Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha ada berkongsi khabar berita gembira apabila dirinya kini telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya. 

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah berkongsi khabar tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto kediamannya menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.

“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house!!,” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama

Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berjaya memiliki sebuah rumah bungalow setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya. 

IKLAN

Manakala, struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya yang nyata amat sesuai buat penyanyi asal Selangor itu. 

Melihat perkongsian foto berikutnya, ruang dalaman tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’ mewujudkan rekaan hiasan dalaman lebih unik dan kreatif.

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama

Meski belum mencecah usia 30 tahun, penyanyi jelita ini telah berjaya untuk memiliki rumah idamannya yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat anak muda khususnya yang masih belum memiliki rumah.

IKLAN

Tidak ada salahnya untuk pasang impian dan angan-angan setinggi langit, kerana dengan berbekal semangat dan usaha kejayaan pasti akan muncul dalam hidup anda. Betul tak?

Jadi tahniah diucapkan kepada Daiyan dan semoga terus sukses dalam karier seni yang diceburinya. Tak sabar pula rasanya ingin lihat rekaan hiasan dalaman rumah Daiyan apabila sudah siap nanti.

Sumber: Instagram Daiyan Trisha 

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama

Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI