Tidak lama lagi kita bakal menyambut perayaan Aidilifitri, jadi pasti ramai yang mahu menukar warna cat dinding rumah yang baharu. Bagi anda yang ingin menukar warna cat dinding rumah sendiri, tidak perlu lagi menggunakan cara lama untuk melakukannya.
Jika sebelum ini, anda masih mengecat dinding rumah dengan menggunakan alatan berus cat jenis ‘Roller’ tetapi kini sudah ada cara yang lebih mudah boleh anda lakukan.
Apa kata anda menggunakan mesin penyembur cat seperti ini untuk mengecat dinding di rumah anda. Penggunaan mesin penyembur cat ini bukan sahaja memudahkan kerja mengecat anda, tetapi ia juga membolehkan anda mendapatkan hasil cat yang lebih sempurna dan cantik.
Bukan itu sahaja, dengan menggunakan mesin penyembur cat ini juga, ketebalan warna cat pada permukaan dinding akan lebih sekata berbanding dengan penggunaan alat ‘Roller’ dan ia sememangnya amat mudah untuk dikendalikan.
Ads
Dari segi harganya pula, tidak begitu mahal dan sangat berpatutan. Anda boleh mendapatkan mesin penyembur cat ini dengan harga anggaran sekitar RM63.90 sehingga RM89.90 sahaja.
Jika anda mahu memiliki mesin penyembur cat ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ads
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Apabila sudah seminggu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, pastinya ada segelintir di kalangan anda yang sudah mula berasa bosan dan jemu untuk berbuka puasa di rumah. Bukan itu sahaja, kadang-kala kita juga sudah muak dengan juadah menu makanan yang dibeli di bazar Ramadan khususnya.
Jadi, bagi anda yang ingin mencari tempat atau lokasi untuk berbuka puasa yang menarik, mari IMPIANA kongsi dan cadangkan kepada anda tiga lokasi yang menarik boleh dijadikan sebagai pilihan.
Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown
Quan’s Bazar Selera ini telah diperkenalkan oleh hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang terletak berdekatan sekitar Chinatown di ibu kota.
Apa yang menariknya mengenai lokasi ini, Quan’s Bazar Selera menyediakan santapan bufet juadah makanan dengan keunikan tradisi Chinatown itu sendiri kolaborasi bersama tukang masak terkenal, Cef Naem Ramli.
Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown
Untuk maklumat anda, santapan bufet Quan’s Bazar Selera ini telah bermula pada 23 Mac lalu sehingga 21 April depan dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Anda boleh menikmati juadah makanan di sini dengan harga serendah RM148+ untuk dewasa, manakala warga emas dan kanak-kanak umur 6 hingga 12 tahun mendapat diskaun harga potongan sebanyak 50%. Untuk umur 6 tahun dan ke bawah, adalah percuma.
Untuk info lanjut atau tempahan, sila layari laman sesawang www.quanskitchenkl.com atau hubungi di talian menerusi aplikasi WhatsApp, +60125073327.
Foto: Instagram @sheratonimperialkl
Santapan bufet Feast Of 7 Wonders yang telah diperkenal oleh Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ini pula menyediakan pelbagai jenis menu juadah makanan dari 7 wilayah negara dari seluruh dunia. Bersiap sedia untuk nikmati perjalanan menyusuri seluruh dunia dengan hidangan berbuka puasa yang mengasyikkan.
Apa yang menariknya di sini, antara menu juadah makanan yang disajikan di sini adalah seperti ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India dan macam-macam lagi. Menarik bukan?
Santapan bufet Feast Of 7 Wonders ini menawarkan harga serendah RM197 bagi dewasa manakala kanak-kanak, RM97 untuk setiap seotang
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila e-mel kepada essence.kulsi@sheraton.com atau hubungi di talian +603-27179933 dan +6012-3379980.
Citarasa Anak Kampung yang diperkenalkan oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini juga sangat menarik kerana sepanjang bulan Ramadan ini akan menyediakan sajian bertemakan masakan kampung dari serata negeri di Malaysia antaranya sajian daripada negeri Selangor, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.
Jika anda berbuka puasa di santapan bufet Citarasa Anak Kampung oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini, anda berpeluang untuk menikmati menu juadah yang ada di serata negeri di Malaysia yang sememangnya melazatkan.
Antara sajian menu yang menyelerakan terdapat di sini Sup Kambing Merah Berempah, Kerabu Perut Bunga Kantan, Daging Dendeng Berlado, Sotong Sumbat dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang ingin menikmati santapan bufet Citarasa Anak Kampung, anda boleh segera singgah ke The Westin Kuala Lumpur Hotel untuk berbuka puasa bermula 24 Mac sehingga 19 April depan dengan membuat tempahan serendah harga RM208 untuk dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh hubungi di talian +603-27738495 atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor +6012-3051715. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman sesawang www.thewestinkleshop.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda kini sudah berasa bosan dengan rekaan bekas sabun pencuci tangan di dapur dan dalam bilik mandi anda? Selain itu, anda juga mahukan bekas sabun pencuci anda jadi lebih menarik berbanding sebelumnya?
Apa kata anda buat sendiri makeover dengan bekas-bekas sabun pencuci tangan yang sedia ada di rumah anda. Jangan bimbang, cara-cara untuk menghasilkan makeover tersebut juga sangat mudah.
Sudah tidak sabar ingin tahu bagaimana caranya? Mari kita belajar caranya bersama dengan menonton video segment Buat Sendiri episod kali ini perkongsian oleh Kayangan Living.
Tetapi, sebelum itu anda perlu menyediakan beberapa barang untuk menghasilkan makeover bekas sabun ini. Bahan-bahan yang di perlukan:
1.Bekas Sabun Pencuci Tangan
Anda boleh menggunakan apa sahaja jenis bekas sabun pencuci tangan yang sedia ada di rumah anda, tetapi jika tiada dan anda ingin memiliki bekas sabun pencuci tangan seperti yang tertera pada gambar keluaran jenama Kayangan Living ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian di laman sesawang www.kayanganliving.com.
2.Penyembur Cat
Barang seterusnya sudah pasti anda perlukan cat penyembur, jika anda mahu mendapatkan cat penyembur yang berwarna ‘Chrome’ seperti ini, anda boleh membeli di mana-mana cawangan kedai MR.DIY berdekatan anda atau pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
3.Surat Khabar Lama
Sila sediakan beberapa helaian kertas surat khabar lama untuk dijadikan sebagai pelapik ketika melakukan proses mengecat pada bekas sabun pencuci tangan anda.
Kesemua barang-barang yang diperlukan sudah lengkap? Tunggu apa lagi, jom kita tonton bagaimana cara-caranya pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siapa mempunyai kipas elektronik mudah alih seperti ini di rumah? Boleh dikatakan, hampir semua orang mempunyai kipas elektronik yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Jika kipas elektronik mudah alih anda telah rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik, jangan anda terus membuangnya pula. Ini kerana, ada kaedah dan cara yang mudah boleh anda lakukan untuk membaikinya.
Kalau anda terus membuangnya, anda sudah melakukan satu sikap pembaziran kerana peralatan elektronik tersebut masih boleh diguna pakai dan berfungsi dengan baik sekiranya dibaiki.
Bagaimana kaedah untuk membaiki peralatan elektronik tersebut? Oleh itu, menerusi segmen Tip Impiana episod kali ini bersama Sis Letrik, Cik Aqilah yang merupakan pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi cara-caranya bersama anda semua.
Mari tonton video penuh tersebut pada pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.