
Isi Kandungan
ToggleRumah sempit, ini 5 tempat paling sesuai untuk letak rak buku. Ramai di kalangan kita merupakan peminat novel atau pengumpul bahan bacaan seperti majalah, buku-buku ilmiah, buku-buku agama, dan sebagainya.
Bahkan ramai juga yang mempunyai anak-anak yang sedang berada di bangku sekolah. Jadi, di manakah tempat yang paling strategik dan sempurna untuk meletakkan rak buku di kediaman yang sempit?
Jika anda mempunyai ruang terhad di rumah, IMPIANA kongsikan lima (5) pilihan yang boleh anda pertimbangkan untuk meletakkan rak buku:
1. Di Dinding atau Sudut
Gunakan rak dinding atau rak sudut untuk menggunakan ruang secara menegak. Ini boleh menjimatkan ruang lantai dan mencipta penampilan yang menarik secara visual.
2. Di Belakang Pintu
Gunakan rak gantung atau rak yang dipasang di belakang pintu. Ini adalah cara pintar untuk menggunakan ruang yang jarang digunakan dan biasanya tidak dilihat.
3. Di Bawah Tangga
Jika rumah anda mempunyai tangga dengan ruang kosong di bawahnya, pertimbangkan untuk meletakkan rak buku di sana. Ini adalah cara yang cekap untuk menggunakan ruang yang sering diabaikan.
4. Di Bawah Tingkap
Rak buku di bawah tingkap boleh menjadi penyelesaian yang baik, kerana ini selalunya ruang yang tidak digunakan untuk tujuan lain.
5. Pada Dinding di Sekeliling Pintu atau Tingkap
Jika terdapat dinding kosong di sekeliling pintu atau tingkap, pertimbangkan untuk memasang rak buku di sini. Ini bukan sahaja menjimatkan ruang tetapi juga menambah watak visual pada bilik.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Pastikan anda memilih rak buku yang sesuai dengan saiz ruang yang ada dan gunakan setiap sudut yang mungkin untuk menyimpan buku dengan cekap di rumah yang sempit
Mesti Baca: 10 Idea Menghias & Susun Atur Rak Buku Agar Tampak Lebih Kreatif & Praktikal
Baca Lagi Di Sini: Rak Buku RM 14.90 Untuk Bina Kabinet Dapur Cantik Dan Kemas Macam Ni
Artikel Menarik: “Makeover” Dapur Menggunakan Rak Buku Siap Sistem Hydraulic.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bidai Bukan Sahaja Boleh Beri Impak Sejuk Tapi Boleh Bangkitkan Seri Ruang, Pilih Yang Sesuai

Isi Kandungan
ToggleBidai bukan sahaja boleh beri impak sejuk tapi boleh bangkitkan seri ruang, pilih yang sesuai. Bidai terdapat dalam pelbagai rekaan dan material antaranya seperti plastik, kayu dan kanvas atau fabrik.
Jika anda sentiasa sibuk, Pilih bidai daripada jenis yang berkualiti walaupun anda terpaksa membelinya dengan harga yang tinggi. Ini kerana, bidai menggunakan tali dan kita sering membuka serta menutup bidai dengan menarik tali itu. Bidai yang kurang berkualiti menyebabkan masalah tali terputus selepas beberapa bulan.

Bidai terdapat dalam pelbagai rekaan dan material antaranya seperti plastik, kayu dan kanvas atau fabrik. Jika anda sentiasa sibuk, pilih bidai daripada jenis yang berkualiti walaupun anda terpaksa membelinya dengan harga yang tinggi. Bidai terutama yang menggunakan tali jika kurang berkualiti selalunya mengalami masalah tali terputus selepas beberapa bulan selepas pemasangan.
BIDAI UNTUK RUANG TAMU
Ruang tamu rumah merupakan tempat utama dalam rumah kerana disitu lah tempat untuk melayan tetamu dan disitu juga lah tempat untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama.
Jenis bidai yang sesuai untuk kawasan ruang tamu rumah ini ialah bidai venetian. Bidai jenis ni ada diperbuat daripada pelbagai bahan seperti timber, aluminium dan PVC. Bidai ini juga ada pelbagai warna dan stail yang boleh dipadankan dengan tema rumah.
Kelebihan bidai venetian ini ialah ia bagus untuk mengawal privasi dan juga pencahayaan. Dengan pemilihan warna / colour yang betul, bukan sahaja menampakkan kemeriahan blinds ini. Ia juga menyerikan suasana.

Mungkin ramai yang berfikiran untuk menambah ceria kan meja kerja ketika ramai sedang work from home ketika ini boleh fikirkan untuk ubah suai meja kerja. Ini kerana dengan bidai ini kita boleh nampak orang di luar tetapi orang luar tak boleh melihat ke dalam kawasan rumah kita. Nak kawal cahaya yang masuk ke dalam rumah pun senang guna bidai ini.
Seeloknya, kalau nak pasang bidai ini pada kawasan yang besar seperti ruang tamu rumah kita, pilihlah yang mempunyai bilah yang besar kerana ia lebih sesuai untuk kawasan yang agak lapang. Kalau bidai kecil lebih sesuai untuk tempat yang tertutup dan kecil.
BIDAI UNTUK BILIK TIDUR
Bidai venetian kurang sesuai kalau nak dipasang dalam bilik sebab fungsi utama bilik tidur kita adalah untuk kita rehat jadi mestilah kita nak bidai yang boleh halang cahaya sepenuhnya supaya boleh tidur nyenyak. Bidai venetian kurang efektif untuk mengalang cahaya berbanding bidai roman.

Bidai roman ialah satu bidai klasik yang diperbuat daripada fabrik. Fabrik itu anda boleh pilih ikut kesukaan anda. Tapi kalau anda pasang dalam bilik sebab anda tak nak cahaya masuk langsung, anda disarakan untuk pilih fabrik yang berwarna gelap dan boleh mengahalang cahaya masuk walaupun pada waktu siang.
BIDAI UNTUK OUTDOOR DAN DAPUR
Sebab kebanyakan bidai adalah diperbuat daripada bahan yang kalis air, jadi bidai boleh guna untuk outdoor dan dapur. Untuk kawasan outdoor macam balkoni, patio, gazebo atau kawasan belakang rumah, anda boleh pilih bidai kayu.

Sesuai untuk tema ‘vintage’ ataupun untuk timbulkan suasana yang tenang macam di kampung. Anda juga boleh pilih bidai patio yang kalis air untuk mengelakkan tempias hujan dari masuk ke rumah. Untuk kawasan dapur yang biasanya terdedah kepada asap dan minyak , boleh pilih bidai yang diperbuat daripada aluminium sebab bahan ini sangat mudah untuk dibersihkan.
BIDAI GULUNG
Bidai yang hanya memerlukan penjagaan minimum. Bidai jenis ini senang untuk dijaga kerana tidak mempunyai bilah seperti kebanyakan bidai yang lain. Jenis bidai ini sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Kalau nak pasang di bilik tidur boleh pilih bidai gulung blockout yang boleh halang cahaya daripada masuk sepenuhnya dan boleh buatkan bilik tidur anda lebih sejuk.

Bidai gulung ini mudah digunakan dan dibersihkan. Tambahan lagi bidai ini boleh membuatkan kawasan rumah kita kelihatan kemas. Jika tingkap anda agak besar atau anda tidak suka untuk tarik tali bidai secara manual, anda boleh pasang bidai gulung yang bermotor.
BIDAI SELULAR
Bidai yang sesuai sekiranya ada orang tua dan kanak-kanak di rumah. Kalau anda jenis orang yang tak suka tengok tali bidai dan tak nak tarik tali bidai secara manual, anda boleh cuba bidai selular.
Bidai ini ada bentuk honeycomb bertingkat sekiranya dilihat dari tepi. Disebabkan bentuk inilah bidai ini boleh menyejukkan bilik anda. Selain itu, ia juga boleh menghalang cahaya sepenuhnya yang menyebabkan bidai ini sangat sesuai untuk bilik tidur.

Oleh kerana bidai ini tidak ada tali bidai di luar, jadi ia nampak sangan moden dan minimalis. Paling penting sekali, bidai ini sangat ringan dan mudah untuk diangkat yang menyebabkan ianya sangat sesuai untuk rumah yang ada penghuni berusia ataupun kanak-kanak.
Sumber: Azura Curtain
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanah Lot Lidi Harganya Murah Tapi Kena Ingat, Nama Tiada Dalam Geran, Bila-bila Boleh Kena Halau

Tanah lot lidi harganya murah. Penjualan tanah lot lidi kebiasaannya berlaku atas dasar kepercayaan. Konon ada surat perjanjian cop peguam. Bagaimanapun perlu diingat selagi nama tiada dalam geran maka tanah itu bukan milik kita. Sebaliknya waris kepada nama yang ada dalam geran itulah yang berhak.
Sudah banyak kes berlaku, pembeli sudah buat rumah, pada akhirnya penama dalam geran (pemilik asal) meninggal maka waris yang berhak membuat tuntutan faraid. Maka semua mereka yang beli tanah itu dihalau. Jika bawa kes tersebut ke mahkamah pun tetap kalah.
Sedih juga bila baca kisah seorang pembeli lot lidi. Sudah lebih 35 tahun tinggal di rumah yang dibina di atas lot lidi yang dibeli, akhirnya terpaksa akur apabila diperintahkan keluar dari rumah yang telah didiami sejak sekian lama itu.
Apakah lot lidi? Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum tahu sepenuhnya tentang lot lidi. Pembelian lot tanah yang melanggar undang-undang tanah dan tiada geran akan dikeluarkan. Penjual ambil kesempatan menjanjikan akan keluarkan geran selepas beberapa tahun terima bayaran padahal pejabat tanah takkan keluarkan geran baru sebab sudah melanggar undang-undang tanah. Tidak lepas syarat untuk keluarkan geran baru.
Berikut perkongsian Salkukhairi N Sons
BEZA ANTARA BELI TANAH LOT LIDI DAN TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA
Bila saya kata TANAH LOT BANGUNAN GERAN KONGSI (LOT LIDI) tidak boleh di pindah milik kepada pembeli, ramai yang keliru dan marah saya balik. Ada yang kata, dulu ayah saya beli boleh je buat pindah milik. Nama dia boleh je masuk dalam geran. Tak de masalah pun.
Sebenarnya, yang ayah anda beli itu bukan tanah lot bangunan geran kongsi tetapi TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA. Jangan keliru antara kedua-duanya.
Yang saya kata tak boleh dipindah milik tu adalah kalau korang beli TANAH LOT YANG DIDAKWA BERSTATUS BANGUNAN, TETAPI HAKIKATNYA MASIH TANAH PERTANIAN.
Dalam geran pun nama seorang pemilik berdaftar sahaja. Sedangkan pembeli 10 orang. Macam mana nak pindah milik kepada kesemua 10 orang tu. Memanglah tak boleh. Melainkan penjual buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu. Dapat geran individu yang berasingan barulah boleh dipindah milik pada nama korang.
Tapi kalau anda beli mana-mana bahagian daripada TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA, yang itu boleh dipindah milik kepada nama anda, tiada masalah. Hal ini kerana bahagiannya jelas dinyatakan dalam geran.
Berikut penerangan yang lebih jelas:
Ini pula pandangan daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan pelabur hartanah kecil.
JIKA TERBELI LOT LIDI?
Ramai yang bertanya, saya juga tiada pengalaman beli lot lidi.
Ini sekadar pandangan saya dan pengalaman berurusan jual beli tanah selama ini.
Cadangan saya:
1. Kaveatkan tanah tersebut agar pemilik juga tak boleh jual pada sesiapa lagi selepas ‘kita terkena.’
2. Semak nombor rujukan file jika tuan tanah sudah mohon atau tidak untuk tujuan tukar status tanah. Penjual akan jual ayat,
“Kita dah mohon, Pejabat Tanah lambat sungguh” dia akan burukkan Pejabat Tanah biasanya.
Sepatutnya sebelum jual lagi sudah mohon tukar status tanah. Tempoh masa kelulusan bergantung kepada peringkat mana kelulusan itu, kalau perlu sampai exco kerajaan negeri lambatlah jawabnya.
Jika tanah desa selalunya di peringkat pentadbir tanah daerah sahaja, itu memang cepat.
3. Bagi permohonan tukar kategori tanah juga perlu melalui jurukur berlesen.
Jurukur akan mohon ke pejabat tanah dan akan dimasukkan dalam mesyuarat kebenaran merancang oleh PBT.
4. Jangan bina apa apa bangunan atau rumah lagi di atas tanah itu. Ia bukan milik anda. Ratakan pun jangan, biar gajah membiak dan mengawan disitu saja.
5. Tuan tanah kena bayar ukur sempadan, bayar premium dan cukai. Setiap juruukur bertauliah kenakan bayaran berdasarkan keluasan tanah.
“Mahallah bang?” Mana ada benda murah dik, untung jual lot kau nak.
6. Harga jual sepatutunya dah masuk semua bukan ada bayaran tambahan lagi dimasa depan.
7. Biasanya untuk satu ukuran tanah tiada ukuran spesifik keluasan. Bagi tanah bandar mesti keluasan 5000+ kps ikut standard pejabat tanah masing masing untuk satu lot. Kebanyakkan lot lidi dibuat ikut suka hati tuan tanah sebab nak untung. Maka janganlah beli!
8. Perlu diketahui bahawa Pejabat Tanah tidak pernah iktiraf lot lidi ini kerana tidak ikut spesifikasi seperti simpanan jalan dan kawasan lapang. Dia main ikut suka tuan tanah nak bagi lot.
9. Nama pembeli juga sebenarnya tak boleh masuk dalam geran sebab untuk syarat pertanian, keluasan yang boleh dipindah milik mesti melebihi 1 ekar. Jika tak sampai keluasan 1 ekar, maka kena pindah keseluruhan bahagian tanah.
Sebelum nak beli tanah fahami tatacara urusan jual beli tanah ini dulu. Bukan janji murah terus beli.
“Murah tanah lot nie, kita jual satu lot RM56,000 sahaja. Tapi kena beli cash la.”
“Tak boleh buat loan cik”.
“Kita jual murah sebab nak bina Pusat Tahfiz ni.”
“Harga adik beradik ni, sebab tu murah. Mana nak dapat bawah RM100,000 tanah”
Pejabat Tanah sentiasa terbuka dan bantu jelaskan jika kita datang buat semakan dan bertanya. Jangan mudah percayakan apa sahaja janji penjual. Mereka nak dapat duit kita sahaja.
Sumber: Salkukhairi N Sons dan Azizul Azli Ahmad
Kredit foto (top image): Freepik
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Elak Tikar Getah Mengelembung Dan Tak Rata Selepas Pasang

Berat dan susah nak pasang antara sebab tikar getah makin dilupakan. Kebiasaanya, tikar getah yang dipasang mesti mengelembung atau tidak rata. Perkara ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor utama yang selalu terjadi adalah disebabkan oleh tikar getah yang tidak berkualiti. Oleh itu, untuk mengelak masalah ini berlaku, cuba gunakan teknik-teknik ini:
Beli Tikar Getah Berkualiti
Terdapat pelbagai pilihan tikar getah yang terdapat dipasaran. Ada yang jenis nipis, tebal dan ada pula yang berspan. Tikar yang jenis nipis memerlukan kesabaran sebab kebiasaanya tiakr getah jenis ini cenderung untuk menggelebung dan tidak rata. Tikar getah jenis nipis kebiasaanya menjadi pilihan sebagai alas meja je.
Permukaan Lantai Rata
Pastikan permukaan lantai ekdiaman anda rata dan tidak berlekuk atau berbonggol. Ini antara punca menyebabkan permukaan getah yang di bentang kelihatan menggelebung dan tidak kemas. Jadi, jika ada kesan permukaan lantai tidak rat sebelum dibentang tikar getah, cuba selesaikannya terlebih dahulu. Tidak kiralah sama ada anda simen kan kea tau tambak lah dengan apa-apa yang bersesuaian
Pilih Tikar Getah Bercorak Jalur
Terdapat pelbagai pilihan corak tikar getah di pasaran. Kalua anda nakkan suasan yang sejuk dan nyaman, pilihlah dari jenis corak kayu. Kebiasaanya, pemilik mempunyai masalah untuk memotong tikar getah. Habis senget dipotong. Jika anda memang jenis ada masalah macam tu, cara terbaik adalah pilih corak berjalur untuk mudah dipotong
Sediakan Peralatan Secukupnya
Ni antara masalah yang akan berlaku. Masa nak pasang ada sahaja barang atau peralatan yang tidak mencukupi. Jadi sebelum memasang, pastikan pisau, gunting, pembaris besi dan pita ukur tersedia. Barulah boleh mula memasang. Tanpa peralatan yang cukup, bahagian sudut tidak dibentuk dengan sempurna. Dah Nampak kesan-kesan yang buruk
Cara Pasang
Hampar surat khabar sebelum dibentang tikar getah. Lapisan suratkhabar ini dapat menyerap kelembapan dari lantai konkrit. Nanti tak adalah tiba-tiba bau masam atau berkepam. Disamping itu, pesangan tikar getah perlukan kesabaran. tak boleh terburu-buru untuk mendapatkan permukaan yang rata. Untuk dapatkan bucu yang kemas, boleh tengok video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI