Beli rumah dan miliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Harga kediaman sekarang juga bukan main mahal jadi pastikan kita membuat pemilihan yang betul.
Fenomena cuaca sekarang memang buat ramai mengeluh, di luar dah tentu panas, duduk dalam rumah pun terasa panas. Malah dalam rumah waktu malam pun terasa bahang. Kalau ini yang dirasa sekarang penyebabnya bukanlah semata-mata kerana cuaca panas tapi juga reka bentuk rumah yang kita duduki.
Untuk yang merancang membeli kediaman seeloknya info perkongsian perunding hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad ini dijadikan panduan.
Salah satu pesannya elakkan dari membeli kediaman dengan reka bentuk bumbung yang pendek dan beliau menerangkan sebabnya.
Makin banyak rumah bumbung pendek, cantik tapi…
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
Ads
Tak sesuai dengan cuaca negara kita
1. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
2. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
3. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
4. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
5. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
Ads
6. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
7. Elakkan beli kediaman moden, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil reka bentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Reka bentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.
Ads
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang sedang dalam proses memilih rumah, adalah penting untuk mempertimbangkan nasihat pakar dan mengkaji reka bentuk yang bukan hanya cantik tetapi juga praktikal. Pilihan reka bentuk yang tepat bukan juga memastikan bahawa hartanah tersebut kekal menarik dari segi pasaran di masa akan datang.
Sudah bosan dengan bekas tempat letak ubat nyamuk yang sedia ada di rumah anda? Atau pun, bekas yang sedia ada telah pun rosak dan tidak boleh digunakan lagi? Jangan bimbang!
Kini, sudah ada idea menarik yang boleh anda lakukan untuk bekas tempat letak ubat nyamuk di rumah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh buat sendiri sahaja bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Apa yang menariknya lagi, anda boleh membuat bekas tempat letak ubat nyamuk ini dengan menggunakan barangan terpakai seperti daripada tin susu lama sahaja.
Dengan ini, anda boleh berjimat-cermat dan tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghasilkan bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Selain anda perlukan tin susu kosong lama, anda juga cuma perlukan ‘hot glue gun’dan cat semburan untuk mencantikkan lagi bekas tempat letak ubat nyamuk anda.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Malang tidak berbau. Siapa sangka walaupun dirumah sendiri masih berisiko untuk mendapat serangan haiwan bahaya dan berbisa.
Menjadi kelaziman ular habitatnya adalah di semak samun mahupun kawasan hutan. Namun atas faktor cuaca yang panas, reptilia ini mencari kawasan yang sesuai seperti rumah kita untuk menumpang teduh.
Satu Keluarga Terkejut, Ular Sawa 15 Kg Jatuh Dari Siling Rumah!
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah menerima panggilan kecemasan mengenai seekor ular di dalam bilik air pada jam 9.50 pagi, sebelum menghantar tiga anggota bersama seorang pegawai ke lokasi kejadian.
Ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. Foto APM Kuala Pilah
Salah seorang penghuni rumah, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun, telah mengurung ular tersebut di dalam bilik air.
“Setibanya di lokasi, anggota dimaklumkan terdapat seekor ular berada di dalam bilik air.
“Salah seorang penghuni rumah lelaki warga emas berusia 70 tahun, sempat menghalau ular itu masuk ke dalam bilik air lalu mengurungnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Operasi yang diketuai oleh Leftenan (PA) Mila Hirmah Tahiruddin bersama tiga anggota APM berjaya menangkap ular itu, dan ia telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
IMPIANA : Jadikan kisah ini satu pengajaran. Terutama jika kawasan rumah berhampiran semak, pastikan kawasan rumah dan sekitarnya bersih untuk elakkan serangan haiwan bahaya seperti ini.
Ruangan dapur tidak wajar dipandang enteng kerana selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapur berbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini.
Pertama sekali, anda perlu pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
Kedua, jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
Kelima, gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
Akhir sekali, ganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.