Tiada yang lebih bermakna bagi seorang anak apabila dapat membahagiakan dan memberi keselesaan buat ibu dan ayah tersayang. Tak kiralah dalam apa juga cara, kudrat tenaga, kasih sayang mahupun wang ringgit mengikut kemampuan masing-masing.
Telatah penyanyi dan usahawan berjaya, Nubhan Ahamad,39 bersama ibunya Badariah Omar, 79, atau lebih dikenali sebagai ‘Mak Jenny’ seringkali menarik perhatian ramai di media sosial.
Renovasi Dapur ‘Mak Jenny’
Baru-baru ini pemenang tempat ketiga, Akademi Fantasia musim keenam ini ada kongsikan hasil transformasi dan ubahsuai yang dilakukan di bahagian ruang dapur rumah ibunya yang terletak di Kampung Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Renovasi dapur tersebut mendapat sentuhan daripada pereka hiasan dalaman Ritz Reka Sdn Bhd. Nubhan meluahkan rasa syukur apabila dapur tersebut siap diubahsuai dan menepati citarasa ibunya.
“Alhamdulillah dapur mak jenny dah siap… terbaik @ritzreka.id kalini mak cakap jadi & lawa,” Nubhan
Ads
“Lawa (dekorasi dapur), susunan pun kena,” ujar Mak Jenny.
SEBELUMSELEPAS
Rekaan & Dekorasi Dapur Sempurna
Transformasi dapur dilakukan dengan sempurna. Ruang dapur ini mempunyai bahagian dapur kering dan dapur basah yang mempunyai fungsi berbeza.
Meskipun kedudukan siling dapur agak rendah, namun pemilihan rona cerah dan pencahayaan yang tepat berjaya membuatkan dapur nampak luas dan selesa, tak berasa sesak.
Ads
Begitu juga dengan perletakan susun atur kabinet dapur dan perabot. Kemasan lantai pula daripada jubin yang tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan dapur.
Ternyata Nubhan dan ‘Mak Jenny’ benar-benar berpuas hati dengan hasil ubahsuai dapur baru ini, yang nampak lebih cantik, kemas, lapang dan praktikal untuk kegunaan harian.
Memang tak seronok makan gulai lemak kalau santanya pecah kan? Tapi, ada 5 petua mudah yang ramai guna kalau nak elak santan pecah dalam masakkan
Campuran tepung beras
Ramai tak guna tip ni. Mungkin disebabkan tak semua orang ada stok tepung beras di dapur kan. Larutkan sesudu tepung beras ke dalam santan sebelum di curah dalam masakan. Ia akan menajdikan kepekatan gulai anda sempurna
Masak api sedarhana
Reneh gulai pada api sedarhana selepas santan dimasukan. Sebaiknya, elak santan berbuih atau mendidih ketika masak. Jika api sedarhana tapi santanya mendidih, ia boleh menjadi risiko santan pecah
Kacau santan tanpa henti
kacau secara perlahan-lahan dan konsisten sehingga selesai masak. Ada orang panggil teknik “tebok”. Tapi, jangan tinggi dan tidak terlalu laju. Ia akan menyebabkan molekul santan cepat bertukar menjadi minyak
Masak santan cair terlebih dahulu
Ini antara teknik tok nenek ramai pakai. Masa perah santan, asingkan yang pati atau santan pekat denagn yang cair. Masukkan santan cair dahulu, bila juadah dah hampir masak baru masukkan santan pekat
Guna santan segera
Memang sekarang ramai lebih memilih santan segera dalam kotak berbanding segar. Santan segara kurang masalah pecah minyak disebabkan kandungannya tersedia penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY kabinet dapur bajet, mampu milik, semua barang beli online. Jika anda belum mempunyai bajet untuk menempah kabinet dapur, anda sebenarnya boleh sahaja buat sendiri kabinet dapur mengikut bajet yang anda ada.
Melalui perkongsian Ila Athilah dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tip bagaimana dia dan suaminya memasang sendiri kabinet dapur rumahnya. Moga dapat membantu anda yang bercadang untuk memasang sendiri kabinet dapur.
“Kabinet dapur atas dan bawah saya dan suami buat sendiri. Kami custom made dan pasang sendiri. Rangka kabinet semua kami buat sendiri. Rangka kabinet daripada aluminium dan kabinet daripada chipboard.
“Mencabar juga hendak membuatnya mungkin sebab kami kali pertama melakukannya. Alhamdulillah siap juga. Kabinet mampu milik, kabinet dapur bajet. Tak mewah tapi janji sedap mata saya memandang…. Alhamdulillah…
“Mungkin ada kawan-kawan yang nak cuba DIY sendiri. Bolehlah buat rujukan. Chipboard, hinge, skru, handle dan aluminium, semuanya beli online. Taip sahaja, nanti banyak pilihan yang keluar. Tengok dulu product rating, review customer kemudian barulah beli.”
Berikut ‘perjalanan’ daripada mula hingga akhir proses memasang kabinet dapur kami. Moga dapat dijadikan panduan bersama.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlukan ruang dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? Ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda Sila lihat semula dalam peti sejuk anda sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi sebelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisyen dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilih peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk dengan teknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Jadi, tunggu apa lagi? Selamat membeli-belah!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.