Tak ada ‘aircond,’ ini cara nak sejukkan ruang dalam rumah. Musim panas yang melampau kebelakangan ini buat ramai tak senang duduk. Suhu dalam rumah pun terasa macam dalam oven, sampai nak tidur malam pun rasa melekit dan berpeluh.

Tak Ada ‘Aircond,’ Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah

Solusi paling mudah, tentu sekali pasang pendingin hawa. Tapi nak beli dan guna aircond bukan murah, bil elektrik pun boleh melambung. Kalau rumah anda belum ada aircond, jangan risau, ada beberapa trik mudah yang boleh bantu kurangkan rasa bahang dalam rumah tanpa perlu kos tinggi.

Jom tengok sembilan cara paling praktikal untuk bantu sejukkan ruang kediaman anda:

1. Letakkan Ais Dalam Bilik

Ambil ais ketul, boleh guna yang dibekukan dalam plastik atau bekas besar dan masukkan dalam besen. Letak betul-betul bawah kipas siling atau depan kipas berdiri. Bila angin kipas lalu atas ais, udara yang dihasilkan jadi lebih sejuk. Teknik ini klasik tapi memang berkesan, terutama bila malam terlalu panas.

Tak Ada ‘Aircond,’ Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah

2. Isi Beberapa Besen Air Dan Letak Dalam Bilik

Pernah perasan kenapa bilik air biasanya rasa lebih sejuk? Sebab ada takungan air. Gunakan logik yang sama: isi beberapa besen besar dengan air dan letakkan di beberapa sudut dalam bilik. Air ni akan serap haba dalam ruang, sekaligus bantu sejukkan suasana. Lagi besar permukaan air, lagi cepat proses penyerapan haba berlaku.

Tak Ada ‘Aircond,’ Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah

3. Halakan Kipas Ke Arah Tingkap

Kalau kipas dibiarkan berputar dalam bilik yang tertutup, anginnya tetap panas. Untuk bantu keluarkan udara hangat, halakan kipas berdiri ke arah tingkap atau pintu yang terbuka. Cara ini tolak keluar udara panas dari bilik dan bantu beri sedikit pengaliran udara.

Ads

Tak Ada ‘Aircond,’ Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah

4. Guna Lampu Yang Tak Pancarkan Haba Tinggi

Tukar mentol biasa kepada jenis fluorescent atau LED yang kurang menghasilkan haba. Lampu jenis ini bukan sahaja lebih sejuk, tapi juga lebih jimat tenaga. Dan jangan lupa padamkan lampu atau peralatan elektrik yang tidak digunakan kerana ia turut menyumbang kepada pemanasan ruang.

5. Tanam Pokok Hiasan Dalam Rumah

Pokok seperti ekor kucing, palma, anthurium, begonia, dan beberapa jenis lain bukan saja cantik untuk dekorasi, tapi juga bantu kawal suhu. Tumbuhan hidup hasilkan oksigen dan kelembapan semula jadi yang boleh menyejukkan ruang dalam rumah.

Tak Ada ‘Aircond,’ Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah
Kredit foto: Freepik

6. Gunakan Humidifier

Tak mampu beli aircond? Boleh pertimbangkan beli humidifier, harganya jauh lebih murah dan boleh bantu tingkatkan kelembapan udara. Model yang ada fungsi aromaterapi pun boleh wujudkan suasana tenang dan wangi dalam rumah. Sesuai sangat untuk bilik tidur atau ruang tamu.

Ads

TIP TAMBAHAN UNTUK WAKTU MALAM

7. Tukar Cadar Kepada Kain Sejuk

Fabrik seperti kapas (cotton) lebih ‘bernafas’ dan tak perangkap haba. Elakkan material tebal atau jenis satin yang boleh buat badan rasa makin panas waktu tidur.

Tak Ada ‘Aircond,’ Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah
Kredit foto: Freepik

8. Tutup Tingkap Dan Langsir Ketika Siang

Waktu matahari terik, biar ruang rumah terlindung daripada cahaya langsung. Tutup tingkap dan langsir untuk kurangkan haba masuk, lebih-lebih lagi di ruang yang menghadap matahari petang.

9. Tidur Lebih Dekat Dengan Lantai

Memandangkan haba panas akan naik ke atas, anda boleh turunkan tilam atau bentang toto terus di lantai. Udara di bawah biasanya lebih sejuk dan selesa. Kalau rumah dua tingkat, tidur di tingkat bawah pun boleh jadi pilihan yang lebih sejuk.

Kesimpulannya, walaupun tanpa aircond, ada banyak cara kreatif dan praktikal untuk sejukkan rumah. Dengan sedikit usaha dan perubahan kecil, anda boleh nikmati suasana lebih nyaman walaupun cuaca di luar membahang. Selamat mencuba dan stay cool!

Ads

Sumber: www.huffingtonpost.com

Baca artikel lain juga: Guna Aircond Inverter, Elak Buat 3 Perkara Ini Supaya Betul-Betul Jimat

Ruang Tamu Terbuka Sesuai Pasang Aircond Jenis Non Inverter, Ini Sebabnya!

Baiki Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Buat Sendiri Pun Boleh!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI