Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
Ads
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ads
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
Ramai yang mengeluh, nak renovate atau ubah suai rumah zaman ini. Harga naik melambung-lambung jika dibandingkan zaman sebelum Covid19 menyerang. Bukan je pemilik yang terkesan dengan harga, malah pengusaha atau kontraktor pun turut mengalami masalah yang lebih besar apabila banyak projek terpaksa dibatalkan atau terpaksa mengunakan bajet yang sangat terhad.
Tapi, bagi anda yang merancang nak renovate rumah ni ada triknya kalau nak jimat. Mohd Shukur, yang merupakan seorang pakar kewangan berkongsi trik jimat nak reno rumah di facebook miliknya.
Pagi tadi semasa breakfast kat mamak terdengar perbualan seorang kontraktor dengan bakal klien dia. Dia menerangkan tentang kenapa kos renovate rumah ( juga buat rumah ) kini meningkat harga.
Betullah apa dia explain tu ✅
Peningkatan harga bahan-bahan pembinaan bukanlah dalam kawalan dia.
Ramai kontraktor kecil kini tersepit dan terkesan kerana ramai yang membatalkan atau menangguhkan renovate rumah kerana kenaikan kos barang2.
Jika anda nak renovate rumah ataupun buat rumah di tanah anda, saya cadangkan barang-barang tu beli sendiri. Pembinaan tu yang upah orang.
Upah orang ni ada 2 cara :
1) Bayar gaji hari.
Tapi bukan bayar setiap hari, maksudnya ialah kiraan gaji hari. Tetapkan setiap Sabtu akan bayar gaji minggu lepas.
2) Bayar Lump sum.
Bayar ikut progress.
Ramai orang ambik jalan mudah iaitu pembelian barang2 & upah serah semua kepada kontraktor.
Ini disebabkan mereka tidak ingin atau tiada masa belajar perkara-perkara baru seperti :
Beli barang2 sendiri dari hardware atau supplier.
Study sket harga barang2 binaan dan survey kat mana lebih murah dan kualiti.
Mereka anggap mesti susah nak uruskan, padahal belum mencuba melakukannya pun.
Sebuah banglo 4 juta yang anda lihat itu boleh dibuat sama dengan anggaran kos 2.5 juta.
Begitu juga rumah 1 juta tu boleh dibuat dengan anggaran kos 600K.
Tapi AWAS 🔥
Semasa proses pembinaan rumah atau renovate rumah, JANGAN bawa wife anda pergi tengok. Jika anda bawa wife,
Budget anda 1 juta jer akan jadi 1.4 juta.
Budget anda 500K akan jadi 750K
Budget anda 300K akan jadi 500K
Bandar Seremban atau nama asalnya Sungai Ujong, merupakan sebuah bandar yang sangat sibuk dengan urusan perniagaan, dengan jumlah kepadatan penduduk lebih 500,000 orang. Pembangunan yang pesat membangun di bandar Seremban ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa melimpahkan pembangunan baharu di luar daripada pusat bandar.
Seremban kini, bukanlah seperti 10 tahun yang lalu. Kini pelbagai kemudahan serta pesat membangun. Pada satu ketika, ramai yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Seremban, perasaan jauh dan kurang selesa pastinya menjadi mainan di dalam kotak fikiran. Dengan desakkan sara hidup membuatkan ramai sanggup berulang alik walaupun saat itu masih tiada apa di Seremban. IJM Land adalah antara pelopor perbandaran di Seremban dengan pembangunan Seremban 2 yang kian pesat membangun terus mendapat perhatian warga kerja Kuala Lumpur. Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, kira-kira 20 peratus penduduk Seremban 2 dalam kalangan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan 10 peratus lagi mencari rezeki di negeri lain berhampiran Negeri Sembilan. “Mereka tidak kisah menempuh perjalanan agak jauh untuk mencari rezeki di ibu kota kerana memilih untuk menetap di Seremban 2 yang lebih tenang dan selesa serta segalanya kemudahan ada di sini.
Tempat yang ideal untuk memiliki sebuah rumah di selatan perbandaran Seremban 2 oleh IJM Land di Negeri Sembilan cukup sempurna. Merangkumi lebih 1537 hektar tanah, perbandaran itu adalah rumah kepada penduduk lebih daripada 62,000 orang. Daripada jumlah itu, 20% berasal dari kawasan Lembah Klang yang lebih besar, dan jumlahnya semakin meningkat pada tahun ini. Terdapat juga banyak penduduk yang bekerja di Lembah Klang yang membuat keputusan untuk tinggal di Seremban 2 kerana kos kehidupan yang lebih rendah dan menikmati gaya hidup yang seimbang.
Seremban 2 menyediakan gaya hidup yang penuh kualiti serta pembangunan terancang. Seremban 2 kini adalah pintu gerbang selatan bagi perjalanan ke Lembah Klang. Ia bukan lagi bandar asing yang sukar diakses. Tiada alasan lagi untuk tidak memilik rumah di lokasi ini sebagai alternatif kehidupan di ibu kota. Harga hartanah yang masih mampu dimiliki lebih jauh berbanding dengan harga di Kuala Lumpur.
“Melalui konsep yang dirancang dengan baik dan pelaksanaan pelan induk pembangunan, IJM Land telah menyegarkan semula Seremban dengan pengenalan seni bina moden, sistem jalan raya yang baik, kawasan perumahan yang mampan dan mesra alam, perkhidmatan penting, pelbagai pilihan pendidikan, kemudahan dan sokongan komuniti yang boleh dipercayai, dengan pembangunan ini ia memberi peluang pekerjaan dan perkhidmatan sosial, “tambah Dato Hoo.
Salah satu kelebihan utama di Seremban 2 adalah kemudahan rangkaian lebuhraya yang mudah diakses dan bersambung dengan baik. Perbandaran berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya ELITE dan LEKAS yang menyediakan akses pantas antara bandar dan Kuala Lumpur yang sejauh 45 minit memandu, Putrajaya dan Cyberjaya (40km) dan Melaka (80km). Selain itu, penduduk juga boleh mengakses jalan bebas tol yang secara langsung menghubungkan bandar ke KLIA dan KLIA2 (30km). Dalam perbandaran, sistem jalan arus utama direka bentuk dalam gelung untuk menjaga sebahagian besar lalu lintas dari celah kediaman. Jalan utama ini adalah lorong dua lorong enam lorong yang dirancang untuk kesesakan masa depan yang selesa dengan memasuki rangkaian jalan raya yang dapat diselenggara dengan baik untuk pelbagai bahagian harta tanah, menghubungkan ke semua sektor perbandaran dan membuat perumahan bebas masalah .
Pemaju besar seperti IJM Land ini pastinya menjadi buruan ramai pemilik kediaman yang mengidamkan projek berprestij mereka. Inilah peluang untuk yang berhajat ingin memiliki kediaman sendiri dengan harga yang berpatutan di pasaran. Kemudahan dan akses yang lengkap langsung tidak menjadi penghalang untuk pemaju ini membangunkan kawasan Seremban 2 ini. Dengan kadar populasi lebih 62,000 penduduk, Seremban 2 kini menempatkan 13,391 kediaman. Hartanah kediaman mencatatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.8 bilion meliputi 14,000 unit, komersial (GDV RM800 juta, 1,800 unit) dan industri (GDV RM102 juta, 224 unit). Sementara itu, pihaknya akan menawarkan projek kediaman terbaharu, Rimbun Impian yang terdiri daripada 345 unit rumah teres dua tingkat dengan harga jualan bermula RM600,000.
Di dalam ruang yang luas, Seremban 2 telah menemui keseimbangan sempurna antara pembangunan dan alam semula jadi yang merupakan satu faktor utama untuk pembeli rumah. Menawarkan rumah-rumah yang direka dengan indah dari pangsapuri yang mampu dimiliki, rumah teres, banglo berpagar dan rumah berkembar, perbandaran ini memperkenalkan hartanah yang lebih besar dan mampu dimiliki dengan kemudahan moden, namun mengekalkan ketenangan suasana dengan banyak kawasan hijau. Dengan kawasan taman seluas 45 ekar, Seremban 2 terletak bersebelahan dengan kemudahan rekreasi yang telah menjadi kegemaran masyarakat sejak penubuhan bandar ini. Seremban 2 City Park seluas 15 hektar yang penuh dengan aktiviti sihat seperti tai chi, layang-layang dan bola keranjang, memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk beriadah.
Banyak menawarkan perkhidmatan komersil dan runcit di Seremban 2 menjadikan bandar itu berdikari dan memudahkan penduduk. Dua pusat membeli-belah terkemuka, Pasaraya AEON dan Mydin Mall, menempatkan banyak kedai runcit yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Mereka dilengkapi dengan banyak entiti komersil dan perniagaan kecil seperti bank, hotel, bilik pameran kereta, pusat kecantikan, mini gerai, butik fesyen, bioskop, stesen petrol, kedai F & B dan banyak lagi di sekitarnya. Selain itu, ahli komuniti muda Seremban 2 mempunyai akses langsung kepada beberapa pilihan pendidikan dan pengajaran yang berkualiti, kerana terdapat sejumlah 5 sekolah kebangsaan, 2 sekolah rendah Cina, 2 kolej dan 1 sekolah antarabangsa di bandar, tepat di sebelah pintu rumah mereka.
Untuk ketenangan fikiran pemilik rumah, Seremban 2 sangat menekankan keselamatan, dan telah mengintegrasikan langkah-langkah pencegahan jenayah dalam perkembangan mereka seperti rumah pengawal, pagar perimeter, aplikasi mudah alih masyarakat dan lain-lain lagi. Dalam keadaan kesusahan, komuniti hanya beberapa minit dari penyedia perubatan dan penjagaan kesihatan, serta Ibu Pejabat Jabatan Polis dan Bomba dan Penyelamat yang memastikan respon yang cepat terhadap kecemasan.
IJM Land juga sering melaksanakan acara yang mampu merapatkan hubungan kemasyarakatan seperti sambutan tahunan Chap Goh Mei di Taman Kota, Rumah Terbuka Hari Raya, Sambutan Deepavali, Karnival Seremban 2, IJM Separuh Marathon Tanah, program IJM Land Rehabilation (myHome) dan IJM Give Day Out, antara yang lain.
“Kami mengambil tindakan yang teliti dan bijak untuk memberi impak positif kepada kehidupan rakyat yang berhubung dengan komuniti kami layani, semata-mata kerana apabila pemilik rumah membeli rumah Seremban 2, mereka tidak hanya membeli sebuah rumah, mereka membeli sebuah bandar yang mampan, “jelas Dato ‘Hoo.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seremban2.ijmland.com.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi pendapatan isi rumah bawah RM 3,000, anda dikatogorikan sebagai rendah lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan perbandaran. Sedar akan situasi tersebut, kerajaan dalam usaha memabntu golongan berpendapatan rendah telah menyediakan skim perumahan PPR secara sewaan serendah RM 124 di seluruh negara. Macam mana nak mohon dan apa syarat-syaratnya? teruskan membaca artikel ini.
Syarat Permohonan PPR (Sewaan)
1. Warga negara Malaysia
2. Berusia 18 tahun ke atas ketika memohon
3. Pendapatan isi rumah bawah RM 3,000 sebulan
4. Belum memiliki rumah
5. Menepati syarat tambahan mengikut negeri.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.