Rezeki KIEDA CREPE Pindah Masuk Rumah Baru, Pilih Konsep Modern Minimalist.
Dalam perkongsian ringkas di Instagram, usahawan terkenal Khalieda Yusra,28 atau lebih dikenali Kieda Crepe, berkongsi telah selamat berpindah ke rumah baru, yang juga rumah pertamanya di Bertam Lakeview West, Pulau Pinang baru-baru ini.
Kieda juga turut mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yaasin dengan mengundang anak anak tahfiz Madrasah Al Quran Wal Arabiyyah (MAWAR). Majlis diadakan dengan cukup meriah dengan pelbagai jenis hidangan dan percikan bunga api.
Beberapa gambar dekorasi dapur di rumah barunya turut dikongsikan. Memang cantik, nampak clean & cozy menjadi idaman ramai pemilik kediaman dengan dekorasi konsep sebegini.
Haza Min Fadli Rabbi . Welcome to my Kitchen Tour 🤍 Semoga yang melihat dapat merasa dapur idaman semua . In sha Allah 🤲🏻 Thankyou my id kesayangan @decolawainterior 🕊️
Ads
Pilih Konsep Modern Minimalist
Sementara itu,menerusi perkongsian Pereka Dalaman Aida Syam dari Decolawainterior, Kieda memilih dekorasi rumah 2 tingkat miliknya berkonsep Modern Minimalist dengan sedikit sentuhan English.
Pada bahagian dapur, perincian material sintered stone corak marble pada kemasan top dan backsplash menjadi pilihan pasangan ini dalam menyerikan lagi dekorasi kediaman. Pereka bijak menggandingkan kemasan base ‘concrete’ dan pintu Aluminium powder coat Europe Style rona grey pada dapur basah serta kemasan base ‘solid wood’ dan pintu melamine warna beige pada dapur kering.
“Ruangan dapur kering bertemakan Modern Minimalist yang tersusun rapi dengan kemasan top dan backsplash sintered stone melengkapi tema minimalist kediaman milik usahawan muda yang berjaya dan terkenal iaitu Pn.NurKhalieda Yusra & Suami Mohd Hilmi. Setiap susun atur dan ruang penyimpanan tersembunyi membuatkan ruang dapur nampak lebih luas dan tersusun,”jelas Aida Syam
“Setiap sudut terlihat rapi & teratur itulah cerminan peribadi pemilik rumah bertemakan modern minimalist dengan sedikit sentuhan english .Mata terpana dengan dekorasi indah pemilik rumah Puan Nurkhalieda Yusra atau lebih mesra dengan panggilan @kiedx_ serta suami beliau En Hilmi @hilmizaki_ yang sangat mengambil berat kebersihan dan susunatur yang rapi setiap ruangan,”tambah Aida.
Ads
Selain bahagian dapur basah dan kering, pereka juga menitik beratkan penataan dekorasi indah pada keseluruhan kediaman. Seperti di ruang makan,ruang tamu, laundry area, bilik tidur,mini surau dan sebagainya.
IMPIANA: Alhamdulillah. Tahniah Kieda. Cantik dekorasi rumah yang dikongsikan memang nampak clean & cozy! Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain, yang meminati konsep ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman indah bagaikan ‘syurga’ buat setiap penghuninya.Terpana dengan seni dekorasi kediaman dengan konsep ini yang nampak moden namun tetap mempunyai perincian elemen klasik dalam rekaan.
Setiap perancangan konsep rekaan rumah, pemilihan material mahupun perletakan susun atur digarap sempurna, hasil pemilik yang ‘berjiwa’ senibina.
Pesona Kondominium Berkonsep Neo-Colonial
Kediaman jenis kondominium dengan keluasan 2700 kaki persegi, yang terletak di aras bawah ini berjaya menjadi mahligai indah buat pemilik, Akram Frijand Ali yang juga seorang arkitek berpengalaman.
Pemilik kediaman, Akram Frijand Ali yang juga merupakan seorang Arkitek berpengalaman.
Bagi pemilik pemilihan konsep Neo-Colonial cukup dekat dihati.Beliau inginkan konsep yang tidak terlalu moden dan pada masa yang sama ia tak terlalu klasik. Namun, elemen klasik itu tetap ada dalam rekaan di sudut kediamannya.
“Saya suka pergi (melancong) ke negara Timur Tengah dan India. Negara tersebut cukup dekat di hati.Perincian rekaan kediaman saya mahukan berinspirasikan Moghul,” ujar Akram.
Ruang tamu kondominium ini dihias indah menepati konsep Neo-Colonial mengikut citarasa pemilik.Ruang makan menempatkan 8 buah kerusi, menjadi salah satu ruang yang menjadi keutamaan ketika dekorasi rumah.
Perletakan Kaunter Pulau memaksimumkan fungsi di ruang dapur pemilik.
Berkongsi cerita mengenai rumah kesayangan yang hampir 3 tahun menjadi tempat berteduh, keutamaan dekorasi rumah adalah ruang tamu dan ruang makan. Item dekorasi mahupun perkakasan rumah banyak dibeli dan mendapat inspirasi ketika melancong di luar negara. Kebanyakan perabot serta kemasan dinding pula ditempah khas (custom made) mengikut citarasa sendiri.
Bilik bacaan menjadi salah satu ruang kegemaran buat pemilik. Kipas dan lampu yang cukup artistik di kediaman ini didatangkan khas dari India.Bilik tetamu berhadapan dengan laman indah, bunyi desiran air dari kolam cukup menenangkan. Ukiran istimewa pada panel katil di tempah khas mengikut citarasa pemilik.Bilik air di bilik tetamu cukup indah dengan suntikan perincian rekaan gaya ‘Moghul’.
Laman Konsep Bali Moden
Kelebihan kediaman terletak di aras bawah, ia turut dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi. Istimewa dilengkapi buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman. Pemilihan landskap laman berkonsep Bali Moden pula cukup membuatkan saujana mata yang memandang, sekaligus melengkapkan lagi kediaman indah ini.
Kelebihan kondominium terletak di aras bawah, dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi.
Buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman.Penggunanan ‘pebble wash’ pada laman berkonsep Bali Moden ini cukup mudah diselenggara.
Nama Pemilik: Akram Frijand Ali
Jenis Kediaman: Kondominium
Lokasi: Mont Kiara
Usia Kediaman: 3 Tahun
Keluasan Kediaman: 2700 + 850 (laman)kps
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 Bilik + 4 bilik air + Private Garden
Konsep Kediaman : Neo-Colonial
Pereka Hiasan Dalaman: @myrafeedesign
Pereka Landskap: Tiara Bali Concept
Inspirasi Tiny House 300kps Konsep Minimalist & English Style, Dijadikan Homestay. Memiliki bidang tanah yang kecil tetap boleh dijadikan rumah dengan binaan kecil dan comel, namun lengkap dan cukup selesa untuk dijadikan persinggahan pada hujung minggu.
Rumah ‘Homestay’ Konsep Minimalist Elegant
Idea pemilik dalam menjadikan tiny house dengan keluasan hanya 300 kaki persegi ini boleh dijadikan sumber inspirasi bagi yang mempunyai tapak tanah yang kecil. Rumah ini terletak di Kuala Nerus, Terengganu dan dibina dengan kos RM60,000 serta dijadikan sebagai ‘homestay’.
Pemilik memilih konsep terbuka, minimalist elegant dengan penataan dekorasi stail Inggeris. Rona hitam putih pula menepati konsep yang dipilih. Memang simple & nampak cukup tenang.
Menariknya meskipun bersaiz kecil namun tetap selesa dan memenuhi keperluan serta kelengkapan asas rumah. Mempunyai ruang tamu, bilik air, dapur serta loteng yang dijadikan ruang tidur, malah mampu memuatkan 1 hingga 5 orang.
“Lahir dengan berkonsepkan minimalist elegant dan english style. Deco bajet sahaja. KECIL TAPI TENANG🏚️ itu yang cuba dipamerkan. Semoga tahun 2025 dapat menyerlahkan lagi rumah tiny house baru ini.Diharapkan dapat menambat hati semua. Tiny House ini kami jadikan sebagai Homestay @ Penginapan,” Farid.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Ahmad Farid & Norfadzila Mokhtar Usia Kediaman: Siap 2024 Konsep : Minimalist + English Style Lokasi: Kuala Nerus, Terengganu Keluasan Kediaman: 300kps (12x25kaki) Anggaran Kos : RM60k (termasuk aksesori dalaman)
Jenis Kediaman: Tiny House (Homestay) Spesifikasi Ruang:
(Ruang Tamu, Dapur, Loteng, Bilik Air)
IMPIANA: Bagi yang memiliki keluasan tanah yang kecil boleh jadikan kediaman ini sebagai inspirasi.
Bagaikan butler yang menyambut kita apabila pulang dari kerja. Ruang foyer atau ruang yang berdekatan dengan pintu masuk, selalunya terbiar sepi. Walhal sudut kecil ini memainkan peranan yang sangat besar. Kita bagaikan terlupa bahawa sebelum keluar atau selepas memasuki kediaman, pelbagai barang perlu kita letak dan susun. Selain dari kasut payung, topis , kunci kereta dan sebagainya.
Selalunya di sini, pereka senang menempatkan meja konsol. Di tempatkan pelbagai bekas atau gantungan untuk pelbagai tujuan. Ada juga yang menambah bakul pelbagai guna untuk menempatkan pelbagai lagi keperluan sekerluarga. Selain tempat menyimpan kasut dan sebagainya.
Selain daripada menempatkan cermin muka, anda juga boleh menempat cermin panjang labuh untuk menampakkan keseluruhan penampilan sebelum keluar dari rumah. Malah ada juga yang menempatkan jambangan bunga indah yang mempersonakan. Paling tidak harum bahagian hadapan ruang kediaman anda. Apa pun kita perlu bijak memanfaatkan ruang kecil ini agar terisi dan memberi manfaat kepad aseisi keluarga. Simple-simple je IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...