10 perkara yang tidak patut dilakukan ketika menghias ruang sempit. Menghias kediaman kecil sememangnya boleh menjadi satu cabaran yang memerlukan kreativiti dan perancangan yang teliti. Ruang terhad memerlukan pemikiran yang lebih teliti untuk memaksimumkan fungsi dan estetika ruang.
IMPIANA memberi beberapa panduan mudah yang boleh anda cuba:
1) Pastikan tidak memilih perabot yang terlalu besar.
Elakkan memilih perabot klasik yang besar atau sattee tiga tempat duduk. Sofa dua tempat duduk sudah memadai sebagai sofa utama. Sofa dua tempat duduk sudah memadai sebagai tempat duduk utama.
2) Elak gantung terlalu banyak hiasan dinding yang kecil.
Ini hanya akan menjadikan ruang terlalu semak dan mengganggu fokus mata. Cukup sebuah dua tetapi bersaiz besar sebagai pemuasan mata.
3) Jangan sekat pelan lantai dengan sofa atau kabinet.
Kawasan yang disekat-sekat akan menampakkan ruang kediaman semakin kecil dan sempit.
Ads
4) Warna yang terlalu kontra antara pintu dan dinding.
Jika anda menggunakan rona neutral, carilah warna kayu yang harmoni. Jika anda menggunakan warna terang atau pastel, jangan pula pintunya warna hitam. Pilih warna putih agar ruang tidak kelihatan terlalu kecil dan terkepung.
5) Jangan gantung langsir ikut ketinggian bingkai pintu.
Jika aras siling anda terlalu rendah juga, tidak digalakkan untuk menggantung langsir mengikut ketinggian bingkai pintu. Ini hanya akan menjadikan ruang kediaman anda nampak lebih kecil.
6) Jangan salah pilih konsep.
Jangan pilih konsep yang hanya sesuai untuk kediaman agam atau banglo. Selalunya klasik yang sarat tidak sesuai untuk kediaman kecil. Biarpun kita cuba meringkaskan dekorasi klasik ini namun ia tidak mempunyai karakter yang agak berat dan hanya akan membuat anda resah kelak.
Ads
7) Jangan menempatkan chandelier di kawasan utama.
Adakala lampu chandelier agak labuh dan mengganggu lalu pintas domestik. Sebaliknya anda boleh tempatkan pada hujung atau bucu ruang.
8) Elak pilih warna kelam untuk seluruh ruang.
Ia hanya akan menjadikan ruang lebih sempit. Jika anda mahukan warna kelam, cukup untuk sebuah dinding dan kemudian hiaskan dengan aksesori dinding rona putih, emas, atau perak.
9) Jangan tempatkan kerusi tinggi di sempadan antara dua ruang.
Ads
Dua buah kerusi ruang tamu yang tidak mempunyai tempat sandar tinggi seperti Cup Sofa lebih susuai. Kerusi kiub tidak sesuai diletakkan di ruangan sempit kerana ia membataskan pandangan ruang tamu dan ruang makan. Ini juga akan menyesakkan ruang.
10) Elak pasang kertas dinding di keseluruhan dinding kediaman.
Kertas dinding dengan corak yang sarat turut tidak sesuai. Ini hanya akan menjadikan ruang kediaman anda semak dan kusut. Pilih satu dinding utama sahaja dan pilih corak yang ringkas atau berwarna pastel.
Sabun basuh pinggan boleh buat lantai rumah berkilat. Ramai yang mempunyai masalah lantai rumah nampak kusam tak berkilat macam dulu-dulu. Macam-macam petua la digunakan untuk nak nampakkan lantai rumah berkilat macam diamond. Malangnya lepas sahaja mop lantai guna pencuci lantai biasa, habuk dan pasir mula lekat balik dan kesan kilat tu pun hilang.
Perkongsian dari Heze Zamri tip dan trik beliau dapat kilatkan lantai ini wajib Followers IMPIANA cuba. Siapa sangka pencuci pinggan mangkuk yang ada di dapur tu mampu selesaikan masalah lantai kusam ini.
Katanya, petua nak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlight je gaisss. Letak sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar Youtube.
Sebelum ini beliau pun mop guna sabun lantai Ajax, hampir 10 x mop debu2 pasir maasih kelihatan kesan dari renovation rumah, guna sunlight sekali je teros bersinar.
Tambahnya lagi petua ni di kongsikan oleh saudara ibunya yang ada membuat cleaning services. Patutlah lantai di Mall nampak bersinar ja kan.
sabun basuh pinggan
Tunggu apa lagi jom cuba. Jom beli sabun basuh pinggan Sunlight
Lantai rumah yang berkilat memang memainkan peranan penting untuk semua pemilik rumah. Kalau lantai tidak berkilat suasana rumah tu pasti nampak tak berseri. Walaupun dekor cun macam mana pun kalau lantai tak berseri pasti hilang aura seri rumah itu.
Bagi anda yang berhasrat untuk melakukan perubahan terhadap konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang sedia ada kepada bertemakan konsep ‘Scandinavian’, ada beberapa perkara yang wajib anda tahu sebelum melakukan transformasi tersebut terutamanya dari segi pemilihan aksesori.
Seperti umum mengetahui, bagi mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan ’Scandinavian’ ini, harus menggunakan pemilihan aksesori khas dengan tema tersebut.
Maka oleh itu, pemilihan aksesori untuk dekorasi hiasan dalaman berkonsepkan ’Scandinavian’ ini harus betul dan bersesuaian dengan tema yang telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Jadi mari kita lihat senarai antara aksesori yang wajib ada bagi menyempurnakan hasrat anda untuk mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan Scandinavian ini.
1.PASU SERAMIK (Ceramic Vase)
Jika anda mahu memiliki pasu seramik yang kelihatan sama seperti ini, ada boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
2.MANIK KAYU (Wood Bead)
Kalau anda mahu memiliki Manik Kayu yang kelihatan sama juga seperti ini, ada boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Dapur merupakan salah satu ruang yang wajib ada dalam setiap kediaman tidak kiralah apa jenis dan saiz rumah anda. Tidak seperti ruangan lain yang dibina untuk tujuan bersantai dan berehat, dapur merupakan salah satu bahagian rumah yang paling sibuk dengan kerja-kerja penyediaan dan memasak, menjadikannya antara kawasan yang paling terdedah dengan risiko kemalangan buruk.
Ketika sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan juadah, ramai di antara kita yang lupa untuk mematuhi amalan keselamatan dapur yang telah ditetapkan. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana satu kesilapan kecil boleh membawa kepada bencana yang tidak diduga.
Tragedi tidak diingini boleh dielak dengan mengikut beberapa tip keselamatan dapur yang anda dan keluarga boleh amalkan.
Perkakas elektrik
Alatan yang menggunakan tenaga elektrik boleh membahayakan jika tidak digunakan dengan betul. Ikut tips yang telah IMPIANA senaraikan untuk mengelakkan kemalangan apabila menggunakan peralatan ini:
1. Pastikan setiap wayar alatan elektrik dilindungi dengan bahan penebat. Jika anda dapati ada wayar yang rosak, gantikannya dengan segera.
2. Jangan letakkan alat elektrik berhampiran dengan sinki atau kawasan lembab. Walaupun sesetangah alatan ini kalis air, tidak perlu ambil risiko kerana percikan air pada alat yang dihidupkan boleh mendatangkan padah.
3. Jangan sentuh suis dan alat elektrik dengan tangan yang basah. Letakkan tuala atau napkin berhampiran dengan suis agar mudah untuk anda keringkan tangan sebelum menggunakan atau menghidupkan suis alatan elektrik
4. Dapatkan pakar untuk menyelenggara peralatan yang lebih kompleks, seperti ketuhar gelombang mikro anda. Dengan berbuat demikian, alatan akan tahan lebih lama selain memastikan ia selamat untuk diguna.
Pisau serta alatan tajam lain
Adalah amat penting bagi pemilik untuk memberikan penjagaan yang rapi dan baik selain mengetahui cara betul pengunaan semua alatan didapur. Semua objek tajam seperti pisau, gunting dapur, pembuka tin dan lain-lain harus disimpan di tempat jauh dari capaian kanak-kanak.
Apabila memotong daging atau sayur-sayuran, pastikan anda menggunakan papan pemotong yang kukuh. Bagi mengelakkannya dari bergerak-gerak, lapikkan kain dibawah papan pemotong tersebut. Semua peralatan perlu diletakkan dalam jangkauan anda. Elakkan menyimpan perkakas dapur di dalam almari yang tinggi kerana ia membahayakan dan boleh jatuh pada bila-bila masa.
Span dan kain lap
Semua orang mempunyai span dapur untuk mencuci pinggan mangkuk. Tetapi adakah anda tahu bahawa span dapur yang lembab atau basah merupakan ‘magnet’ pertumbuhan bakteria? Anda juga mungkin mempunyai kain untuk mengelap tangan selepas membilas sayur-sayuran. Kain ini biasanya hanya akan dibilas dan dibiarkan kering.
Malangnya, kaedah ini tidak digalakkan kerana bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat. Salah satu kaedah untuk membasmi kuman di span anda adalah dengan merendamnya dalam semangkuk air panas mendidih. Satu lagi cara yang boleh anda lakukan ialah dengan merendam span atau kain dalam larutan peluntur. Kemudian, keringkan span secepat yang mungkin bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria baru.
Papan pemotong
Sesetengah orang lebih suka menggunakan gunting dapur apabila memotong sayur-sayuran atau menyiang ayam. Walau bagaimanapun, ada juga yang lebih selesa menggunakan papan pemotong dan pisau dapur. Pastikan anda mempunyai papan pemotong yang berasingan untuk daging mentah dan sayur-sayuran. Ini adalah penting dari segi kebersihan. Untuk membasmi kuman dari papan pemotong, gunakan cuka atau cecair peluntur.
Tong Gas
Sebahagian besar dari kita lebih suka untuk memasak dengan periuk gas kerana api lebih kuat dan lebih mudah dikawal. Tetapi jika tidak mengikuti prosedur keselamatan yang betul, risiko kebakaran gas adalah tinggi. Antara tips keselamatan untuk gas memasak adalah ;
1. Pastikan tiada bau gas yang kuat sebelum menghidupkan dapur gas.
2. Cara betul untuk menghidupkan dapur gas manual adalah dengan menyalakan dahulu api sebelum menghidupkan gas.
3. Matikan semua peralatan dapur gas dan injap sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh masa yang panjang.
4. Jangan cuba lakukan ubahsuai DIY pada peralatan gas anda. Sebagai contoh, meletakkan batu bata pada regulator yang longgar atau menyelitkan lipatan kadbod pada pemutar gas bagi mengelakkannya tertutup sendiri. Perbuatan seperti itu adalah sangat bahaya!
5. Periksa kebocoran pada paip gas dengan air sabun. Jika anda dapati ada buih-buih yang muncul, bermakna terdapat kebocoran di tempat itu.
Jangan lupa praktikkan langkah yang praktikal dan mudah ini bagi menjamin keselamatan dapur disamping sama-sama mendidik ahli keluarga anda tentang kepentingan menjaga keselamatan di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...