Kehadiran lipas di dapur bukan sahaja menjijikkan tetapi juga boleh menjadi pembawa kepada pelbagai penyakit.
Jangan risau! Ada cara semula jadi yang boleh membantu anda mengusir lipas tanpa menggunakan ubat gegat mahupun bahan kimia berbahaya. Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya.
Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
Gunakan empat jenis rempah ini untuk menjadikan dapur anda bebas dari lipas secara semula jadi dan selamat. Amalan ini membantu mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya, sambil mengekalkan dapur yang bersih dan nyaman. Ingat, menjaga kebersihan dapur adalah kunci untuk menghindari lipas. Selamat mencuba dan nikmati dapur yang bersih dan selesa!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Ummi As
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Fakta Cat Macam Pro Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pengalaman adalah anugerah paling berharga. Setiap kesilapan yang dilakukan juga merupakan pengajaran untuk kita dimasa hadapan. Begitulah dengan kerja-kerja mengecat. Lebih banyak praktis, lebih mudah dan cepat anda siap mengecat. Tetapi buat yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini, banyak yang perlu dipelajari dan dihadam. Tetapi jangan risau, dalam entri kali ini, IMPIANA akan membincangkan tentang perkara-perkara yang mungkin berguna buat anda yang baru ingin menjinakkan diri dalam bidang ini atau yang sedang mencuba-cuba untuk ubah suai dinding rumah yang sudah kusam. Mari ikuti senarai ‘patut tahu’ ini.
1. Jenis cat berbeza untuk tujuan yang berbeza.
Ramai yang masih kurang faham tentang kepentingan memilih jenis cat yang sesuai dengan kegunaan. Produk yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza, sebagai contoh, cat siling umumnya mempunyai tahap kilauan yang rendah tetapi mempunyai lebih banyak kekangan dari segi penghapusan kotoran berbanding cat interior yang standard. Cat untuk bahagian luar pula sememangnya mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada cat-cat yang lain termasuklah fungsi perlindungan UV dan cuaca.
2. Proses penyediaan lebih rumit berbanding proses mengecat.
Selain teknik yang betul, persediaan yang rapi juga memainkan peranan yang amat penting bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Walaupun anda mempunyai kepakaran mengecat yang paling hebat sekalipun, jika permukaan dinding tidak rata, maka end-product anda pasti mengecewakan. Proses persediaan sebelum mengecat termasuklah meratakan dinding menggunakan kertas pasir atau memastikan tiada lebihan kertas dindig yang masih melekat.
3. Pengurusan masa.
Anda mungkin akan menghabiskan masa yang lama untuk selesai mengecat bergantung pada saiz ruang. Jika anda mengecat dinding di bilik tidur yang bersaiz sederhana, setiap satu lapisan akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam. Kebanyakan permukaan akan memerlukan dua lapisan cat, jadi anda perlu memperuntukkan dua jam untuk menyiapkan sebuah bilik. Perlu diingat juga, sebelum menambah lapisan, biarkan cat kering terlebih dahulu. Proses ini biasanya akan mengambil masa dalam 10 ke 15 minit.
4. Berapa banyak cat yang diperlukan?
Bergantung pada keluasan ruang, sebuah dinding feature mungkin akan memerlukan kira-kira dua liter cat, ruang 3×3 meter pula akan memerlukan kira-kira empat liter cat untuk dua lapisan, dan untuk memenuhi ruang 6×6 meter, sediakan 8 liter cat dan begitulah seterusnya. Dengan mengetahui idea kasar ini, mudahlah untuk anda membeli cat tanpa pembaziran.
5. Peralatan mengecat berkualiti.
Jika anda membeli produk cat yang berkualiti sudah tentu anda akan memerlukan peralatan mengecat yang berkualiti juga. Berus dan penggelek yang baik akan meningkatkan penampilan dan mutu kerja anda selain membantu mencegah bulu berus yang tidak diingini termasuk ke dalam pekerjaan mengecat anda.
6. Memilih warna yang tepat tidaklah semudah yang anda sangkakan.
Anda mungkin akan bingung dan keliru dengan pelbagai pilihan warna yang terdapat dipasaran sekarang. Nasihat saya, ambil masa dan jangan teruru-buru membuat keputusan. Ini kerana warna yang anda lihat cantik dikedai tadi mungkin tidak sesuai dengan perabot dirumah. Jadi, bagi mengelekkan perkara ini terjadi, anda boleh cuba cat pada sehelai kertas A4 dan tampalkan pada dinding kawasan yang ingin dicat. Biarkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum meneruskan proses. Bayak faktor yang perlu anda pertimbangkan antaranya ialah pencahayaan dikediaman dan padanan dengan konsep serta perabot.
7. Cat sebagai pelindung daripada kulat, cela dan kotoran.
Dengan teknologi yang semakin maju zaman ini, terdapat sebahagian cat yang direka khusus untuk membantu mengurangkan pertumbuhan kulat. Cat seperti ini amat sesuai digunakan dikawasan-kawasan lembab seperti bilik mandi atau laundry area di kediaman anda.
8. Kotor & tumpahan tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dibaiki.
Jika terjadi tumpahan atau tompokan, anda perlu segera bertindak. Gunakan kain yang telah dilembabkan untuk mengelap sebarang percikan atau kotoran secepat mungkin setelah ia berlaku.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hilangkan Kesan ‘Peta’ Dan Bau Kepam BANTAL. Ini 4 Kaedah Betul & Mudah!
Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau kepam.
Malah, sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari, sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala. Bantal termasuk sarungnya, sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur, peluh, kulat dan sebagainya. Maka, cara basuh bantal juga perlu benar-benar bersih dan betul kaedahnya.
CARA BASUH BANTAL
Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.
1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam
Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.
2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit
Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.
Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.
Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.
3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu
Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.
Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.
Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.
4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih
Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.
Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.
- Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
- Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
- Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
- Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
- Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
- Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Barang Keperluan Harian Yang Kita Tidak Sedar Mengandungi Bahan Bertoksik Tinggi
Jika anda seorang yang amat mementingkan kesihatan, disamping penjagaan makanan dan rutin bersenam yang dilakukan mengikut jadual, pendedahan terhadap bahan-bahan bertoksik juga perlu diambil berat. Ahli sains menyatakan bahawa bahan kimia lebih banyak dijumpai pada kelengkapan dan keperluan harian yang digunakan. Bayangkan jika setiap bahan atau barang tersebut digunakan setiap hari atau secara kerap. Ini bermakna anda telah mendedahkan diri anda lebih banyak terhadap barang atau bahan bertoksik. Antara barangan atau peralatan harian yang mendedahkan anda secara terus adalah seperti berikut:
1. Botol Air Miniral
Semua sedar dan tahu akan masalah pencemaran dunia. Penyumbang utama nya adalah plastik. Yang paling banyak dilupuskan adalah botol plastik. Bayangkan anda berjoging lalu meneguk air dari botol miniral yang dibeli. Manfaat kesihatan dari berjoging jadi berkurangan dan anda menambah ancaman kepada diri secara tidak sedar.
Kini, kebanyakkan produk botol dipasaran tertera label BPA-free. Pemilihan ini satu langkah yang baik dan tepat. Oleh itu, sebaiknya anda bawa sendiri air di dalam botol yang diperakui BPA-Free. Lagi pun, anda tahu sumber air nya kan? Namun, tidak lah dikatakan botol BPA-free tidak berkimia langsung. Bila sampai usia atau tempohnya, Botol BPA-free tersebut perlu diganti. Jika tidak, ia akan lebih membahayakan anda. Jadi sebaiknya gunakan botol kaca
2. Pelembut Pakaian
Pelembut pakaian berfungsi sebagai lapisan nipis khas yang melembutkan pakaian anda. Namun, kebanyakkan pelembut pakaian dipasaran mempunyai bahan toksik kimia seperti Ammonia salt. Ia akan menyebabkan iritasi pada kulit, gangguan pernafasan dan pening kepala. Memang sedap menghidu baunya yang wangi. Anda akan rasa pakai sangat bersih bila berbau harum. Namun, ia membawa bahaya lain terutama jika anda menyidai pakaian di dalam rumah.
3. Peralatan masakan yang tidak melekat
Non-stick fry pan, loyang, kuali periuk atau sebagainya sangat membantu anda di dapur tertutamanya dalam pengurusan seperti mencuci dan makanan tidak mudah melekat. Bagi anda yang sedang berdiet dan elak untuk makan makanan yang berminyak, sudah pasti peralatan masakan seperti ini yang anda cari.
Namun, peralatan masakan tidak melekat ini akan membebaskan bahan toksik apabila terlalu panas. Bahan toksik yang akan dibebas merupakan Polytetrafluoroethylene yang akan menyebabkan lapisan Teflon mengeluarkan gas toksik yang akan menyebabkan masalah kesihatan. Sebaiknya, gunakan perkakas masakan yang diperbuat daripada stainless steel atau iron
4. Makanan tin
Kebanyakkan makanan tin mengandungi Bisphenol A (BPA). Ia merupakan hormon yang dikatakan pakar pekanan akan mengganggu masalah kesuburan lelaki dan punyumbang kencing manis. atau diabetes. Walaupun pengusaha atau di label produk tertera bebas kimia, sudah pasti terdapat bahan kimia lain yang kita tidak sedar seperti bahan pengawet, pewarna dan sebagainya. Sebaiknya, makan lah makanan yang segar.
5. Bahan pencuci
Perasan tak, setiap kali selepas anda menggunakan sebarang produk pencuci sama ada untuk lantai, tingkap dan lain-lain tangan mengelupas atau berasa panas. Ini menunjukkan kehadiran bahan kimia yang bertoksik di adlam peroduk tersebut. Namun anda tidak mengindahkannya. betul tak? Apa kata selepas ini cuba guna bahan-bahan dapur untuk tujuan mencuci seperti baking-soda, lemon dan air panas. Selain itu juga, anda boleh cari produk
6. Penyembur udara
Tak salah untuk menggunakan semburan penyegar udara. Namun anda pelu pasti kan kediaman anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Baru lah bahan kimia yang terdapat di dalam semburan seperti Ethylene-based terbebas keluar dan tidak terperam di dalam kediaman kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan
7. Bekas makanan plastik
Kebanyakkan bekas makana plastik diperbuat daripada bahan kimia seperti Phthalates di mana ia akan menyebabkan masalah atau gangguan pada sisitem endorik manusia ia itu otak, tekak dan neurologi dalam badan. Lebih gern jika anda menggunakan bekas makanan plastik secara kerap. ia akan menyebabkan pembebasan bahan kimia secara terus menerus ke dalam makanan anda. Apa kata anda bertukar kepada bekas makanan kaca untuk lebih selamat.
8. Tilam
Kebanyakkan tilam menggandungi kompoun berbahaya yang amat tinggi dipanggil PBDE’s. PBDE’s akan menyebabkan gangguan terhadap sistem otak, mengganggu kadar reproduktif, mengurangkan kualiti sperma dan menyebabkan masalah thyroid.
Disebabkan 1/3 daripada kehidupan kita akan dihabiskan di atas tilam, ia akan lebih mendedahkan ancaman ini kepada kesihatan.
Sumber: https://mommingschool.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI