Laman berkonsepkan therapeutic garden merupakan sebuah ruang yang direka bentuk secara khas, ia menggabungkan empat elemen di dalam kehidupan iaitu physical, psychological, social dan spiritual. Di samping itu juga, setiap reka bentuk laman yang berkonsepkan therapeutic garden bolehlah diistilahkan sebagai caregivers untuk seluruh isi rumah. Pelbagai aktiviti seisi keluarga boleh dilakukan di laman ini kerana setiap inci reka bentuk yang dihasilkan boleh digunakan dan dimanfaatkan. Sebenarnya taman terapeutik mempunyai pelbagai manfaat kepada penghuni kediaman, tetapi mungkin ada yang tidak tahu justeru kurang menerapkan nilai-nilai tersebut dalam reka bentuk taman mereka.

Kali ini team LAMAN membawa pembaca ke sebuah kawasan perumahan yang telah dibina lebih dari tiga puluh tahun dahulu di Seksyen 3 Bangi. Walaupun usia kediaman ini telah lama, ada sesuatu yang menarik minat LAMAN untuk berkunjung ke salah sebuah rumah banglo dua tingkat yang dimiliki oleh pasangan pesara kerajaan.

“Kebiasaannya edible garden dan herbs garden akan diletakkan di bahagian belakang rumah atau berhampiran dengan dapur. Namun bagi saya, tumbuhan dari jenis-jenis ini perlu di hargai dan di tonjolkan keran ia berguna dan memberi banyak manfaat. Tidak salah memiliki tumbuhan herba di bahagian hadapan rumah kerana ia boleh disulam dengan tumbuhan berbunga yang lain,” kata pemilik.

IKLAN

Pemilik yang sangat menghargai dunia tumbuh-tumbuhan kelihatan begitu ceria dan sihat walaupun telah empat tahun bersara dari perkhidmatan kerajaan. Jiwa dan keringatnya kini banyak dicurahkan sepenuhnya pada taman selain aktiviti lain. Selesai memperkenalkan taman hadapan, penulis dibawa ke laman sisi rumah. Terdapat binaan tembok pagar berpintu untuk memasuki ruang ini. Ia menjadikan ruang laman sisi ini sebagai ruang enclosed dan lebih privasi.

IKLAN

Backyard garden menjadi ruang paling aktif di dalam laman ini. Pelbagai acara diatur oleh pemilik untuk bersama anak, cucu, saudara mahupun sahabat handai. Fasiliti yang lengkap memudahkan lagi mereka beraktiviti, di samping wujudnya suasana privasi kerana Heliconia yang merimbun menghalang pandangan dari luar. Pasti tenang menghabiskan waktu petang di bawah rimbunan Saraca cauliflora sambil minum kopi. Ditambah pula dengan deretan pokok jasmin yang berbau harum menyegarkan lagi udara yang dihirup.  Jom kita nikmati keindahan laman milik pasangan ini.

IKLAN

Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga  Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI