Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung. Hasil usaha bekerja keras mencari rezeki dan berjauhan dengan keluarga tersayang, membuahkan hasil apabila dapat membina rumah baru yang lebih selesa.

Baru-baru ini, usahawan terkenal Datin Sri Shahida Mohd Rashid dan Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman ada kongsikan mengenai salah seorang bekas pembantu rumahnya yang lebih dikenali sebagai ‘Bibik Tudung’ yang telah berjaya membina rumah baru di kampung.

Jika sering mengikuti laman sosial Dato Sri Alif Syukri dan Datin Sri Shahida ini, bibik tudung juga secara tidak langsung sering membantu mempromosikan produk-produk yang dijual oleh pasangan usahawan ini.

Ziarah Rumah Baru Bibik Tudung Di Surabaya

Difahamkan selepas 13 tahun berkhidmat, bibik tudung telah kembali ke kampung halamannya di Surabaya, Indonesia. Namun demikian, anak kepada pasangan ini, Yusoff Al Qardawi,7 dan Raudah Arshiyah,6 masih merindui bibik mereka yang telah menjaga dari kecil, menyebabkan Dato Sri Alif Syukri sekeluarga membuat keputusan untuk datang menziarahi rumah baru bibik tudung di Surabaya.

“Kesian Yusoff dan Raudhah dah seminggu tak boleh tidur sebab rindu dengan buk tudung,”

Ads

“Perjalanan ke rumah bibik tudung bukan satu hal yang mudah. Kami bergerak dari Kuala Lumpur naik flight ke surabaya hampir 4 Jam. Dari Airport Surabaya ke rumah buk tudung memakan masa hampir 6 jam,”ujar Aliff Syukri.

Rumah Baru Tersergam Indah Hasil Gaji Kerja Keras Di Malaysia

Menariknya hasil kerja keras sebagai pembantu rumah agamnya, bibik tudung kini mampu membina rumah baru yang lebih besar dan selesa di kampung halamannya yang terletak di Jatiroto, Jawa Timur Indonesia.Bersebelahan dengan tapak rumah asal yang kecil, sempit, atap berlubang dan berlantaikan tanah.

“Banyak yang saya belajar dari kisah suka duka bibik tudung ni. Bayangkan dari sebuah rumah usang berlantaikan tanah dan berbumbungkan atap yang berlubang bibik mampu membina rumah baru yang tesergam indah hasil dari gaji selama dia bekerja dengan saya selama 13 tahun. Usaha dia, peluh keringat dia. Bangga kami sekeluarga bila tengok rumah baru bibik tudung,”kata Shahida.

Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung

Ads

“Saya sangat kagum dengan kejayaan Bibik Tudung. Dia seorang yang tidak boleh membaca dan memiliki rumah ini tanpa bantuan suami. Ini hasil kerja Bibik Tudung selepas hampir 15 tahun, yang penting rajin dan usaha,”

“Tiga orang anaknya pula adalah merupakan hafiz Al-Quran. Itu yang menyebabkan saya sangat menghormati dia,” tambah Aliff Syukri.

Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung

Ads

Mesti Baca: 3 Tahun Menabung, Peniaga Apam Balik Bayar Deposit Rumah Guna Duit Syiling
Baca Lagi Di Sini: Warga Emas Meninggal Lebih 5 Tahun & Rumah Terbiar, Duit Simpan Merata RM38,000
Artikel Menarik: Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko

IMPIANA: Alhamdulillah.Rezeki ‘bibik tudung’ hasil kerja keras di Malaysia sebagai pembantu rumah dapat membina rumah baru yang lebih luas, selesa dan besar di kampung halaman.

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris, Shahidadherbs

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI