Pemilik kediaman, Khairul Abdullah memilih konsep dekorasi serba ringkas. Hanya cat putih melatari segenap ruang kediaman tanpa fancy colour. Pemilik kediaman menggunakan tona warna monochrome (monokrom). Perabot hitam, putih dan kelabu diserikan dengan warna kayu.

Lampu yang dipilih juga ringkas, industrial design. Lampu dan kipas warna hitam. Pemilik kediaman menggunakan mentol warm white (lampu kuning) sebab pemilik kediaman suka efek warnanya selain tidak suka lampu putih yang cerah dan terang benderang. Ternyata pemilik kediaman juga suka warm dan cosy. Tenang dan romantik.

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

Perabut kebanyakannya dibeli di Ikea dan ada juga beli di Shopee. Antara sebab mengapa pemilik kediaman memilih perabot dari Ikea ialah rekaannya yang ringkas dan harganya yang berpatutan.

Beli di Shopee pula kerana ada barang di Ikea dan di kedai yang terlalu mahal. Boleh dapat murah di Shopee.  Sinki dapur, paip, hob dan hood semua beli di Shopee. Pemilik kediaman mengakui bahawa dia tidak suka dengan hiasan yang sarat.

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

IKLAN

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

Hanya ada pokok hiasan dan bingkai gambar. Keseluruhan dinding rumah lebih selesa dikekalkan kosong. Banyak yang jadi hiasan adalah lego anak pemilik kediaman. Jelas pemilik kediaman yang juga merupakan seorang duda, dia memilih tona monokrom hitam, putih dan kelabu kerana sifat peribadinya sendiri.

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

IKLAN

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

Dia jenis yang tidak suka outstanding. Lebih suka low profile dan rilek sahaja. Shade ini memberi ketenangan pada dirinya. Lagi satu, lelaki ini juga suka warna industrial. Tona begini juga lebih manly untuk dirinya dan tiga orang anak yang semuanya lelaki.

Kolam ikan di luar rumah juga dibuat sendiri. Pemilik kediaman membeli tangki fibre di  Shopee, bersama set pam dan filter. Apabila telah siap dipasang, pemilik kediaman membeli pokok-pokok hiasan di nurseri. Tidak lupa juga singgah di kedai akuarium untuk membeli ikan.

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

IKLAN

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang
Tangga naik ke tingkat atas.

 

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang
Dekorasi ringkas untuk bilik tetamu.

Secara keseluruhan, semuanya dibuat sendiri akui pemilik kediaman selain dibantu oleh adik-adiknya. Tidak melibatkan upah tukang atau orang lain. Semuanya dibuat sendiri. Tebuk dinding, pasang rail langsir dan pasang semua lampu kipas, semuanya dibuat sendiri.

“Kabinet dapur agak mencabar sedikit sebab nak tebuk kayu table top tu nak pasang sink dan hob memang kena buat betul-betul. So adik-adik datang bantu, pegang, ukur, tebuk dan pasang. Puas hati bila dah siap. Hasil tangan sendiri semuanya,” jelas pemilik kediaman.

Sumber: Khairul Abdullah

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI