Dalam dunia dekorasi rumah, keharmonian estetika dan fungsi adalah kunci. Namun,jika berlaku masalah teknikal seperti air menitis dari aircond memang merunsingkan.
Tak perlu risau lagi, ini panduan mudah untuk memperbaikinya sendiri, memastikan rumah anda tetap selesa dan cantik tanpa perlu bantuan profesional.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
Ads
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
Ads
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau.
Membersihkan karpet di rumah adalah satu tugas penting untuk memastikan kebersihan dan keselesaan ruang tamu kita.
Karpet yang bersih bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih menarik tetapi juga membantu menjaga kesihatan penghuni rumah dengan mengurangkan debu, alergi dan kotoran yang terkumpul.
Proses pembersihan karpet memerlukan beberapa langkah yang sistematik dan berhati-hati untuk memastikan semua kotoran dan bau yang tidak menyenangkan dapat dihilangkan dengan berkesan.
Dalam panduan ini, kami akan menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membersihkan karpet di rumah dengan cara yang berkesan dan efisien.
Persediaan:
Keluarkan semua perabot dari kawasan yang hendak dibersihkan.
Vakum karpet dengan teliti untuk menghilangkan habuk dan serpihan kotoran. Fokus pada kawasan yang paling kotor dan sering digunakan.
Rawatan Awal:
Untuk kotoran yang baru, tutup dengan kain bersih untuk menyerap cecair. Jangan gosok kerana ini boleh menyebabkan kotoran menyerap lebih dalam ke dalam serat karpet.
Penyediaan Campuran Pembersih:
Anda boleh menggunakan pembersih karpet komersial atau membuat campuran sendiri dengan bahan-bahan seperti air suam dan sedikit cuka atau sabun pencuci pinggan.
Membersihkan Karpet:
Gunakan span atau berus lembut untuk menggosok campuran pembersih ke dalam karpet. Gosok dengan lembut dalam gerakan bulatan.
Fokus pada kawasan yang mempunyai kesan kotoran atau bau yang kuat.
Bilas:
Lap kawasan yang telah dibersihkan dengan kain basah yang bersih untuk menghilangkan baki sabun. Pastikan anda mengeluarkan semua sisa sabun untuk mengelakkan karpet menjadi melekit.
Pengeringan:
Keringkan karpet dengan membuka tingkap atau menggunakan kipas untuk mengalirkan udara. Anda juga boleh menggunakan penyedut air dari vakum yang mempunyai fungsi ini.
Pastikan karpet benar-benar kering sebelum meletakkan semula perabot untuk mengelakkan pertumbuhan kulat atau bau yang tidak menyenangkan.
Vakum Semula:
Setelah karpet kering sepenuhnya, vakum sekali lagi untuk memastikan ia bersih dan seratnya terangkat dengan baik.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memastikan karpet di rumah anda bersih dan segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartmentuntuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Apabila bertandang ke pusat jualan dekorasi dalaman, kita sering berpendapat kalau beli katil, kena beli sekali semua aksesori yang ditawarkan, barulah nampak lengkap . Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli kesemua aksesori atau pun kelengkapan dalam satu set. Hanya mix & match jika kena gaya dan konsep, kediaman anda tetapi nampak menarik..
Ikuti senarai sterotaip tidak benar yang dikongsikan oleh IMPIANA untuk rujukan anda:
Kena padankan sofa dengan armchairs
Ramai orang beranggapan bahawa kalau beli sofa, kena beli sekali satu set, termasuk armchairs dan juga bantal. Rasanya ada beberapa item yang perlu kita nyahkan dari senarai pembelian yang dicadangkan oleh penjual. Jimat, sudah tentu.
2. Tidak semua perlu warna putih
Tahukah anda kalau semua dinding di rumah anda berwarna putih, anda harus memadankan ia dengan perabot putih juga walaupun anda adalah peminat tema English, ianya adalah mahligai yang bebas untuk anda hiasi mengikut kreativiti anda. Jika anda mahu rasa tenang dengan warna putih, mungkin anda boleh padankan dengan warna pastel yang lain tetapi masih tidak mendominasi ruang.
3. Meja dan kerusi makan harus sepadan
Satu lagi sterotaip yang tidak betul. Tahukah anda meja makan anda akan masih nampak menarik jika terdapat percampuran design kerusi yang berlainan gaya walaupun konsepnya sama. Lari dari kebiasaan tidak ada salahnya.
4. Kena penuhkan setiap ruang
Sofa saiz besar sudah tidak relevan lagi pada hari ini dan sudah obsolete. Orang kita sekarang ini lebih cenderung to keep it simple dengan memilih perabot yang lebih kecil. Ingat sifir ini ‘lagi kecil ruang, lagi kecil sofa, armchairs dan meja yang anda akan beli.
5. Bilik tidur kanak-kanak kena cat warna terang
Sebenarnya, bilik si kecil lebih tenang tanpa tepekan warna terang. Imaginasi mereka lagi berkembang jika anda warnakan dengan warna lembut dan hiasinya dengan permainan, poster bersama mesej positif dan beberapa lukisan.
6. Semua tingkap perlu langsir
Jika dinding, ada dinding utama serta dinding penyokong, begitu juga dengan tingkap di kediaman anda. Tidak semua tingkap perlu anda hiaskan dengan langsir. Jika dilihat semula, langsir juga merupakan penyebab bilik kita nampak sempit. Anda boleh cuba dengan turunkan langsir di tingkap biasa dan boleh digantikan dengan bidai, percayalah anda akan rasa kelainan selepas mengalihkannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.