PASTI ramai dalam kalangan kita akan berasa kecewa apabila lantai sudah dimop bersungguh-sungguh tetapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Hal ini kebiasaannya terjadi pada lantai yang berjubin (tiles).

Namun, kaedah yang dikongsikan oleh Heze Zamri ini sangat bagus dan praktikal. Hanya mengunakan pencuci pinggan untuk mop lantai tiles di rumah. Hasilnya  memang bersih berkilat. Menurut beliau lagi, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.

Ini Perkongsiannya :

Mop Lantai Rumah Dengan Pencuci Pinggan, Hilang Debu Pasir & Berkilat

Sekadar sharing 🤭☺️

Petua nak bagi licin Dan kilat tiles rmh uols, guna sunlight je gaisss 👍🏻😂 buh sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar utube 🤪

IKLAN

Mop Lantai Rumah Dengan Pencuci Pinggan, Hilang Debu Pasir & Berkilat

Petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.

Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.

IKLAN

Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.

Mop Lantai Rumah Dengan Pencuci Pinggan, Hilang Debu Pasir & BerkilatOh ye Petua ni di sharing oleh saudara ibunda yg duk KL sbb dia mmg contractor cleaning services, Dan kebetulan dia xcukup kakitangan utk Bantu akakcomel so dia share laa Petua ni, thank you uncle Hussin 😘

Mop Lantai Rumah Dengan Pencuci Pinggan, Hilang Debu Pasir & BerkilatInilah hasilnya selepas dibersihkan. Memang berkilat kan.

IKLAN

Lepas ni senang dan jimatlah, boleh beli satu sabun untuk dua kegunaan terus. Sangat praktikal kan?. Selamat mencuba!

Sumber: Heze Zamri

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI