Rumah Usahawan Berjaya Yatie Kamarzaman Konsep ‘French Chateau’, Dalam Fasa Akhir Pembinaan. Gembira dan bangga melihat pencapaian usahawan berjaya Noor Hayati Kamarzaman,42 ini dalam mengejar impian untuk memiliki rumah impian sendiri. Selepas 20 Tahun berusaha gigih, rumah idaman kakak kepada Dato Sri Aliff Syukri ini hampir siap dan kini telah memasuki fasa akhir iaitu pemasangan material untuk reka bentuk dalaman.
Berkongsi perkembangan terkini rumah yang sedang dibina di Instagram, menariknya pemilik the_hijab.co ini yang memilih konsep kediaman dan idea dekorasi untuk hiasan dalaman juga dilakukan sendiri.
Rumah baru yang sedang dibina ini mempunyai 5 buah bilik. Yatie memilih konsep reka bentuk dan interior gaya ‘French chateau’ tapi lebih kepada kontemporari dan tidak terlalu klasik sangat pada rumah agam tersebut.
“Hari ni Kak Yatie sempat turun tengok batu untuk rumah baru. Kalau ikutkan dulu, semuanya sekadar plan & kumpul idea. Scroll Pinterest, simpan gambar, berangan itu ini. Tapi sekarang, Alhamdulillah, semuanya dah mula jadi kenyataan. Perasaan tu bercampur-baur… teruja ada, risau pun ada. Risau kalau apa yang Kak Yati plan sendiri ni tak jadi seperti yang dibayangkan, sebab untuk rumah ni memang Kak Yatie sendiri yang jadi “interior designer” 🤧,”
Tapi insya-Allah, semoga semuanya menjadi seperti yang diimpikan,” jelasnya.
Ads
Dijadikan Rumah Persaraan
Tambah, usahawan _theskin.co ini juga, rumah yang dibina memberi makna yang cukup istimewa buatnya suami isteri untuk dijadikan sebagai rumah persaraan kelak.
Sebenarnya projek rumah ni cukup istimewa.. ini rumah pertama untuk retirement Kak Yatie & Abang Ady. Antara usaha dia sebagai suami & ayah untuk sediakan tempat berteduh yang selesa buat kami. Rumah lama memang banyak kenangan, tapi Kak Yatie percaya rumah baru ni akan buka lembaran baru, dengan memori yang tak kurang indahnya,” ujar Yatie.
Pemilihan Material Batu Untuk Kemasan Dinding
Selain itu, ibu kepada 2 orang gadis remaja yang sedang meningkat remaja ini juga tidak lokek berkongsi tip pemilihan material yang sesuai digunakan mengikut ruang tertentu di rumah. Terutamanya pada kemasan dinding supaya nampak mewah, namun tahan lasak dan jimat kos.
Ads
“Masa tengah pilih batu tadi, Kak Yatie sempat juga explore pilihan lain selain marble. Kalau korang tengah plan untuk rumah sendiri, boleh consider material macam sintered stone atau porcelain marble. Sangat sesuai untuk kawasan yang high-traffic atau basah macam dapur & bilik air. Nampak mewah, tapi lebih tahan & jimat kos,”
“Untuk projek rumah Kak Yatie yang baru, bahagian dapur dan juga shower terpaksa pakai Sintered Stone atau porcelain marble, sebab lebih tahan. Kak Yatie dah pernah ada pengalaman pakai marble. Susah nak jaga. Untuk staircase (tangga) atau bahagian niche yang tak akan selalu sangat guna baru pakai marble,” ujar Yatie.
Harapan Rumah Baru
Tambah Yatie lagi, semua kemasan material kini dalam proses untuk dipasang dan berharap dapat berpindah masuk ke rumah barunya tidak lama lagi, sekaligus menjadi tempat penuh bermakna yang dipenuhi kasih sayang seisi keluarga.
Ads
“Sekarang ni tak sabar tunggu semua siap dipasang. Doakan segalanya dipermudahkan & Kak Yatie dapat pindah masuk tak lama lagi. Semoga rumah ni bukan sekadar bangunan, tapi jadi tempat penuh kasih, tenang dan bermakna untuk Kak Yatie seisi keluarga insyallah,” 💛 jelasnya.
IMPIANA: Tahniah Kak Yatie sekeluarga. Tak sabar nak lihat rumah siap nanti. IMPIANA doakan semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang serta dapat berpindah masuk tidak lama lagi. Jemputlah IMPIANA datang iya nanti!
Rumah kecik 550sq dan mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air mampu dijadikan homestay cantik macamni!
Pemilihan warna biru terang dengan kombinasi beberapa warna lain memang buat homestay ni seakan kita berada di rumah sendiri. Siapa kata rumah kecil tak mampu dijadikan homestay dan dihias sebegini cantik? Penyeri yang memberi ketenangan di ruang tamu, kehadiran item perabot dan aksesori dengan pelbagai rona bukanlah sekadar perhiasan semata-mata. Ia mampu mempengaruhi perasaan tetamu yang bertandang kerana warna terang ini menjadikan ruang tamu yang nampak luas ini berasa tenang , sejuk dan sesuai untuk perhimpunan lebih elegan. Pemilik, Syamsul-Amri Zainal yang merupakan seorang guru banyak berkongsi mengenai tip hiasan antaranya ,
Pastikan tema dan bajet yang ingin kita ketengahkan untuk deko kediaman.
Gunakan warna yang lembut untuk ruang sempit bagi menampakkan imej luas pada ruang berkenaan.
Bersabar dalam memilih perabot. Cuba survey dan bandingkan harga setiap kedai. Supaya tidak menyesal dan tersalah memilih tema.
Keadaan Sebelum :
Sering mengambil inspirasi dari pintrest, facebook dan homestay-homestay cantik, Syamsul memang bertuah kerana mempunyai isteri yang turut memliki minat yang sama. Menghabiskan sekurang-kurangnya RM2.5k untuk keseluruhan hiasan deko (tidak termasuk lantai) , Syamsul ternyata pandai membeli perabot tanpa mengeluarkan belanja yang besar untuk nampak mewah dan cantik. Sering membeli barang-barang online dari ezbuy, beliau juga gemar memebeli perabot dari IKEA, KAISON dan kedai perabot biasa.
Selepas Dihias :
# Tip Dekorasi Ruang Terhad dari Impiana
RUANG : Pastikan ruang mahu dihias diteliti terutmanya saiz perabot dan kuantitinya. Ini penting supaya susun atur baru yang bakal dibuat tidak menyesal kemudian hari kerana usaha yang gagal.
SUSUN ATUR : Minimumkan jumlah perabot atau barang dekorasi seminimum mungkin . Ketepikan item yang tidak perlu terlebih dahulu berbanding item yang diperlukan
WARNA : Ini aspek penting dalam dekorasi kerana warna memainkan peranan mood dan ruang. Pemilihan warna perlu betul atau kelak anda akan menyesal. Pilih warna cerah dan hadkan kuantitinya tidak lebih dari tiga warna utama.
Berapa kerap kita berjumpa cermin bulat di ruang kediaman? Ramai yang lebih selesa memilih cermin empat segi kerana mudah di suai padan dan selamat. Tahukah anda cermin bulat sebenarnya lebih hebat nilai estetikanya kerana pembuatannya yang agak cerewet dan selalunya menjadi tumpuan pada ruang?
Ringkasnya ruang kita penuh dengan elemen empat segi. Dari sofa, permaidani, jendela, bingkai gambar dan beberapa objek lain. Jika ada bulat sekali pun di meja kopi utama, lampu gantung dan kipas. Namun itu sebenarnya sudah cukup memberi keseimbangan pada ruang untuk menyuntik elemen bentuk berbeza agar ruang tampil lebih menarik dan harmoni dari aspek konsep bentuk.
Malah cermin bulat ini mampu menarik perhatian pantas dan menjadikan tata hias anda lebih elegan. baik tidak berbingkai atau bergantungan dengan tali kulit atau jerami sebagai satu simbol objek yang mahal lagi eksklusif. Tidak hairan ia selalu ditempatkan di lobi mahu pun koridor hotel atau kapal persiaran.
Pun begitu apa yang lebih menarik ia tidak semestinya perlu diletakkan di tengah susunan. Sifatnya yang tepat bulat tanpa ada bucu mana-mana sudut membolehkan ia tetap cantik biar disusun off centre atau tambil bersahaja. Ada juga pereka menggantungkannya sepasang tetapi berlainan saiz sebagai kelainan yang menarik.
Biarlah apa pun saiznya ia tetapi tampil serasi dengan ruang dan mengundang nilai elegan seta cita rasa tinggi. Bukanlah bermakna cermin empat segi tidak menarik, tetapi hadirnya bentuk berbeza dalam ruang , memberi biasan berbeza. Nak dapatkan cermin bulat murah, cari sahaja di kedai barangan terpakai terutama yang menjual perabot terpakai dari hotel. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila menghias rumah, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa ia akan menelan belanja yang tinggi. Tahukah anda tanggapan ini adalah salah dan harus ditentang kerana terdapat banyak pusat jualan perabot yang murah serta kedai barangan hardware yang tumbuh bagai cendawan. Dari sini kita sudah tahu bahawa tiada halangan untuk menghias rumah dari tema yang bosan kepada hasil yang menarik dan elegan.
Menurut pemilik yang berasal daripada Pulau Pinang Pn Aiza Shereen menyatakan bahawa “kami banyak berbelanja di kedai perabot yang tidak berjenama terutamanya semasa sesi jualan murah dijalankan. Dinding ini kami cat sendiri tanpa mengupah pekerja kontrak dan pembelian aksesori hiasan adalah secara berperingkat serta kitar semula perabot lama yang masih elok.”
Pimilik dan suaminya menetap di rumah jenis teres dua tingkat di Nibong Tebal, Pulau Pinang berkeluasan 1400 kaki persegi dengan kapasiti empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selain itu, segala gerak kerja dekor dijalankan bersama suami bermula dari awal tahun 2018 dan siap sepenuhnya selepas tiga bulan.
“Saya dan suami sentiasa mengemas setiap inci rumah terutamanya bahagian yang selalu bersepah dan bersyukur kerana kedua-dua anak lelaki yang masih kecil tidak gemar mengusik barang hiasan”, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun.
Pujian harus diberikan kepada empunya rumah kerana bijak dalam membahagikan ruang tamu yang besar dengan membahagikannya kepada dua bahagian. Antara pembahagian ruang yang diwujudkan adalah adalah bahagian hadapan khas untuk menonton televisyen dan satu lagi adalah ruang perbincangan dengan meja segiempat tepat di tengahnya. Jika anda perasan, di sebelah sofa three seater, terdapat dua partition iaitu tiang para dengan tumbuhan segar yang menyempadani akses ruang tamu dan dapur.
Apabila meneliti hasil sentuhan peribadi suami Pn Aida dalam memasang kayu wainscoat, ianya seakan hasil kerja pakar yang sudah lama dalam bidang pemasangan panel kayu. Ia seakan tidak nampak kesan cela yang selalu kita lihat di kediaman yang lain apabila memasang wainscoat terdapat beberapa kesan finishing yang tidak kemas, tapi di rumah ini, voila, nampak elegan dan mewah.
Hayati kompilasi imej di bawah ini untuk tatapan dan rujukan peminat panel dinding wainscoating, jika ada pertanyaan lanjut, pm sahaja Pn Aiza Shereen untuk maklumat lanjut, Selamat Mencuba!!
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...