Pokok Hiasan Pada Pintu Rumah Mampu Menaikkan Seri Rumah. Pokok hiasan bukan sahaja boleh ditempatkan di dalam rumah seperti di sudut-sudut dan atas meja, tetapi juga boleh diletakkan di pintu rumah.
Menempatkan pokok hiasan di pintu rumah bukan sahaja menambah elemen estetika tetapi juga cara yang efektif untuk menambah keindahan dan memberikan sambutan yang hangat kepada tetamu. Penempatan pokok yang tepat boleh memperindah ruang dan memberikan suasana yang lebih hidup.
Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda dalam meletakkan pokok hiasan di pintu rumah anda.
1. Saiz dan Bentuk Pintu
Saiz dan bentuk pintu rumah anda memainkan peranan penting dalam pemilihan pokok hiasan. Untuk pintu kecil, pilih pokok yang lebih kecil atau kompak agar tidak kelihatan terlalu sesak. Sebaliknya, jika pintu anda besar, anda boleh memilih pokok yang lebih besar atau menggunakan dua pasu yang diletakkan di kedua-dua belah pintu untuk memberikan keseimbangan visual.
2. Jenis Pokok
Ads
Jenis pokok yang anda pilih juga bergantung pada lokasi pintu. Jika pokok akan diletakkan di luar rumah, pastikan anda memilih jenis yang tahan terhadap pelbagai keadaan cuaca. Pokok seperti pokok palem, pokok pakis, dan tanaman sukulen adalah pilihan yang baik kerana mereka cenderung lebih tahan lasak terhadap suhu dan hujan.
3. Ketinggian dan Penempatan
Ketinggian pokok dan pot sangat mempengaruhi penampilannya. Jika anda menggunakan pasu, pastikan ketinggiannya sesuai dengan pintu dan ruang sekeliling. Pot yang terlalu tinggi mungkin menghalang laluan, manakala pot yang terlalu rendah mungkin kurang menonjol. Pot yang agak tinggi atau berdiri dapat memberikan kesan visual yang menarik dan mengimbangi rupa keseluruhan pintu.
4. Gaya dan Warna
Pilihan gaya dan warna pokok serta pasu harus sesuai dengan reka bentuk rumah anda. Jika rumah anda mempunyai gaya klasik, pilihlah pasu dengan reka bentuk tradisional. Untuk rumah yang bergaya moden, pasu dengan reka bentuk minimalis atau kontemporari mungkin lebih sesuai. Warna pokok dan pasu juga harus melengkapkan warna pintu dan fasad rumah anda untuk mencipta kesan visual yang harmoni.
5. Kombinasi dan Susunan
Ads
Untuk mencipta penampilan yang menarik, anda boleh menggabungkan beberapa jenis pokok dalam satu pasu atau mengatur beberapa pot di sekeliling pintu. Selain itu, anda juga boleh menambah elemen lain seperti bunga segar, lampu solar, atau aksesori hiasan lain untuk meningkatkan keindahan keseluruhan.
6. Penyelenggaraan
Penting untuk memilih pokok yang sesuai dengan tahap penyelenggaraan yang anda mampu. Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk penjagaan, pilihlah pokok yang mudah dijaga dan memerlukan penyiraman yang minima. Ini akan memastikan pokok tetap sihat dan menambah kecantikan rumah anda tanpa memerlukan usaha yang banyak.
7. Pencahayaan dan Perlindungan
Pertimbangkan pencahayaan di kawasan pintu rumah anda. Jika pintu anda menghadap matahari langsung, pastikan pokok yang dipilih dapat bertahan dalam keadaan tersebut. Sebaliknya, jika pintu anda berada di tempat yang kurang terdedah kepada cahaya matahari, pilih pokok yang sesuai dengan keadaan tersebut atau gunakan penutup untuk melindungi pokok daripada cuaca yang melampau.
Semoga bermanfaat!
Ads
IMPIANA: Dengan memilih pokok yang sesuai, mempertimbangkan saiz dan bentuk pintu, serta menjaga penyelenggaraan yang diperlukan, anda boleh mencipta penampilan yang menarik dan menyegarkan untuk rumah anda. Ikuti tip-tip ini dan nikmati suasana baru yang dibawa oleh pokok hiasan di pintu rumah anda.
Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau kepam.
Malah, sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari, sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala. Bantal termasuk sarungnya, sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur, peluh, kulat dan sebagainya. Maka, cara basuh bantal juga perlu benar-benar bersih dan betul kaedahnya.
CARA BASUH BANTAL
Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.
1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam
Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.
2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit
Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.
Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.
Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.
3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu
Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.
Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.
Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.
4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih
Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.
Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.
Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.
Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Tekniknya ialah lakukan pembersihan dan perlindungan pada permukaan kayu putih tersebut dengan menggunakan larutan cuka dan air dan lapkan permukaan kabinet tersebut. Kemudian sudahi dengan menyapu olive oil sebagai protection daripada kesan kotoran. Lakukanj setiap 6 bulan dan hasilnya kabinet putih anda tahan lama dan kelihatan putih berkilat seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Batu kerikil jadikan laman bajet lebih menarik, paling penting ‘less maintenance.’ Penggunaan batu kerikil sebagai kemasan lantai laman bukan lah sesuatu yang baru. Ia menjadi pilihan bagi pemilik yang inginkan lantai landskap atau laman padu namun masih poros dan mudah diselenggara. Adakalanya, landskap atau kediaman yang dihampari dengan batuan kerikil ini kelihatan lebih menarik walaupun tanpa sebarang perincian.
APA ITU BATU KERIKIL?
Batu kerikil biasanya diperbuat dari pecahan batu granit. Kebiasaanya, saiz batu krikil terdiri daripada 2mm-75m. Ia merupakan salah satu bahan asas yang digunakan untuk pembinaan. Ia juga menjadi pilihan sebagai turapan jalan yang mempunyai penggunaan tidak lasak seperti “drive way” dan lantai landskap
APAKAH KEGUNAAN BATU KRIKIL DI LAMAN?
Selain sebagai lapisan asas permukaan berturap lantai landskap, batu krikil juga sesuai digunkan untuk membuat laluan pejalan kaki, lantai patio, driveways dan pelbagai lagi. Ada juga yang menggunkan batu sebagai sungkupan tanaman. Batu krikil yang digunakan sebagai sungkupan bukan sekadar kemas, malah dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan
APAKAH TEKNIK TERBAIK UNTUK MEMASANG BATU KRIKIL DI LAMAN?
Berbanding bahan hardscape yang lain, pemasangan batu kerikildi laman lebih mudah. Secara umumnya, tentukan terlebih dahulu ruang yang perlu diletakkan batu krikil. Bersihkan permukaan tersebut dari sebarang rumpai.
Not to scale
Untuk pemasangan batu krikil sebagai laluan, sebaiknya selepas menentukan ruang yang hendak di letakkan, korekkan sedikit tanah dengan kedalaman 6 inci. Lapisan pasir sebagai asas diperlukan antara 1-1.5 inci tebal. Seterusnya baru diletakkan krikil dengan ketebalam 3 inci. Pasir tadi berfungsi menstabilkan kedudukan batu krikil di bahagian atas disamping menjadi kawasan laluan air.
Namun, disibabkan sifatnya yang berderai dan mudah beralih atau bergerak jika menerima tekanan, sebaiknya letakkan sempadan yang kukuh untuk mengelak masalah tersebut. Jika dibiarkan, lama kelamaan kawasan yang dihampar batu krikil akan makin berkurangan
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN PERMUKAAN KRIKIL SENTIASA CANTIK?
Untuk membersihkan sampah yang terperangkap di atas permukaan krikil, anda hanya perlu gunakan penyembur angin atau pencakar rumput. Teknik ini dapat memastikan batuan krikil yang dihamparkan sentiasa kelihatan baru. Batu krikil tidak mereput, namun lama kelamaan ia akan mendap terutamanya apabila menerima tekanan. Sebaiknya, kawasan yang telah mendap perlu di tambak dengan batu baru sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.