Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri. Pelakon, penyanyi dan model berbakat besar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin,30 atau lebih dikenali Daiyan Trisha ada berkongsi beberapa foto sudut interior di rumahnya yang telah siap dihias indah. Antaranya di ruang pintu masuk rumah (foyer), ruang makan, ruang tamu, dapur, bilik baju (wardrobe), bilik tidur dan sebagainya.
Pemilihan warna lembut dengan tema ‘earth colour’ jelas melatari konsep kediaman. Cukup cosy, tenang dan mendamaikan! Pemilihan rekaan perabot, aksesori dan perhiasan rumah pula cukup moden dan simple namun penuh berseni, berada dalam kelas yang tersendiri.
Ads
Dalam perkongsian ringkas di Instagram Daiyan mengakui sangat jatuh cinta dengan rumah yang didiaminya sekarang. Bagaikan impian menjadi kenyataan apabila rumah yang diimpikan selama ini berjaya direalisasikan.
“I love my house so so much. A dream to live in, Alhamdulillah”ujarnya.
Landskap Laman ‘Zen Garden’
Mengintai di ruangan laman rumah pula, pelakon drama bersiri Projek: High Council ini selesa memilih landskap berkonsep laman Jepun, ‘Zen Garden’ yang mampu memberi ketenangan buat dirinya setiap kali pulang ke rumah.
Ads
“Finally, my own dreamy zen space. A peaceful sanctuary to come home to. I love my little bonsai trees so much, ujar Daiyan.
Rumah Banglo Lengkap Kolam Renang
Menerusi perkongsian sebelum ini, hasil kerja keras dalam bidang seni, Daiyan berjaya membeli rumah impian yang merupakan sebuah kediaman jenis banglo dua tingkat yang turut dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya. Ia juga merupakan aset hartanah kedua bagi penyanyi ini, yang sebelum ini tinggal di kondominium.
Ads
Struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya. Ruang dalaman pula tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’.
IMPIANA: Tahniah Daiyan, pada usia muda telah berjaya memiliki rumah impian yang cantik dekorasi hiasan dalamannya. Semoga menjadi inspirasi buat anak muda yang lain, supaya terus bekerja keras dalam menggapai impian untuk memiliki rumah idaman.
Memiliki rumah pertama tentunya merupakan suatu pengalaman yang amat berharga. Pasti kita tidak sabar nak menghias dan mendeko setiap sudut kediaman dengan sentuhan citarasa yang melambangkan personaliti diri.
Itulah keterujaan yang dirasai pasangan Ezzah dan Afiq yang berasal dari Johor Bahru ini. Kediaman teres satu tingkat dengan keluasan 1760 kaki persegi ini dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Ezzah juga memberitahu bahawa dapur merupakan ruang kegemarannya kerana disitulah beliau banyak menghabiskan masa menyediakan masakan istimewa buat ahli keluarga tercinta. Maklumlah, dapur juga merupakan jantung buat sesebuah kediaman itu jadi tidak hairanlah jika ruangan ini telah menjadi pilihannya.
Kediaman yang baru sahaja didiami selama 4 bulan ini dihias dengan bajet RM40k berpandukan konsep Moden Shabby Chic, dimana gaya klasik digabungkan dengan warna-warna lembut atau pastel. Mendapat inspirasi daripada internet khususnya laman sesawang Pinterest, nasihat Ezzah ialah buat pemilik rumah baru atau yang ingin mengubahsuai, anda perlu menetapkan konsep yang diingini terlebih dahulu sebelum mula membeli peralatan dan perabot. Jika tiada konsep yang menjadi arah tuju mungkin nanti kediaman akan nampak serabut dan tidak menarik.
Walaupun begitu, hasil secantik ini tidak datang tanpa ujian, Ezzah dan suami pernah juga ditipu semasa proses mendeko teratak mereka ini. Memandangkan ini rumah pertama dan mereka masih tidak mempunyai pengalaman, terdapat pihak yang mengambil kesempatan keatas pasangan ini. Oleh itu, kit aperlu lebih peka dan berhati-hati ketika berurusan dengan orang luar agar segalanya lebih terjamin dan selamat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sangka dengan menggunakan barang-barang terpakai yang ada di rumah, boleh menghasilkan hiasan dinding yang cantik sebegini. Dengan idea kreatif pemilik kediaman, ruang yang kosong boleh digantung ‘centerpiece’ unik dan hiasan dinding yang menarik sekaligus dapat menaikkan lagi seri pada ruang kediaman.
Boleh cuba DIY hiasan dinding mudah ‘Texture Art Kaabah’ seperti yang dilakukan oleh Fatinhochakkini sebagai panduan.
Kalini Diy ain guna barang yang memang dah ade kat rumah ja. Ain memang tak jual, buat suka-suka ja..senang ja nak buat kome. Zupzapzupzap siap. Bahan Ain pakai apa yang ada di rumah ja sebab DIY. Kalau nak lebih kemas boleh ikut step bawah ni.
Bahan-Bahan:
Styrofoam (Boleh tukar pada kotak keras/ canvas)
Cat Putih (Boleh tukar pada arcylic paint)
Kaabah ( Ambik kotak cat warna hitam kemudian cat warna gold pulak)
Masking tape
2 botol Gam+ Air Secukupnya
Cadar Lama (Putih)
Cara Membuat:
1. Guna apa yang kita suka sebagai base frame.
2. Bancuhkan air + gam lebihkan gam.
3. Celup kain basahkan semua dalam bancuhan gam tersebut.
4. Kemudian, letak atas frame dan buat je bentuk apa-apa.
5. Dah siap design tunggu kain kering semalaman.
6. Dah kering boleh cat pakai berus. Kalau rasa kain macam tak keras lagi, campurkan gam pada cat (jika cat terlalu pekat tambah air).
7.Letakkan kotak Kaabah ditengah-tengah dengan gam (saya pakai gam gajah)
Note: Lepas kering kain tadi sepatutnye keras dan terletak. Kalau tak terletak bermaksud gam kurang dan kena tmbah lagi gam masa mengecat.
Setakat ini, walaupun hanya DIY cara ni ain guna untuk art sebelum ni masih tahan elok sampai sekarang.
IMPIANA: Menarik juga DIY sendiri hiasan dinding rumah, menggunakan barang-barang terpakai yang ada sahaja. Tak perlu keluarkan kos yang besar, namiun hasilnya tetap cantik dan puas hati dapat buat sendiri.
Biru muda selalunya merupakan warna pilihan kedua selepas merah jambu atau putih asli. Biru muda selalunya juga sesuai untuk kamar kanak-kanak lelaki dan kamar untuk warga emas. Menariknya biru muda ini adalah ia bukan sahaja mampu memberikan suasana damai pada ruang . Ia juga boleh menjadikan ruang nampak lebih luas dan santai. Auranya memberi rasa selesa dan padanan warna putih membantu ruang tampil lebih luas…
Biru muda sememangnya sesuai untuk tata hias english dan art deco. Tetapi ia juga boleh diterapkan pada tata hias moden dan minimalism. Selalunya biru sesuai dipadankan dengan dengan putih sebagai keseimbangan. Elakkan memilih warna yang gelap seperti hitam atau pun coklat kerana ia sudah lari daripada padanan yang hendak diserlahkan. Ia bukan sahaja tidak harmoni malah suasana juga nampak janggal. Kenapa? Ringkas, lihat pada langit dan ombak… awan dan langit, air laut dan buih ombak….itulah inspirasinya…..
Jadi bagi anda yang mahukan suasana kediaman yang santai, luas dan nampak ‘ringan’ , boleh mencuba pilihan biru muda. Jika tidak di ruang utama pun, ruang kamar beradu pun sudah memadai. Ia memberikan rasa senang dan mendamaikan. Malah mudah bagi anda menghias ruang dengan pilihan warna yang tidak terlalu banyak. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.