Tip cuci langsir di lobi layan diri ini perlu kita tahu sebab kebiasaannya langsir kediaman ini kita basuh di dobi layan diri memandang ia memerlukan mesin basuh yang lebih besar di samping pengering.

Kalau jemur di rumah memang tak cukup ampaian. Cumanya, untuk mencuci langsir di dobi layan diri ini kena tahu cara yang betul. Ini kerana langsir ada banyak jenis dan tak semuanya sesuai menggunakan cucian mesin basuh.

Tip cuci langsir di dobi layan diri

 

Berikut adalah tip yang perlu kita ikuti untuk mencuci langsir kediaman di dobi layan diri

1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.

2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.

Ads

3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.

Tip Cuci Langsir Di Lobi Layan Diri, Tak Semua Boleh ‘Sumbat’ Mesin Basuh

 

4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.

5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.

Ads

6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.

Tip Cuci Langsir Di Lobi Layan Diri, Tak Semua Boleh ‘Sumbat’ Mesin Basuh

 

7. Langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.

Ads

Lagi tip

  • Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
  • Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
  • Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.

Tip Cuci Langsir Di Lobi Layan Diri, Tak Semua Boleh ‘Sumbat’ Mesin Basuh

 

  • Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
  • Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.

Tip Cuci Langsir Di Lobi Layan Diri, Tak Semua Boleh ‘Sumbat’ Mesin Basuh

Sumber: Bubble Laundrette

Mesti Baca: Cangkuk Langsir Mudah Saja Nak Pasang Semula Dengan Tip

Baca Lagi: ‘Window Blinds’ Pengganti Langsir, 9 Jenis BIDAI Serikan Ruang

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI