Ada cara mudah untuk kita menanam pokok daun sup. Sebenarnya pokok daun sup boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang dan akar daun sup. Tidak perlu beli benih pokok daun sup.
Daun sup kalau tiada dalam masakan sup, memang tiada ‘serinya.’ Pendek kata, daun sup menjadi ramuan utama yang wajib ada kalau anda memasak sup. Selalunya kita tidak perlu banyak pun, jadi lebih ‘molek’ kalau kita tanam sendiri.
Berikut langkah demi langkah menanam pokok daun sup menggunakan keratan batang dan akar daun sup:
1. Semasa membeli daun sup, pilih daun sup yang mempunyai batang yang besar dan banyak akar.
2. Sejambak daun sup apabila diasingkan batang dan daunnya, anda boleh dapat empat keratan.
Ads
3. Daun sup yang telah dipotong, boleh letakkan sahaja di dalam bekas berisi air. Daun sup boleh tahan selama seminggu walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.
4. Tanam satu keratan demi satu keratan batang dan akar daun sup. Dalam satu polibeg boleh tanam tiga keratan batang dan akar daun sup. Boleh cepat membiak.
5. Jangan tanam serumpun. Anda perlu asing-asingkan akarnya.
Ads
6. Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa dan cocopeat. Baja boleh guna baja organik atau kopi.
7. Keratan batang dan akar yang baharu ditanam sembur sedikit sahaja air. Jika terlalu banyak air, akar akan menjadi reput. Ini antara pantang larang yang perlu diingat apabila menanam pokok daun sup menggunakan kaedah ini.
8. Letakkan pokok daun sup yang baharu ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas. Elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Dalam masa dua bulan anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.
Ads
Mungkin masih ada di kalangan kita yang masih belum dapat membezakan antara daun sup dan juga daun ketumbar. Jika dilihat sekali imbas, daun sup dan daun ketumbar seakan-akan sama bentuknya.
Perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar:
1. Bau
Bau daun sup lebih wangi dan menyegarkan berbanding daun ketumbar yang lebih kuat dan menusuk hidung.
2. Warna daun
Daun sup dan daun ketumbar kedua-duanya mempunyai daun yang berwarna hijau. Inilah yang membuatkan ramai keliru sehingga tersalah membeli. Bagaimanapun jika anda melihat secara teliti, daun sup warna hijaunya lebih pekat berbanding warna hijau pada daun ketumbar.
3. Rasa
Rasa daun sup lebih enak dan menyegarkan apabila dikunyah. Berbeza dengan daun ketumbar, rasanya lebih menyengat dan melekat pada lidah apabila dikunyah.
4. Kegunaan
Daun sup lebih banyak kegunaannya berbanding daun ketumbar. Mungkin kerana rasa dan bau daunnya yang kurang digemari ramai. Daun ketumbar biasanya banyak digunakan dalam menu tom yam.
Tanam kangkung guna kaedah hidroponik, modal RM17 sahaja. Laman rumah sempit atau sudah habis ‘disimen’ bukan alasan lagi untuk tidak bercucuk tanam. Sayur-sayuran sebenarnya boleh ditanam dengan kaedah hidroponik.
Kangkung misalnya, jika beli di pasar, boleh tahan juga harganya. Jadi, tidak salah untuk kita menanam sendiri sahaja sayur-sayuran di rumah. Kaedah hidroponik ini bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan.
Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.
Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan diperlukan untuk menanam kangkung menggunakan kaedah hidroponik.
1. Baja A/B 500 ml: RM10
2. Benih kangkung Eco: RM2
3. Span akuarium: RM5
4. Air hujan
5. Bekas sabun
6. Cup minuman
Tanpa kita sedar, banyak barang yang boleh dikitar semula (recyle) tapi kita yang terlepas pandang sehingga anggap ia barang yang tidak berguna.
1. Usia baru seminggu selepas tanam.
2. Usia tiga minggu selepas tanam.
3. Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai empat kali selagi masih tumbuh! Jimat bukan?
Bilik mandi, bilik air atau tandas; adalah sebuah ruang yang wajib ada dalam setiap kediaman. Sama seperti ruang-ruang yang lain, kebersihan bilik air juga perlu dijaga dan perlu sering di teliti agar ia selesa untuk digunakan bukan saja untuk tuan rumah tetapi juga buat tetamu yang berkunjung.
Kegagalan untuk mengekalkan kebersihan bilik air boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan juga boleh menjadi punca bagi pelbagai penyakit. Kerana disinilah banyak kuman dan bakteria yang tidak kelihatan oleh mata kasar membiak.
Oleh itu, disini IMPIANA ingin kongsikan beberapa tip untuk kita sama-sama menjaga dan mengekalkan kebersihan bilik air di rumah.
#1 TUTUP MANGKUK TANDAS Ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. Tabiat tidak menutup penutup mangkuk tandas menyebabkan partikel air dari proses flush akan terpercik keluar dari mangkuk dan terkena pada bahagian-bahagian lain dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Jadi, biasakan tutup penutup mangkuk tandas anda selepas digunakan.
#2 PENYIMPANAN BERUS GIGI Mungkin kita selalu guna kaedah menyimpan berus gigi dalam bekas yang tertutup untuk menghindari dari tercemar dengan bakteria kan? Sebenarnya, berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus didalam bekas tertutup lebih menggalakkan pembiakan bakteria dan kawasan yang lembab merupakan habitat terbaik pembiakkan bakteria.
#3 JAUHKAN ALAT SOLEK DARI BIIK AIR Memang mudah untuk bersolek jika barang make up disimpan didalam bilik air, tetapi sebenarnya amat tak sesuai untuk meletakkan barang seperti lipstik atau pemerah pipi di bilik air. Kondisi bilik air yang lembab akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make up walaupun disimpan di dalam bekas tertutup dan sekaligus menyebabkan barangan tersebut mudah rosak.
#4 TUKAR SPAN/BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU
Lagi kerap anda guna, lagi perlu untuk gantikan yang baru. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat sempurna bagi bakteria.
#5 SIDAI TUALA DENGAN BETUL
Good “rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas 3 kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas menggunakannya. Tapi, jika sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria dan sebab itu jugalah tuala mudah bertahi lalat.
#6 PENGUDARAAN Pastikan tingkap sentiasa dibuka agar dapat mengurangkan kadar kelembapan didalam bilik air dengan kadar segera.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula.
Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari.
Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil dirumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga dan boleh menghindarkan dari bahaya serta penyakit.
Lakukan 5 perkara ini setiap hari dan anda akan dapat hasil yang sama.
1. Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
2. Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
3. Jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.
4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe.
5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.