Baru-baru ini, ada seorang individu yang mengunakan nama profil Koleksi Shaz Nazreyz di laman media sosial Facebook telah berkongsi beberapa keping foto memaparkan sebuah rumah kayu yang kelihatan usang dan sudah lama terbiar.

Rumah kayu lama itu yang dahulunya kelihatan sangat usang kini telah berubah sekelip mata tampak seperti sebuah rumah yang mewah dan sangat selesa untuk di diami.

Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan!

Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan! Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan! Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan!

Individu tersebut turut berkongsi foto setelah rumah kayu yang usang itu diubahsuai dan diberi nafas baru. Menerusi hantaran yang sama, pemilik akaun media sosial berkenaan juga ada berkongsi foto sewaktu rumah kayu lama itu masih dalam proses renovasi dan pengubahsuaian.

Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan!

IKLAN

Lihat sahaja rumah kayu yang dahulunya tampak kelihatan usang dan terbiar kini sudah kembali menjadi sebuah rumah yang sempurna untuk di diami. Hebat bukan?

Jika dapat dilihat, pemilik rumah tersebut masih mengekalkan kemasan kayu untuk di tingkat atas manakala kemasan konkrit simen di tingkat bawah.

Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan! Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan!

Untuk rekaan dalaman pula, pemilik telah memilih dan mengunakan kemasan kayu di bahagian lantai, dinding serta siling rumah. Senang kata, hampir kesemua bahagian dalaman rumah menggunakan kemasan kayu.

IKLAN

Di samping itu, penggunaan tingkap kaca pada setiap dinding sebagai sumber pencahayaan semula jadi untuk ruang dalaman rumah adalah sangat tepat dan bersesuaian.

Hasilnya, kita dapat lihat kedua-dua kombinasi ini boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak lebih mewah dan eksklusif!

Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan! Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan! Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan!

Nyata, transformasi yang telah dilakukan pada rumah kayu yang lama ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi kepada kita semua untuk memiliki rumah idaman meski ianya hanya daripada sebuah lama yang diubahsuai.

IKLAN

Sumber: Facebook Shaz Nazreyz

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Rumah Kayu Yang Usang Diberi Nafas Baru, Hasilnya Memang Mengagumkan!

Baca artikel berikutnya: Rumah Teres Berusia 80 Tahun Kini Sebuah Resort Moden Tropikal

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI