Kalau di rumah ada kabinet atau almari tv yang lama macam ini dan masih elok boleh tranform ikut idea yang dikongsi oleh Ahmad Ammar ini.
Mudah sangat, kos pengeluaran pun rendah.
Ini Perkongsiannya :
Kabinet televisyen lama ini, nak buang sayang. Banyak nilai sentimental. Ia masih kukuh dan ‘solid’. Jadi saya ‘makeover’ kabinet itu untuk lebih cun dan terkini sedikit. Modalnya adalah cat, rattan webbing dengan knob sahaja. Hasilnya tak mengecewakan!
Cuti sekolah adalah masa yang dinanti-nantikan oleh anak-anak, tetapi bagi ibu bapa, ini mungkin masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang produktif seperti operasi membersihkan rumah.
Sebelum itu, ketahui dulu tip atau cara membersihkan rumah dengan menggunakan bahan alami yang bukan sahaja menjimatkan malah kesan ‘bersihnya’ juga cukup hebat. Nak tahu apa caranya, jom semak 5 cara ini.
Lapkan perabot dengan menggunakan bancuhan air bersama pelembut fabrik dengan kadar 1 nisbah 10.
Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.
Campurkan pelembut kain dengan cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di sekeliling rumah terutama pada bahagian langsir, sofa dan kemasan lembut yang lainnya.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat dengan 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di sekitar bilik air.
Matikan suis dan kemudian keluarkan semua yang ada di dalam peti sejuk. Bersihkan dengan tuala bersih. Selepas kering sapukan dengan esen ros pada tuala tersebut dan lap pada keseluruhan dalamaan peti sejuk. Kemudian tutup peti sejuk selama 30 minit sebelum dimasukkan dengan barang-barang lainnya.
Buah lemon di potong dua dan kemudian gosokkan pada seluruh bahagian sinki dan terutamanya tempat yang kotor/berkerak. Kemudian taburkan dengan garam dan gosok dengan berus. Setelah itu bilas dengan air panas.
Ambil beras dan campurkan bersama dengan air panas dan sedikit serbuk pencuci. Kemudian masukkan ke dalam pasu seramik atau hiasan lainnya yang sukar dibersihkan pada bahagian dalamnya. Goncang-goncangkan beberapa kali dan dengan sendirinya bahagian dalaman hiasan seramik dapat dibersihkan daripada habuk dan sebaginya.
IMPIANA : Selamat mencuba dan nikmati masa yang berkualiti bersama keluarga anda!
Lipan adalah salah satu serangga yang sering bersembunyi di tandas dan bilik air. Selalu kita jumpai anak lipan yang masih kecil dan tak mustahil ada ‘ibu’ atau ‘bapanya’.
Walaupun terdapat banyak produk mengatasi masalah serangga berbisa ini di pasaran, kaedah menggunakan air sabun cuci pinggan ini paling mudah, berkesan dan jimat.
Pastikan bilik air ada pengudaraan yang baik supaya bilik air cepat kering lepas setiap kali kita guna. Lipan suka tempat yang lembap dan sejuk, bilik air ini memang tempat ‘feveret’ bagi lipan.
Garam adalah bahan yang kita boleh guna untuk halau banyak serangga. Kalau tempat yang selalu ada lipan, dan tempat yang tak selalu basah kita boleh gunakan garam contohnya di luar rumah, porch kereta atau dapur. Dlm bilik air tak sesuai sangat nak tabur garam sebab kesannya cepat hilang.
Sediakan botol spray, kemudian bancuh pencuci pinggan dan letak dalam botol. Sembur di kawasan yang lembap, atau boleh sembur terus pada lipan. Lipan yang terkena semburan ini akan mati bila air sabun mengering.
Buat semburan secara berjadual dekat rumah. Semburan dari racun pest control ada residue, anytime lipas lalu dekat kesan semburan boleh mati. Termasuklah crawling insect yang lain juga.
Semoga bermanfaat
IMPIANA : Malang tak berbau, jangan buat main dengan bisa lipan ni!
Dalam kehidupan seharian, peralatan rumah seperti meja lipat dan papan seterika sering digunakan tanpa banyak berfikir tentang keselamatan.
Namun, penggunaan barangan ini tanpa berhati-hati boleh mendatangkan risiko serius, termasuk kecederaan yang boleh membawa maut.
Walaupun peratalan seperti ironing board dan meja lipat ini dilihat sebagai sangat praktikal untuk digunakan di rumah, sekolah atau mana-mana sahaja, sebenarnya boleh mengundang risiko. Terutamanya kepada kanak-kanak kerana, risikonya adalah mereka boleh terjatuh, terkena bucu dan potensi untuk tersepit di celah kaki besi meja berkenaan.
Menurut Hong Kong Consumer Council, meja lipat merupakan satu peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila kanak-kanak menterbalikkan meja dan bermain di tengah kaki meja berkenaan.
Paling merisaukan adalah, jika kaki meja tidak dikunci dengan betul, ia boleh terlipat dan memerangkap kanak-kanak di antara batang kaki besi meja berkenaan. Apabila sudah terperangkap, ini agak mustahil untuk kanak-kanak melepaskan diri tanpa bantuan orang dewasa.
Berat badan mereka akan menyebabkan kaki besi semakin ketat, lebih-lebih lagi ketika mereka panik atau bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, mereka mungkin tersepit atau tercekik di celah-celah kaki besi berkenaan serta berisiko untuk maut.
Bukan Hong Kong Consumer sahaja yang menyatakan risiko malah negara lain turut berpendapat sama. Pada tahun 2022, kerajaan UK telah mengeluarkan arahan pembetulan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.
“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.
Hong Kong Consumer Council berkata, terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengelakkan situasi di atas berlaku. Antaranya:
-Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan
-Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri
-Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Memandangkan meja lipat adalah berbahaya kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing dan melarang mereka daripada bermain dengan peralatan tersebut.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.