Bagi anda yang pernah atau telah membuat pinjaman rumah bersama bank untuk satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti ada di kalangan anda yang pernah ditawarkan pembiayaan semula pinjaman oleh pihak bank sebelum.
Seperti sedia maklum, apabila anda ditawarkan pembiayaan semula pinjaman, sudah pasti anda akan berdepan dengan tempoh pembiayaan pinjaman yang lebih lama dan panjang. Tetapi adakah anda benar-benar mengetahui kesan yang bakal anda hadapi sekiranya berbuat demikian atau anda sememangnya digalakkan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah anda?
Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang khusus bagi mereka yang mahu melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah bersama bank.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Syoknya Petik Di Laman Sendiri’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Faisal Ja’afar selaku Naib Presiden Kanan Distribution Channel, Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad.
Ads
Ketika sesi temu bual yang diadakan di Karnival Putrajaya 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya, Encik Faisal atau lebih mesra disapa FJ berkata para peminjam amat disarankan untuk melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah anda.
“Bagi anda yang umur atau usianya masih muda lagi dalam 30-an sampai 40-an, contoh anda beli rumah itu pada tahun 2017 berharga RM300,000 dengan tambahan pula keadaan situasi sekarang yang semua kos bahan mentah serta buruh meningkat jadi sudah pastinya kalau kita nak beli baharu sekarang kos harganya lebih tinggi.
“Jadi secara tidak langsung, harga rumah yang kita beli pada tahun 2017 itu juga nilai harganya juga akan meningkat. Contoh masa kita beli rumah tu harganya cuma RM300,000, kemungkinan sekarang bila kita semak nilai harganya sudah mencecah RM500,000.
“Di situ kita sudah ada lebihan wang lebihan dalam anggaran RM200,000. Jadi kalau kita sekarang umur masih muda, masih berkerja dan ada keupayaan untuk membayar, anda kena bijak apabila ada wang lebihan atau aset itu kita dibekukan begitu sahaja.
Ads
“Jadi kita kena bijak untuk gunakan wang tunai lebihan itu untuk kita strukturkan segala hutang yang kita ada atau mungkin kita boleh buat pelaburan-pelaburan lain yang lebih menguntungkan.
“Kalau kita masih lagi memiliki keupayaan yang lebih, duit lebihan itu boleh juga kita gunakan untuk membeli aset rumah yang lain,” katanya.
Walaupun anda sememangnya disarankan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah, tetapi apa kesan-kesan yang bakal anda hadapi untuk jangka masa panjang? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Ads
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Adakah anda sedang merancang untuk mengubahsuai kediaman, terutamanya ruangan publik seperti entryway dan ruang tamu? Jika ya, boleh cuba pertimbangkan kegunaan meja konsol untuk mendapatkan penampilan yang menarik selain dapat memberikan beberapa alternatif pilihan untuk dekorasi di ruangan tersebut.
Meja konsol merupakan rekaan meja kecil yang ukurannya tidak terlalu besar oleh itu sesuai untuk diletakkan berhampiran pintu masuk serta sebagai pelengkap sofa di ruang tamu ataupun di satu sudut bahagian ruang makan. Ianya bukan hanya cantik tetapi juga merupakan satu penyelesaian mudah buat masalah penyimpanan barang anda.
Hal lain yang menarik tentang meja konsol adalah sifatnya yang multifunction. Selain berfungsi sebagai elemen dekoratif dan penyeri ruang, meja konsol juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan barang-barang kecil. Jika anda sejenis orang yang selalu lupa di mana anda letakkan kunci kereta, pengecas telefon bimbit mahupun pin tudung, maka meja konsol memang pilihan yang tepat untuk anda.
Sebagai perabot penyeri ruang, antara cara untuk anda mendeko meja konsol adalah dengan menghiasnya dengan lampu meja yang unik, pasu bunga atau susunkan bingkai gambar-gambar kenangan. Selain itu anda juga boleh gantungkan cermin atau art piece pada dinding untuk mendapatkan kesan lebih dramatik.
Namun sebelum anda pergi mendapatkan meja konsol, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan. Pastikan anda mengikut tip yang telah kami sediakan agar tidak silap memilih nanti.
Kenalpasti kegunaan meja konsol dalam ruangan yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu anda perlu tahu untuk apa kegunaan meja konsol ini, adakah ia sekadar hiasan ataupun ia akan digunakan sebagai tempat penstoran tambahan. Cuba bayangkan jika anda pilih untuk membeli meja konsol yang tidak bersesuaian dengan kegunaannya pasti akan rasa menyesal dan ralat.
2. Tentukan konsep dan gaya keseluruhan kediaman anda.
Perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli meja konsol adalah konsep yang telah dipilih untuk kediaman anda. Setelah pasti dan yakin dengan konsep yang dipilih, barulah mudah hendak membuat pilihan perabot supaya tidak bercelaru temanya.
3. Trial and Error posisi meja konsol sebelum betul betul membuat keputusan.
Cuba letakkan meja konsol di beberapa sudut atau ruang untuk melihat kesesuaian dan keserasian meja dengan perabut yang lain. Fungsi meja konsol perlu juga dititikberatkan dalam hal ini agar mudah dan lebih praktikal.
Banyak lagi gambar gambar interior menarik dengan meja konsol yang IMPIANA nak kongsikan. Teruskan scroll down dan selamat menghias ruang kediaman anda!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan mudah nak dapatkan lantai bersih berkilat pada setiap masa,sepanjang hari. Pembersihannya merupakan salah satu kerja rumah yang harus dilakukan hampir setiap hari, lebih-lebih lagi pada kawasan “high traffic” atau kawasan yang mempunyai kadar aktiviti paling banyak seperti kawasan ruang tamu dan dapur.
Adalah agak mustahil nak kekalkan kebersihan lantai kerana jika tidak disapu dan mop, pasti ada sahaja objek asing. Jadi untuk membantu meringankan beban mak-mak dirumah yang penat menyapu dan mengemop, IMPIANA ingin kongsikan satu petua untuk lantai kekal berkilat dan wangi lebih lama dari kebiasaannya. Hanya campurkan dua bahan ini! :
PELEMBUT PAKAIAN & CUKA MASAKAN
Langkah-langkahnya:
Sediakan setengah baldi air (gunakan air panas jika lantai berminyak)
Tuangkan setengah penutup pelembut pakaian
Kemudian letakkan 4-5 titis cuka
Kacau campuran tadi hingga sebati
Boleh mula mengemop
p/s : Anda juga boleh cuba sukatan campuran tadi dengan pakaian agar bau wangi kekal lebih lama. Selamat mencuba!
Menggosok baju bukan lah sesuatu aktiviti yang menarik untuk di lakukan. SIAPA SETUJU? Namun, ia antara perkara wajib nak-nak jika si suami yang memang pakaiannya baju kemeja dan di tambah lagi dengan baju sekolah anak-anak. Kalau setakat iron sahaja tak apa, ini ada yang jenis cerewet nak line tegak lah, bucu tajam dan sebagainya. Sebab tu, kalau tugas menggosok mak-mak di hujung minggu boleh makana masa lebih satu jam.
Namun dengan trik yang disenaraikan ini, tugas menggosok mak-mak lebih mudah dan cepat. Tak perlulah sampai berjeruk ketiak menggosok baju. Antara yang boleh dipraktikkan adalah;
1. Pastikan setiap kali cucian akhir baju, masukkan pelembut pakaian. Nanti bila nak gosok, pakaian jadi lebih lembut dan mudah
2. Gantung atau hanger terus pakaian yang telah di cuci. Lebih baik, anda jemur dengan menggunakan hanger. Ia mambantu mengurangkan kedutan pada pakaian 3. Letak lapisan aluminium foil di bawah alas papan gosok. Aluminium foil tadi akan memantulkan semula haba yang diterima dari seterika. Ini secara tidak langsung menjadikan ke dua-dua bahagian pakaian anda digosok serentak
4. Jangan gosok secara membulat ia akan merosakkan tekstur fabrik anda. 5. Bila menggosok sesuatu yang bersaiz besar seperti langsir dan alas meja, letak dua biji kerusi di bahagian hadapan iron board anda. Tarik bahagian yang telah siap digosok untuk digantung terus pada kerusi
6. Alas permukaan fabrik anda dengan kain nipis seperti napkin atau kain cotton untuk menggosok fabrik jenis sensitif dan mengelakkan kesan kekuningan selepas di gosok. Hal ini biasa berlaku pada pakaian satin berwarna putih
7. Gosok fabrik jenis tebal seperti baju kemeja di bahagian dalam terlebih dahulu. Kemudian baru bahagian luar.
8. Mulakan menggosok dengan pakaian yang tidak memerlukan haba yang tinggi dan fabrik lembut seperti sutera dan satin. Ia mampu mengelak masalah anda salah suhu ketika menggosok. Jika tidak, pakaian anda mudah terbakar 9. Gosok bahagian kolar, cuffs tangan dan hems terlebih dulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika menggosok bahagian lain
10. Lap atau cuci permukaan seterika anda setiap kalai selesai di gunakan. Ia mampu mengelak wujudnya permukaan hangus atau kekuningan pada seterika yang boleh memberi kesen kepada fabrik anda kelak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.