Ramai salah guna dryer dobi, ini cara betul supaya baju betul-betul kering. Mungkin ramai yang sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri setiap minggu. Biasanya, selepas mencuci pakaian, kita terus masukkan ke dalam mesin pengering untuk dikeringkan.
Ramai Salah Guna Dryer Dobi, Ini Cara Betul Supaya Baju Betul-Betul Kering
Namun, ada masanya pakaian masih lembap apabila sampai di rumah walaupun sudah keringkan lebih 30 minit dalam dryer. Mahu atau tidak, terpaksa juga jemur semula di rumah.
Sebenarnya, ini berlaku kerana ada kesilapan ketika menggunakan mesin pengering yang ramai tak sedar. Menurut perkongsian oleh Salkukhairi Sukor, ada beberapa langkah penting yang perlu diikuti agar pakaian dapat dikeringkan sepenuhnya dalam satu kitaran sahaja.
5 Tip Guna Mesin Pengering Supaya Pakaian Kering Sepenuhnya
1. Elak terus campak baju dalam dryer
Ramai yang terbiasa mencampakkan terus pakaian yang masih basah dan berpuntal-puntal ke dalam mesin pengering. Cara ini salah kerana ia menyebabkan pakaian tidak dapat berkembang dengan baik semasa proses pengeringan. Akibatnya, bahagian tebal seperti pinggang dan kaki seluar akan kekal lembap walaupun masa pengeringan sudah lama.
2. Kibas dan perah pakaian terlebih dahulu
Sebelum masukkan ke dalam mesin, pastikan anda perah dan kibas pakaian terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan sisa air pada kain dan bantu pakaian untuk tidak melekat atau terbelit antara satu sama lain.
Ads
3. Susun sehelai demi sehelai
Masukkan pakaian satu persatu ke dalam mesin dalam keadaan terbuka dan kembang. Susun secara berlapis supaya terdapat ruang antara pakaian yang membolehkan udara panas bergerak dengan lebih efisien.
4. Kering lebih cepat dan jimatkan kos
Apabila pakaian tersusun dengan betul, pengeringan akan lebih sempurna dan boleh siap dalam masa sekitar 30 ke 35 minit sahaja — cukup untuk satu bakul pakaian. Ini bukan sahaja jimat masa, malah jimat duit kerana tidak perlu tambah syiling untuk panjangkan masa.
5. Pakaian tak berkedut, mudah lipat
Kelebihan lain bila ikut cara ini, pakaian akan keluar dari mesin dalam keadaan kurang berkedut dan lebih senang dilipat terus tanpa perlu diseterika.
Ads
Kalau anda selalu berdepan masalah pakaian tak kering di dobi, cuba amalkan teknik ini setiap kali guna dryer. Hasilnya pasti berbeza, tak perlu jemur semula atau buang masa dan duit.
Bil air yang tiba-tiba melambung tinggi boleh menjadi kejutan yang tidak menyenangkan bagi sesiapa sahaja. Bayaran bulanan yang meningkat secara drastik bukan sahaja membebankan kewangan, tetapi juga boleh menandakan masalah tersembunyi seperti kebocoran paip atau tabiat penggunaan air yang tidak efisien.
Sebelum mengambil tindakan, adalah penting untuk memahami punca yang mungkin menyebabkan bil air meningkat. Antara faktor utama termasuk:
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mengenal pasti dan menangani masalah bil air yang melambung tinggi:
Kebocoran paip adalah punca utama bil air yang tinggi. Walaupun kebocoran kecil kelihatan tidak signifikan, titisan air yang berterusan boleh membazirkan berpuluh-puluh liter air setiap hari. Untuk memeriksa kebocoran:
Jika kebocoran dikesan, segera baiki paip yang rosak atau ganti gasket yang haus. Jika anda tidak pasti cara melakukannya, hubungi tukang paip profesional.
Tandas adalah salah satu pengguna air terbesar di rumah. Tangki tandas yang bocor atau injap yang tidak berfungsi boleh menyebabkan air mengalir tanpa henti ke dalam mangkuk tandas. Untuk memeriksanya:
Membaiki tangki tandas yang bocor boleh menjimatkan sehingga 200 liter air sehari, bergantung pada tahap kebocoran.
Meter air adalah alat yang mengukur penggunaan air anda. Jika meter terus bergerak walaupun semua paip ditutup, ini menunjukkan kebocoran tersembunyi. Untuk memeriksanya:
Kebocoran tersembunyi mungkin berlaku di dalam dinding atau di bawah tanah, jadi anda mungkin perlu memanggil tukang paip untuk pemeriksaan lanjut.
Tabiat penggunaan air yang tidak efisien juga boleh menyebabkan bil air meningkat. Beberapa cara untuk mengurangkan penggunaan air termasuk:
Melabur dalam peralatan jimat air boleh mengurangkan penggunaan air dalam jangka panjang. Beberapa cadangan:
Walaupun kos awal mungkin kelihatan tinggi, peralatan ini biasanya menjimatkan kos bil air dalam jangka masa panjang.
Jika anda tidak dapat mengenal pasti punca bil air yang tinggi, pertimbangkan untuk memanggil tukang paip bertauliah. Mereka mempunyai alat seperti pengesan kebocoran atau kamera termal untuk mengenal pasti kebocoran tersembunyi tanpa merosakkan struktur rumah. Pastikan anda memilih tukang paip yang bereputasi baik dan berpengalaman untuk memastikan kerja berkualiti.
Jika anda yakin tiada kebocoran atau penggunaan berlebihan tetapi bil air masih tinggi, hubungi pihak berkuasa air seperti SYABAS (di Selangor) atau SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara). Anda boleh:
Hubungi mereka melalui laman web rasmi atau talian hotline untuk tindakan segera.
Selain langkah-langkah di atas, berikut adalah beberapa cadangan tambahan untuk memastikan bil air kekal terkawal:
Bil air yang melambung tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, daripada kebocoran paip hingga tabiat penggunaan yang tidak efisien. Dengan mengambil langkah proaktif seperti memeriksa kebocoran, menggunakan peralatan jimat air, dan berhubung dengan pihak berkuasa air, anda boleh mengenal pasti punca masalah dan mengurangkan kos bil air.
Yang paling penting, ambil tindakan segera apabila anda melihat peningkatan bil yang tidak wajar untuk mengelakkan beban kewangan berterusan. Dengan sedikit usaha dan kesedaran, anda boleh menikmati penggunaan air yang efisien dan bil yang lebih rendah setiap bulan.
Tip bajet buat renovasi ruang dapur, barulah hasilnya macam diidam-idamkan. Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur.
Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari.
Berikut 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina dapur.
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinetyang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
4. Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
5. Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
6. Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Jadi jangan terlalu taksub hanya dengan melihat rekaan tombol yang pelbagai. Fikirkan juga rekaan pintu kabinet anda juga adakah ia dapat dijodohkan dengan baik dan cantik. Ia hanya sekadar pelengkap rekaan pintu kabinet dapur anda bukannya material utama yang perlu dilihat setiap masa.
7. Pencahayaan
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
8. Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
9. Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Jadi ada konsep yang memerlukan aksesori yang banyak dan pelbagai ragam. Ada juga yang memerlukan aksesori yang ringkas seragam seperti hitam, jernih mahu pun putih. Malah ada yang memerlukan aksesori yang minimal. Awas, jangan tersalah beli aksesori. Hiasan klasik di tempatkan pada dapur moden?
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan.
Bilik tidur bukan sekadar tempat untuk berehat, tetapi juga ruang peribadi yang mempengaruhi kualiti tidur dan kesejahteraan kita. Dengan sentuhan dekorasi yang tepat, anda boleh mencipta suasana yang menenangkan dan selesa untuk tidur yang lebih nyenyak. Berikut adalah beberapa idea dekorasi untuk mengubah bilik tidur anda menjadi ruang idaman:
Warna memainkan peranan besar dalam mencipta suasana bilik tidur. Pilih warna-warna lembut seperti biru muda, kelabu, hijau pastel, atau putih krim untuk dinding dan perabot. Warna-warna ini membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan, sesuai untuk tidur yang lena. Elakkan warna terang seperti merah atau kuning terang yang boleh merangsang tenaga.
Petua: Tambahkan warna melalui bantal, cadar atau karpet untuk menyerikan ruang tanpa mengganggu ketenangan.
Pencahayaan yang betul adalah kunci untuk bilik tidur yang nyaman. Gunakan lampu dengan cahaya hangat (warm white) untuk mencipta suasana santai. Lampu sisi katil dengan dimmer membolehkan anda mengawal kecerahan mengikut keperluan. Pertimbangkan juga lampu hiasan atau lilin wangi (tanpa nyalaan untuk keselamatan) untuk menambah sentuhan intim.
Petua: Pasang langsir tebal atau blackout untuk menghalang cahaya luar, terutama jika anda tidur pada waktu siang atau tinggal di kawasan yang terang.
Elakkan memenuhi bilik tidur dengan terlalu banyak perabot. Pilih perabot yang ringkas tetapi fungsional, seperti katil dengan storan di bawah, meja sisi kecil atau almari pakaian yang kemas. Susunan yang teratur membantu mengurangkan rasa sesak dan memudahkan minda untuk berehat.
Petua: Letakkan katil di tengah-tengah bilik atau menghadap tingkap untuk pemandangan yang menenangkan, tetapi pastikan ia tidak menghalang laluan.
Kualiti tidur banyak bergantung pada keselesaan fizikal. Melabur dalam cadar berkualiti tinggi, seperti kain kapas atau linen yang lembut dan berudara. Pilih bantal dan tilam yang menyokong postur badan anda. Tambahkan selimut tebal atau lapisan tekstil untuk keselesaan tambahan.
Petua: Gunakan tekstil dengan corak sederhana atau warna neutral untuk mengekalkan suasana harmoni.
Membawa elemen semula jadi ke dalam bilik tidur boleh meningkatkan rasa tenang. Letakkan beberapa pokok kecil seperti pokok keladi atau sansevieria yang mudah dijaga dan membantu menapis udara. Anda juga boleh menambah elemen seperti batu hiasan, kayu atau cermin dengan bingkai semula jadi untuk sentuhan organik.
Petua: Pastikan pokok diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya mencukupi dan elakkan meletakkan terlalu banyak tumbuhan supaya ruang tidak kelihatan penuh.
Bilik tidur yang kemas membantu minda kekal tenang. Simpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kotak storan atau almari. Elakkan meletakkan peranti elektronik seperti TV atau komputer di bilik tidur kerana cahaya biru dari skrin boleh mengganggu kitaran tidur.
Petua: Gunakan bakul atau kotak hiasan untuk menyimpan barang kecil seperti buku atau aksesori.
Aromaterapi boleh meningkatkan kualiti tidur. Gunakan minyak pati seperti lavender, chamomile, atau kayu cendana dalam penyebar aroma (diffuser). Anda juga boleh memilih lilin wangi atau sachet aroma untuk kesan yang sama.
Petua: Pastikan bilik tidur mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan bau yang terlalu kuat.
Tambahkan elemen peribadi seperti foto keluarga, karya seni kegemaran, atau barangan hiasan yang bermakna bagi anda. Ini menjadikan bilik tidur lebih mesra dan mencerminkan personaliti anda, tetapi pastikan ia tidak terlalu meriah sehingga mengganggu ketenangan.
Petua: Bingkai karya seni atau gambar dengan warna yang selari dengan tema bilik untuk kesan harmoni.
Bilik tidur idaman adalah gabungan fungsi, keselesaan dan estetika yang menyokong tidur yang nyenyak. Dengan memilih warna, pencahayaan dan perabot yang tepat, serta menambahkan elemen semula jadi dan aroma yang menenangkan, anda boleh mencipta ruang yang bukan sahaja cantik tetapi juga membantu anda berehat dengan lebih baik. Mulakan dengan perubahan kecil, seperti menukar cadar atau menambah lampu dengan mood cozy dan rasai perbezaannya!
IMPIANA: Alhamdulillah. Tahniah Kieda. Cantik dekorasi rumah yang dikongsikan memang nampak clean & cozy! Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain, yang meminati konsep ini.
IMPIANA: Alhamdulillah. Tahniah Kieda. Cantik dekorasi rumah yang dikongsikan memang nampak clean & cozy! Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain, yang meminati konsep ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.