Tidak dinafikan, ada segelintir kalangan masyarakat kita yang sanggup mencatu perbelanjaan makanan harian atau erti kata lainnya ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah kediaman yang cantik dan mewah.
Tetapi tahukah anda, apakah kesan serta keburukan yang bakal dihadapi sekiranya anda melakukan tindakan sedemikian yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh ahli keluarga selain diri anda sendiri?
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik hangat berkenaan yang bertajuk ‘Ikat Perut Kerana Obses Nak Rumah Cantik’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Asrul Khairi Kamaruddin yang merupakan seorang arkitek daripada syarikat swasta tempatan.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Encik Asrul berpendapat tingkah laku ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik seperti ini dalam konteks umum adalah bukan satu keperluan sangat penting.
Ads
“Pada pendapat saya, tak perlu pun untuk ‘berikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik. Tetapi tidak dinafikan, setiap orang mempunyai citarasa yang tinggi dan ingin memiliki sebuah kediaman yang cantik.
“Jika kita bercakap tentang perkara keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik ada pelbagai cara yang boleh dilakukan supaya hasrat anda itu tercapai. Contoh apa yang boleh anda lakukan adalah tidak menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman untuk rumah anda.
“Untuk maklumat anda, dari segi sudut untuk penambah baik rumah ni ada dua konsep iaitu pertama ‘Soft Furnishing’ yang mana terlibat dengan pemilihan perabot untuk dalaman rumah manakala yang kedua pula adalah ‘Hardworks’ yang melibatkan pengubahusaian seluruh rumah.
“Tentang soal pemilihan perabot dalaman rumah ini, saya rasa anda boleh melakukan secara sendiri mengikut citarasa anda tanpa memerlukan khidmat nasihat arkitek mahu pun pereka hiasan dalaman.
Ads
“Ini kerana sumber idea inspirasi dan pelbagai maklumat anda boleh cari di internet, majalah dan sebagainya,” jelasnya.
Konklusinya, adakah anda sanggup untuk mencatu makanan harian anda serta ‘mengikat perut’ semata-mata demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Akibat tindakan memasang sembilan penghawa dingin di kediamannya, seorang lelaki yang menetap di Singapura terpaksa membayar bil elektrik sebanyak 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan.
Memetik sumber Utusan Online, penghuni rumah berkenaan mengakui kepada wartawan dia sememangnya telah memasang kesemua penghawa dingin dengan ketinggian suhu 18 Celcius di kediamannya setiap hari.
Gambar
Jelasnya lagi, tindakan itu dilakukan bagi menikmati suasana yang lebih selesa semasa musim panas. Selain itu, penghuni yang dikenali Huang, 63 memberitahu dia terpaksa berbuat demikian oleh kerana dirinya menghidap penyakit kanser hati dan suhu sejuk membantu meningkatkan imunitinya.
Ekoran tindakan lelaki berkenaan juga telah menyebabkan beberapa jiran sekeliling di kediamannya mengalami masalah pemeluwapan lantas menimbulkan banyak aduan penduduk setempat.
Setelah pihak pengurusan menerima banyak aduan mengenai tindakan lelaki itu, akhirnya Huang diarahkan berpindah keluar daripada kediamannya sejak minggu lalu.
SEORANG jiran terpaksa mencuci lantai tiga kali sehari akibat kesan pemeluwapan yang berlaku di rumahnya.-AGENSI
Sumber: Utusan Online
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang pada tanggal 16 September depan, syarikat aplikasi foodpanda Malaysia tidak melepaskan peluang untuk meraikan bersama orang ramai dengan beraneka jenis makanan warisan tempatan hasil air tangan HomeChef mereka sendiri.
Dalam ingin menyempurnakan keazaman untuk menggamit kenangan nostalgia makanan warisan Malaysia, foodpanda telah memperkenalkan beraneka jenis kuih-muih yang lazat dan menjadi kegemaran ramai seperti Karipap, Onde-Onde, Cucur Badak, Pulut Panggang, Keledek Goreng dan Kek Sarang Semut.
Ketua Pegawai Eksekutif, foodpanda Malaysia berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu HomeChef ini supaya mereka terus memperoleh pendapatan. Ramai di antara mereka memulakan perniagaan ini selepas kehilangan sumber pendapatan utama semasa pandemik. Minat mendalam di bidang masakan dan rasa kasih terhadap makanan telah menarik minat kami untuk bekerjasama dengan mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan ke ‘dapur’ mereka untuk menikmati makanan lazat yang dimasak di rumah. Kami berharap dengan pelancaran HomeChefs, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan untuk menjangkau asas pelanggan yang lebih luas.”
Dalam usaha foodpanda untuk membantu peniaga kecil, HomeChef telah dilancarkan sebagai satu inisiatif yang dimulakan oleh foodpanda untuk menyediakan platform kepada bakal chef untuk memperoleh pendapatan sambil melakukan apa yang mereka gemari seperti memasak.
Melalui pengenalan ini, orang ramai yang tidak mempunyai modal untuk membuka kedai masih boleh memasak dari dapur mereka untuk mencari sumber pendapatan sekaligus mencapai matlamat keusahawanan mereka.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sambil menempuh fasa endemik dengan kebimbangan yang wujud akibat peningkatan kes Covid-19, usaha melindungi kualiti udara rumah dan pejabat anda kini menjadi satu kepentingan. Kita tidak harus leka dalam usaha menyediakan persekitaran hidup yang paling selamat untuk ahli keluarga kami.
Menurut Laporan Alam Sekitar [Reports on Environment] (ROE) Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika [American Environmental Protection Agency] (EPA), udara dalaman adalah 2-5 kali lebih tercemar daripada udara luar dan merupakan antara 5 risiko alam sekitar kepada kesihatan awam. Antara sebabnya ialah aliran udara dalaman tidak beredar sekerap udara luar, lantas bahan pencemar udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, hama habuk dan virus dan bakteria biologi lain terus berkembang biak di ruang dalam.
Antara pencemar udara lain termasuk asbestos – digunakan sebagai bahan penebat bagi paip, jubin lantai dan bahan binaan bangunan, karbon monoksida – yang ditemui dalam lampu kerosin dan pemanas gas, racun perosak – yang sering digunakan di rumah untuk menyingkirkan serangga dan haiwan perosak lain, asap sampingan daripada rokok, dan sebatian organik meruap – seperti cat, pengawet kayu, semburan aerosol, penyegar udara dan juga disinfektan.
Untuk memastikan udara dalaman bebas daripada semua bentuk bahan pencemar berbahaya yang tidak boleh dikesan oleh mata kasar, penulen udara ialah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini. Penulen udara sudah lama terbukti menyegarkan udara hapak dan meningkatkan kualiti udara dalaman dengan ketara. Alat ini juga didapati mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada bahan pencemar, seperti jangkitan pernafasan, asma dan juga kerengsaan mata, hidung dan tekak. Kualiti udara kurang baik boleh menyebabkan sakit kepala, kelesuan atau ruam kulit akibat alahan atau bahan pencemar tertentu.
Malah, penulen udara memang sudah biasa digunakan di dalam rumah kerana kepelbagaian manfaatnya. Sejak sebelum pandemik Covid-19, penulen udara telah membantu ramai rakyat Malaysia meningkatkan kualiti udara di dalam rumah masing-masing. Selain daripada menambah baik kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan, penulen udara juga menyingkirkan acuan dari udara, memerangkap debunga dari tumbuh-tumbuhan dalam atau luaran, meneutralkan bau kurang menyenangkan dan meningkatkan kualiti tidur keseluruhan. Alat ini juga didapati berupaya menapis bahan pencemar yang tidak boleh dibersihkan menerusi pencucian harian.
Dalam satu laporan teknologi yang mengkaji pertumbuhan Pasaran Penulen Udara di Malaysia, didapati bahawa pasaran penulen udara Malaysia bernilai lebih daripada USD68 juta pada 2020 dan dijangka berkembang pada kadar 5.41% dalam tempoh 2022-2026*. Kajian ini membuktikan bahawa pemilikan penulen udara adalah satu keperluan dan pemilihan penulen yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan harian anda juga tidak kurang pentingnya.
Salah satu daripada penulen udara utama di pasaran Malaysia yang terbukti mampu membasmi dan menyingkirkan 99.999% daripada bahan pencemar ialah penulen udara daripada jenama Coway. Antara produk yang mendapat sanjungan ramai ialah penulen udara Lombok III dan Storm yang sudah sekian lama diyakini dan digunakan untuk membersihkan udara di banyak rumah. Apa yang menjadikan penulen udara ini sungguh unik dan berkesan ialah penapis Double HEPA, penapis piawaian emas yang terbukti membasmi 99.999% daripada virus berbahaya, termasuk varian Omicron Covid-19 yang sangat berjangkit dan juga Koronavirus Manusia.
Baru-baru ini, Coway juga melancarkan Noble – penulen udara berteknologi pintar serba baharu. Dengan reka bentuk pemenang anugerah bertaraf dunia, Noble ialah penulen udara yang perlu dimiliki untuk menyegarkan ruang dalam rumah. Selain daripada tampak mewah dan anggun, alat canggih ini boleh meningkatkan kualiti udara dan kesihatan keseluruhan dengan ketara.
Proses ini dilakukan dengan lima jenis penapis berbeza yang dilengkapi dengan pensterilan UVC tambahan dalam sistem penapisan 6-langkah unik yang dibina di dalam penulen udara Noble. Reka bentuk unik ini membekalkan aliran udara tetap yang lebih tulen dan bersih.
Bagaimana proses ini berfungsi? Langkah pertama ialah Pra-penapis 4D yang dapat menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan bulu haiwan peliharaan. Kedua ialah Penapis Asap yang menghalang gas-gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida (NO2) manakala langkah ketiga mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk dengan Penapis Alergen. Langkah 4 merangkumi Penapis Penyahbauan yang menghilangkan bau busuk dan gas berbahaya. Seterusnya dalam langkah 5, Penapis Double HEPA 4D bersedia menyahaktifkan sehingga 99.999% virus termasuk varian Omicron Covid-19, Influenza A (H1N1) dan Koronavirus Manusia. Akhir sekali, Pensterilan UVC menyahaktifkan sehingga 99.9% bakteria seperti E.Coli.
Penapis udara yang bergaya ini juga menggunakan penapis reka 4D pertama yang membekalkan tahap penulenan 360°, yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah. Penulen udara Noble juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan melaporkan kualiti udara secara langsung. Petunjuk LED menyala pada bahagian atas penulen memaklumkan pengguna dengan empat warna berbeza untuk menyatakan tahap pencemaran udara dalaman semasa. Petunjuk akan menyala dalam warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk.
Penulen udara ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Seberat 15kg dan berukuran 320 x 320 x 805mm (lebar x diameter x tinggi), penulen udara anggun ini boleh dimuatkan di mana-mana, walaupun dalam ruang yang kecil, tanpa sebarang masalah. Untuk butiran lanjut, kunjungi www.coway.com.my bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang rangkaian penulen udara Coway.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.