Aircond inverter kini menjadi pilihan ramai pengguna kerana kelebihan dari segi penggunaan tenaga. Walaupun harganya sedikit tinggi berbanding model biasa, ramai sanggup melabur kerana penjimatan jangka panjang yang dijanjikan, terutama dari segi bil elektrik bulanan.

Namun begitu, tidak semua pengguna merasai kesan penjimatan ini. Ada yang mengadu bil tetap tinggi walaupun sudah bertukar ke sistem inverter. Mengapa ini berlaku?

Sebenarnya, kecekapan aircond inverter sangat bergantung kepada cara penggunaan. Tanpa disedari, ramai yang melakukan kesilapan asas yang menjejaskan prestasi sebenar unit ini.

Menurut perkongsian yang tular di laman Media Malaysia, ada beberapa tabiat biasa yang patut dielakkan jika benar-benar mahu nikmati penjimatan dengan pendingin hawa jenis inverter. Ia bukan soal jenama atau model semata-mata — tetapi lebih kepada kesedaran dan kefahaman pengguna itu sendiri.

Ads

Pengguna aircond inverter, jangan buat perkara ini

1. Jangan kerap ‘buka tutup’ aircond

Aircond inverter ini hanya akan berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang. Biasanya lepas 3-4 jam. Jika on aircon 30 minit kemudian tutup semula ia tidak membantu menjimatkan tenaga. Adalah lebih baik menggunakan saja aircond non-inverter.

Guna Aircond Inverter, Elak Buat 3 Perkara Ini Supaya Betul-Betul Jimat2. Buat aircond macam pakai kipas

Begitu juga dengan tindakan buka aircon kemudian bila agak-agak dah sejuk tutup. Bila terasa panas semula hidupkan Kembali macam pakai kipas. Perlu diingat aircond banyak guna elektrik semasa kita mula menghidupkannya. Jadi jika terlalu kerap on dan off aircon bermakna tindakan ini takkan menjimatkan. Buat bil naik adalah.

3. Set hanya pada satu suhu

Ramai yang menggunakan aircond jenis ini menetapkan pada satu suhu saja. Contoh letak suhu pada 23 darjah Selsius dan set kipas tahap 2. Suhu ini dibiarkan dari malam sampailah ke esok pagi sehingga aircond ditutup.

Ads

Cadangan yang sebaiknya ialah apabila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah contohnya 16 darjah selsius dengan kipas paling kuat iaitu 4. Kemudia biarkan bilik pada suhu itu lebih kurang 30-45 minit.

Selepas itu setkan pada suhu 26 darjah selsius. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh contoh tahap 2 daripada 4.

Ads

Perlu difahami bila kita menggunakan aircond, paling banyak guna elektrik ialah Ketika ia mula dipasang. Kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Ia seperti kita mengayuh basikal awal kayuhan banyak guna tenaga, tapi lama-lama boleh maintain.

Jadi jika kita set aircond pada setting yang sama sampai ke pagi, kompresor akan kerja lebih. Tapi jika kita set seperti yang dicadangkan, ia lebih menjimatkan.

Sumber: Media Malaysia

Mesti Baca: Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI