SHAH ALAM 16 Dis – Seorang suami tidak menyangka, ke­gembiraan bersama isteri berbual mengenai bayi yang bakal dilahirkan ketika minum petang di rumah­nya di Seksyen 23, di sini merupakan yang terakhir bagi mereka sekeluarga.
Isterinya, Nor Haslina Harun, 35, yang sarat me­ngandung lapan bu­lan maut akibat dihempap almari kasut kayu yang telah dimakan anai-anai.

Masalah serangan anai-anai bukanlah masalah yang kecil, anda harus bertindak dengan segera sekiranya anda sedar akan kehadiran serangga perosak ini. Anai-anai ialah sejenis spesies serangga perosak yang menjadikan kayu sebagai sumber makanan serta membiak dan membina koloni dengan cepat. Anai-anai gemar akan kabinet dapur, perabot, kerangka pintu, kerangka rumah dan sebagainya.

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

  • Laluan Anai-anai
    Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.
  • Perubahan Warna Perabot
    Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada perabot anda, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna kayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
  • Rekahan atau Lubang
    Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Mengejutkan! Ibu Hamil Maut Kerana Masalah Anai-Anai

TIP Menghalau Anai-anai Menggunakan Bahan Di Rumah

1. Garam
Campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

IKLAN

2. Air Kapur sirih
Gunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

4. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

IKLAN

Anda harus lakukan pemeriksaan rutin setiap minggu pada binaan kabinet. Jika ingin membeli produk atau perkhidmatan yang berkaitan, pastikan pihak tersebut profesional dan berlesen.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

IKLAN

Mengejutkan! Ibu Hamil Maut Kerana Masalah Anai-Anai

Baca artikel berikutnya: Guna Garam Epsom, Bunga Jadi Besar-besar, Tanaman Subur, Elak Daun Jadi Keriting

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI