dibeli pada 2015 dan melakukan pengubahsuaian sepenuhnya pada 2016 dan siap pada April 2018
  • Dibeli dari seseorang yang begitu dikenali di Malaysia
  • Mempunyai 12 orang pengawal keselamatan
  • Aliff Syukri Palace berkeluasan 1 ekar
  • Mempunyai 30 buah bilik termasuk gimnasium, surau, bilik kebal dan rumah untuk kucing kesayangannya, Dodi
  • Ada Pelbagai bilik, Rumah Aliff dilengkapi bilik ‘luggage’, bilik teater, dining room, ruang pejabat, show kitchen, powder room dan beberapa bilik mandi mewah
  • Selain itu ianya turut dilengkapi master jacuzzi room, wardrobe room, bilik barangan kemas, ruang keluarga, pantry, bilik belajar dan second master bedroom
  • Bilik Tetamu Yang Mewah. Mempunyai 4 bilik tetamu dimana salah satu daripada bilik tersebut mempunyai 2 king bed dan 1 single bed.
  • Hampir disetiap koridor mempunyai gambar Aliff dan keluarga
  • Tingkat bawah tanah juga mempunyai bilik, bilik pinggan mangkuk dan kawasan parkir kereta yang boleh memuatkan 8 buah kereta dalam 1 masa
  • Tandasnya juga serba mewah dan terlihat arca patung yang berasal dari Itali
  • Semua perabot di dalam rumahnya ini diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta hasil pereka hiasan dalaman
  • Boleh dikatakan semua perabot dan hiasan rumah adalah bertemakan emas dan edisi terhad
  • Bilik teater Aliff direka oleh pereka yang sama membuat TGV cinemas

Mesti Baca:Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang
Baca Lagi Di Sini:Renovasi RM60K Kediaman Moden Minimalis Tampil Sempurna Dengan Rona Monokrom
Artikel Menarik:DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

Sumber: Datuk Seri Aliff SyukriTikTok @Filla Studio

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI