IMPIANA berkesempatan untuk ‘feature’ salah satu projek ubahsuai & renovasi milik kontraktor bumiputera, Carpenter King. Projek kediaman berkonsep Moden Klasik, jenis teres Premium 3 tingkat dengan keluasan 2,386 kaki persegi. Mempunyai 5+1 bilik tidur dan 3+1 bilik air.

Rekabentuk fasad kediaman ini cukup indah dengan binaan tingkap ‘louvre’ yang tampak cukup klasik seperti bukaan tingkap rumah tradisional zaman dahulu. Ia berperanan bukan sahaja menambah seri dan melengkapkan reka bentuk pada kediaman moden klasik, malah turut memberi pengudaraan di dalam rumah serta privasi buat penghuni kediaman.

Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja

Kediaman Berkonsep Moden Klasik

Melangkah masuk ke ruang tamu kediaman ini yang terletak di tingkat 2, mata tertancap pada hiasan dalaman yang indah menjadi pilihan pemilik, Wan Farah Nabilah & Syamsul Anuar ini. Konsep moden klasik melengkapkan hiasan rumah yang baru sahaja sebulan dihuni ini. Istimewanya, lakaran awal pada rekaan kabinet TV merupakan, idea daripada pemilik sendiri sebelum diterjermahkan dan direalisasikan oleh pihak kontraktor, Carpenter King,

“Rumah ini berkonsep Moden Klasik, namun saya masukkan juga elemen Muji dan Japandi untuk mix and match pada konsep kediaman.

“Kabinet pada ruang TV ni, saya mulakan dengan ‘basic sketch’ kemudian saya minta pihak CK (Carpenter King) buat 3D untuk realisasikan apa yang saya nak,” ujar Farah yang gemar rona ‘nude’ dan ‘wooden colour’ melatari rumah bagi memberi suasana tenang, lapang dan luas.

Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja

Bahagian ruang makan pula, kabinet dengan rekaan ‘arch’ menjadi pilihan pemilik. Ia dilengkapi pocket door bagi memaksimumkan fungsinya. Bahagian ini juga akan diletakkan mesin kopi. Ruang ini menjadi tempat berkumpul bersama keluarga, kawan-kawan dan tetamu yang datang.

Ads

Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja

Perancangan Teliti Ruang Dapur

Menariknya, perancangan teliti pada bahagian dapur, menepati gaya hidup pemilik. Keterbatasan ruang yang terhad dalam membina dapur kering dan basah, membuatkan pemilik hanya mahukan satu dapur sahaja, sekaligus dapat memaksimumkan fungsi dan praktikaliti pada ruang ini.

“Dapur saya ini tidak terlalu besar sangat, tapi just nice untuk our family. Asalnya dapur ini mempunyai ‘divider’ pada bahagian tengah untuk mengasingkan bahagian dapur basah dan dapur kering. Namun kami buat keputusan untuk pecahkan sahaja supaya dapur jadi lebih luas dan dapat menempatkan ‘Island’ untuk kami   sekeluarga makan harian di sini,”

“Bagi Kaunter Pulau ini ia berkeluasan 7’x3’ dengan kemasan kaunter top Quartz Stone. Saya minta pihak kontraktor untuk’ fully utilize’ bahagian ini dengan membina ‘storage’ bagi menempatkan barang-barang,”

“Material yang digunakan untuk pintu kabinet pula ‘Solid Nyatoh Spray Paint’ dengan warna ‘Macchiato’. Dilengkapi pantry area, hidden hood, waterfall sink, bottle rack,hidden rubbish area &  tissue area,”ujar Farah.

Ads

Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja

Dekorasi Bilik Ruang Terhad

Kediaman ini mempunyai 5+1 buah bilik tidur yang terletak di aras bawah dan level atas. IMPIANA berkesempatan untuk melihat dekorasi di bilik tidur anak perempuan milik pasangan ini. Meskipun ruang bilik agak kecil namun dengan susun atur yang sempurna, ia tampak cukup praktikal, kemas dan luas. Kabinet dibina pada bahagian ‘kepala’ katil berhampiran tingkap serta bahagian belakang pintu juga dibina ‘hidden wardrobe’ bagi memaksimumkan penstoran di bilik ini.

Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja

Terima kasih buat Puan Farah sekeluarga menerima kunjungan IMPIANA ke teratak indah beliau.Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

INFO KEDIAMAN

Ads

Nama Pemilik: Wan Farah Nabilah & Syamsul Anuar
Usia Kediaman: Januari 2025
Konsep Hiasan Dalaman: Moden Klasik
Lokasi: Cyberjaya
Keluasan Kediaman: 2,386kps (22’x70’)
Nama Kontraktor/ ID : Carpenter King
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM150k

Tempoh Renovasi: 6 Bulan (Jun 2024)
Jenis Kediaman: Premium Teres 3 Tingkat
Spesifikasi Ruang Kediaman:
5+1 bilik tidur, 3+1 bilik air, Balkoni, Ruang Tamu, Dapur

Mesti Baca: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’

Baca Lagi Di Sini: “Teratak NEN’Da” Estetika Rumah Kampung Berkonsep ‘English Cottage’ Milik Pelakon Khaty Fauziah

Artikel Menarik: Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI