Serangga dan kebun memang tidak boleh dipisahkan. Tapi ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini.
Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
6 jenis tanaman penghalau serangga perosak
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Ads
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ads
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Ads
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut
Pokok pisang memang banyak kegunaannya. Baik daripada daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya. Nak tanam pokok pisang pula ada caranya tersendiri, baru pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat.
Rupanya dengan menanam pokok pisang kaedah terbalik, boleh memperbanyakkan anak pokok dan pisang berbuah lebih rendah. Bagi yang nak ada tanah dan kawasan di rumah boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Joran Sempoiini.
Berikut perkongsian tersebut;
Atas permintaan sahabat malam tadi minta share gambar-gambar cara tanam pisang terbalik. Hasil tanam kaedah terbalik ini boleh banyakkan anak pokok dan katanya pokok berbuah lebih rendah.
Cara-Caranya:
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan setelah dibuang akar-akar halus.
4. Masukkan dalam keadaan terbalik.
5. Hasilnya 2 anak sulur sudah kelihatan.
6. 3 anak sulur. Tak ingat bila tarikh tanam. Kalau tak silap tak sampai sebulan. Siram pagi dan petang.
Info Ekstra!
Bila dah besar dan dah banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok je. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
IMPIANA: Semoga perkongsian tanam pokok pisang kaedah terbalik ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanam secara terbalik baru anak pokok banyak dan pisang berbuah rendah.
Musim hujan seperti sekarang ini seringkali membuat orang bimbang bahawa tanaman mereka akan mati akibat terlalu banyak air. Namun, terdapat beberapa jenis pokok sayur yang bukan sahaja tahan terhadap keadaan basah, malahan boleh tumbuh subur dan membesar dengan cepat dalam musim ini.
5 jenis sayur yang sesuai ditanam musim hujan
1. Kangkung
Sayur ini memang hidup subur dalam cuaca lembap dan bergenang air. Hujan memang tidak akan menjejaskan pertumbuhan sayur ini malah makin cepat membesar.
2. Bayam
Anak pokok bayam yang dipindahkan pada musim hujan memang sangat sesuai untuk tumbesarannya. Air hujan akan membantu tumbesaran pokok bayam dengan lebih cepat.
3. Sawi putih
Sawi sebenarnya adalah pokok sayur yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah layu bila terkena titisan hujan walaupun secara terus menerus. Jadi sesuai sangat ditanam pada musim hujan.
4. Terung
Tanaman ini memang memerlukan banyak air, jadi menanam terung waktu musim hujan adalah waktu yang terbaik.
Walaupun memerlukan banyak air tapi bukan bermakna kita membiarkan ia bergenang dengan air. Keadaan ini boleh menyebabkan akarnya busuk.
5. Salad
Kalau nak mula bercucuk tanam di musim hujan, boleh mulakan dengan pokok salad. Sayur ini memang memerlukan banyak air, selain tak mudah layu.
INFO: Perlu diketahui antara penyakit tanaman yang selalu berlaku di musim hujan adalah akibat kulat dan bakteria. Cuaca yang lembap mempercepatkan lagi serangan kepada pokok.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dua beradik kritikal dan salah seorangnya meninggal dunia selepas termakan keropok beracun yang ingin mengumpan monyet di kebun.
Bagi selalu berdepan serangan haiwan perosak seperti monyet ini mungkin boleh guna tip yang dikongsi oleh Siti Hanimah Rohani.Lebih selamat rasanya.
Petua berkesan elak tanaman ‘dikerjakan’ monyet
Beliau berkongsi cara berkesan yang dipraktikkan selepas tanamannya ‘dikerjakan’ oleh monyet.
Alhamdulillah, petua ini sangat membantu mengelakkan hasil tanaman ‘dikerjakan’ Cik Mon. Walau ada cubaan, tapi nampaknya, dilepaskan, walau telah digigit.
Caranya buat bancuhan ini, letak dalam botol kemudian sangkut pada pokok tanaman.
Bahan untuk bancuhan adalah seperti berikut;
– Sekeping belacan, dibahagi 3
– 6 biji ubat gegat – ditumbuk
– 1/2 cawan air
– 1 botol mineral kecil
2. Masukkan belacan bersama ubat gegat yang hancur dalam botol air mineral.
3. Tambah 1/4 cawan air dan botol dan goncang.
4. Buat lubang pada botol mineral, boleh gunakan besi panas.
5. Ikat dawai pada botol kemudian gantung botol ini pada pokok yang selalu jadi tumpuan serangan monyet.
Bau belacan dan ubat gegat ini tidak disukai oleh monyet/khinzir dan haiwan ini akan menjauhi tanaman jika terhidu.
6. Tambah belacan dan ubat gegat jika baunya sudah berkurangan.
Selamat mencuba!
IMPIANA : Rasanya cara ini lebih selamat dari mengunakan racun tikus kan?
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.