
Bagi anda yang masih belum mengetahui dan melihat dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan Nordic Japandi, untuk maklumat anda ia adalah merupakan sebuah konsep kombinasi gaya Scandinavian dan Japanese.
Kebiasaannya, dekorasi yang berkonsepkan Nordic Japandi digemari dan sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang gemarkan gaya ringkas. Ini kerana, konsep dekorasi yang minimalis ini membolehkan ruang dalaman kediaman anda tampak lebih kemas dan teratur.
Meski konsep dekorasi ini sering dikaitkan dengan gaya yang serba ringkas, tetapi tahukah anda dekorasi berkonsepkan Nordic Japandi ini mampu membuatkan kediaman anda tampak elegan dan mewah.
Mesti ada di kalangan anda yang tidak percaya dengan hal ini, betul tak? Seperti contoh kediaman menerusi perkongsian beberapa keping foto di bawah kelihatan berkonsepkan Nordic Japandi yang tampak begitu sangat elegan.
Bukan itu sahaja, jika dilihat pemilihan warna dan konsep dekorasi Nordic Japandi yang ditonjolkan ini ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai konsep pilihan bagi meraikan kemeriahan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Terserlahnya gaya elegan dan mewah di kediaman anda, sudah pasti ianya akan memukau mata para tetamu yang datang ke rumah terbuka anda di sepanjang bulan Syawal yang indah ini.
Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Guna Rak RM 49.90 Je Untuk Dapur Rumah Sewa Ni Kemas Dan Cantik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Atasi Masalah Lipan Di Rumah, Sembur Air Sabun Cuci Pinggan

Isi Kandungan
ToggleLipan adalah salah satu serangga yang sering bersembunyi di tandas dan bilik air. Selalu kita jumpai anak lipan yang masih kecil dan tak mustahil ada ‘ibu’ atau ‘bapanya’.
Walaupun terdapat banyak produk mengatasi masalah serangga berbisa ini di pasaran, kaedah menggunakan air sabun cuci pinggan ini paling mudah, berkesan dan jimat.
Tip basmi lipan dalam bilik air
1. Bilik kena selalu kering
Pastikan bilik air ada pengudaraan yang baik supaya bilik air cepat kering lepas setiap kali kita guna. Lipan suka tempat yang lembap dan sejuk, bilik air ini memang tempat ‘feveret’ bagi lipan.
2. Tabur garam
Garam adalah bahan yang kita boleh guna untuk halau banyak serangga. Kalau tempat yang selalu ada lipan, dan tempat yang tak selalu basah kita boleh gunakan garam contohnya di luar rumah, porch kereta atau dapur. Dlm bilik air tak sesuai sangat nak tabur garam sebab kesannya cepat hilang.
3. Sembur dengan pencair pencuci pinggan
Sediakan botol spray, kemudian bancuh pencuci pinggan dan letak dalam botol. Sembur di kawasan yang lembap, atau boleh sembur terus pada lipan. Lipan yang terkena semburan ini akan mati bila air sabun mengering.
4. Panggil pest control
Buat semburan secara berjadual dekat rumah. Semburan dari racun pest control ada residue, anytime lipas lalu dekat kesan semburan boleh mati. Termasuklah crawling insect yang lain juga.
Semoga bermanfaat
IMPIANA : Malang tak berbau, jangan buat main dengan bisa lipan ni!
Sumber: Naim AJ Pest
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Cat Dinding Rumah Sendiri, Teknik Asas Elak Dinding Bercapuk & Hasil Kemasan Sekata

Isi Kandungan
ToggleMengecat rumah sendiri memang lebih menjimatkan kos berbanding mengupah orang. Namun ingin mengecat rumah sendiri tak semudah yang disangka. Ada cara dan teknik asas yang perlu dilakukan supaya hasil kemasan cat pada dinding sekata dan tak bercapuk.
Perkongsian daripada Azlan Mohamad, yang pernah menjadi pengedar cat dan bekerja di kedai hardware ini boleh dijadikan panduan.
Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yang didambakan. Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yang menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat. Saya bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat.
Teknik Asas Mengecat
1. Warna Pilihan Cat
Pilih warna cat yang anda inginkan. Pastikan anda telah membuat carian mengenai warna cat yang sesuai untuk kediaman anda. Dapatkan template warna pilihan cat yang anda daripada pekerja kedai.
2. Tentukan Jenis Cat (Bahagian Luar /Dalam Rumah)
Terdapat dua jenis cat, untuk bahagian dalam dan luar rumah. Cat untuk bahagian luar rumah biasanya lebih tahan lasak, sesuai untuk cuaca panas dan hujan. Manakala, cat untuk bahagian dalam rumah juga mempunyai ciri-ciri khasnya sendiri seperti mudah dicuci, tidak berbau dan sebagainya.
Pemilihan jenis cat yang betul amat penting agar anda tidak mengeluarkan kos untuk mengecat berkali-kali. Cat pun tahan lama dan tidak mudah rosak.
3. Ambil Tahu Jenis Cat
Anda juga perlu ambil tahu jenis dan pilihan cat yang sesuai dengan kediaman anda. Cat mempunyai pelbagai jenis dan gred. Ada cat yang kurang bau, berkilat, berbau wangi dan sebagainya bergantung pada kualitinya.
4. Ambil Tahu Jenama Cat
Selain jenis dan warna, cat juga mempunyai pelbagai jenama. Antaranya ialah, Jotun, Nippon Paint, Seamaster dan sebagainya. Kebanyakan jenama cat mengeluarkan cat yang berasaskan air (water based); lebih mesra alam sekitar, senang tanggal, dll.
Untuk memilih jenama cat yang terbaik, anda perlu baca banyak review dan minta pandangan orang yang berpengalaman.
5. Sealer/Primer (Cat Alas)
Ini adalah bahagian yang paling utama dalam proses mengecat untuk memastikan cat pilihan anda mempunyai tona yang sama seperti yang anda impikan.
Sebelum mula mengecat, anda perlu tahu samada ruangan tersebut perlukan sealer/primer ataupun tidak.
Selalunya, cat alas diperlukan apabila pertama kali hendak mengecat dinding tersebut atau re-paint cat dinding yang dah tertanggal & menggelembung teruk. Pastikan anda kikis dan buang semua cat yang lama barulah guna cat alas.
Kebaikan cat alas adalah melindungi cat dari kelembapan dinding dan membuatkan cat anda melekat pada dinding lebih kuat serta membuatkan warna tona cat semakin cantik.
6.Cat Putih Bukan Cat Alas (Sealer/Primer)
Walaupun cat alas mempunyai warna putih namun ia tidak sama dengan cat putih yang biasa. Fungsi cat alas adalah untuk melindungi cat warna pilihan anda. Biasanya cat alas ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk kering.
Sekiranya anda menggunakan cat putih sebagai cat alas, ia akan menyebabkan cat warna pilihan anda bertompok putih dan tidak mempunyai tona warna seperti yang anda inginkan.
7.Kacau Cat Sebelum Mula
Apabila cat alas dah kering, bolehlah mula mengecat menggunakan warna pilihan anda. Pastikan kacau dahulu cat tersebut sebelum mula untuk memastikan warna cat sekata dan memudahkan proses mengecat. Anda boleh gunakan kayu yang panjang untuk mengacaunya.
Adalah disyorkan untuk menggunakan ‘teknik bancuhan teh tarik’ untuk memastikan cat benar-benar bercampur.
8. Guna Teknik Mengecat M Atau W
Gelekkan roller mengikut bentuk huruf M atau W. Jangan panik sekiranya anda melihat lapisan cat yang pertama tidak rata. Tunggu lapisan yang pertama kering baru mulakan lapisan kedua.
Info Ekstra!
- Cat sekarang cepat kering , mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan.
- Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat tak lawa dan tak rata tengok pulak keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain.
- Paling penting jangan guna CAT MURAH kalau untuk rumah sendiri. Nak puas hati guna cat yang berkualiti mahal sikit tapi memang puas hati.
Bagi anda yang ingin memulakan kerja-kerja mengecat ini, IMPIANA sarankan agar bersedia dari segi mental, kerana kerja-kerja mengecat ini memang memenatkan.
Semoga tip bermanfaat!
Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Sumber: Azlan Mohamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Semak Semula Perjanjian Jual Beli Rumah, Takut Berlaku Kematian Waris Kena Sambung Bayar Loan

Isi Kandungan
ToggleMembeli rumah adalah impian setiap individu, namun ia juga merupakan satu tanggungjawab yang besar. Satu aspek penting yang sering diabaikan oleh pembeli rumah adalah mengenai perjanjian jual beli rumah yang melibatkan pembiayaan pinjaman perumahan (loan).
Ramai yang kurang memberi perhatian kepada kemungkinan berlaku kematian pemilik rumah sebelum pinjaman selesai dibayar. Ini adalah satu situasi yang boleh membawa kesan yang besar kepada waris.
Perkara ini dikongsi oleh seorang Haniza Hussin yang juga seorang perancang kewangan . Berikut adalah perkongsian beliau yang tular laman Facebook.
Dah check ke belum perjanjian jual beli rumah
Sesiapa yang ada beli rumah melalui loan dengan bank, wajib tengok balik agreement.
1. Check loan dengan bank berapa lama?
2. Check MRTT/MLTT (insurans rumah) cover berapa lama?
Penting kenapa?
Kita tak nak bila berlaku kematian nanti, rupanya bank dah tak cover loan rumah.
Which means still ada hutang lagi walaupun pemilik dah meninggal dunia.
Kesannya
1. Siapa yang akan tanggung teruskan bayar dekat bank?
2. Mampu tak orang tersebut tanggung teruskan bayar dekat bank?
So, Wajib!
Elakkan jadi macam gambar di bawah ini. Loan bank 35 tahun tetapi MRTT cover 18 tahun sahaja.
Apa tu? Maksudnya bank hanya akan tolong settlekan loan kalay peminjam meninggal dalam tempoh 18 tahun pinjaman.
Meninggal tahun ke-19, bank tak cover dah. Selepas itu ahli keluarga pula kena settlekan loan rumah tu. Kalau ahli keluarga tak dapat bayar, bank lelong lah rumah tu. Hah! Jenuhh.
Apa perlu buat
Dalam pada itu menurut Hasniza sebaiknya tempoh perlindungan sama dengan tempoh pinjaman. Namun keadaan tersebut bergantung kepada institusi kewangan. Ada yang hanya menawarkan perlindungan setakat 15-20 tahun saja.
Jika mengetahui tempoh perlindungan tempoh perlindungan kurang dari tempoh pinjaman sebaiknya kata beliau peminjam segera bertindak dengan mengambil pampasan insuran atau pampasan takaful sebagai persediaan.
Semoga bermanfaat.
Artikel Menarik: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI