Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.
IMPIANA berkesempatan bertemu pelakon dan pengacara cantik Amyra Rosli di majlis pelancaran LG PuriCare™ AeroFurnitureyang berlangsung baru-baru ini. Banyak perkara yang dikongsikan oleh ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dalam menguruskan kediamannya.
Ternyata, pasangan selebriti Amyra Rosli,33 dan Amar Baharin,39 ada cara tersendiri dalam menguruskan kediaman mereka supaya sentiasa kemas, bersih dan teratur.
“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah. Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,”
“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul. Kita dah mula ajar dia, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.
Ads
Citarasa Dekorasi Sama
Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, pasangan bahagia ini ternyata cukup serasi dan mempunyai citarasa yang sama.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama. Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.
Harga Rumah Semakin Mahal, Tak Berbaloi Beli?
Lambakan rumah dan harga rumah yang semakin mahal di pasaran membuatkan ada yang berpendapat, tidak berbaloi untuk membeli kediaman ketika ini. Namun Amyra mempunyai pandangan yang tersendiri.
Ads
“Masing-masing ada pendapat masing-masing. Myra tidak mengiya atau menidakkan. Tapi bagi Myra sebagai individu, kita harus buat pilihan yang bijak. Ada macam-macam jenis rumah dan macam-macam jenis harga, kalau rasa sesuai dengan kemampuan anda, boleh buat pilihan apa yang ada,” jelas Myra.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.
Ads
Tahniah buat Amyra & Amar yang bakal berpindah ke rumah baru nanti dan konsep ‘English Cottage’ menjadi pilihan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan proses renovasi serta dekorasi rumah berjalan dengan lancar.
cat pada tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
1. Umur yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan pada tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secara kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses mengecat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turut memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak dengan penjual bukan sekadar jenis atau jenama, malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknikcat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah ia cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak dicat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan lama tidak disingkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak dinafikan rumah boleh menjadi aset hartanah yang menguntungkan apabila ia berjaya dijual. Namun ia juga boleh menjadi sebaliknya. Bukan semua rumah yang dimiliki mudah untuk dijual. Lebih-lebih lagi jika mempunyai 3 perkara asas ini yang menyebabkan rumah susah untuk dijual.
Baca perkongsian daripada Perunding Hartanah, Syakila Mokhtar ini sebagai panduan;
3 sebab utama kenapa rumah tu susah nak dijual.
Selalu orang ingat jadi perunding hartanah ni senang buat duit. Hakikatnya tidaklah semudah itu.
Kalau begitu mudah, pasti dah ramai perunding hartanah jadi jutawan.
Nak jual rumah bukanlah mudah. Lagi-lagi kalau tuan rumah punya perangai macam ni:
1.Rumah Buruk
Bila kami pergi tengok rumah dari luar pun kami dah geleng kepala. Cat dah berlumut, laman penuh lalang, grill besi dah senget, tingkap dah kopak.
Bila masuk dalam lagilah tak lalu. Nak ambil gambar pun fikir banyak kali, siapa ada selera nak beli rumah macam ni? Paling-paling pun kaki flip rumah busuk.
Kalau tanya tuan rumah sendiri dia tak lalu nak duduk rumah tu. Macam mana nak tarik pembeli bagi offer?
2.Permintaan Rendah
Bukan semua kawasan sama. Ada kawasan yang permintaan tinggi. Kalau rumah tu dalam kawasan yang permintaan rendah, memang lambat nak dapat pembeli.
Kawasan yang jauh dari kemudahan asas, sekolah, kedai, ada ramai pendatang asing dan jauh dari peluang pekerjaan biasanya memang susah nak jual. Lagi-lagi kalau tuan rumah buat hal kat bawah ni.
3.Minta Harga Tinggi
Ramai juga tuan rumah yang main petik je berapa harga dia nak. Selalunya dia akan petik sekali harga yang jiran-jiran lain dah jual. Entah betul entah tidak, saya tengok rekod transaksi takde pula jual harga macam tu.
Dengan kombinasi 3 in 1 kat atas ni, memang susah kami nak jual hartanah tu. Tapi kadang-kala tuan rumah tak nak faham. Dia ingat semua rumah berbaris orang nak beli.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik rumah yang nak jual rumah, elakkan 3 perkara ini yang boleh menjadi punca rumah susah untuk dijual.
Kenapa kita digalakkan membawa atau menghantar jambangan bunga kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang sedang sakit dan dalam kesedihan? Ia lebih dari satu pemberian dan kejutan buat si penerima.
Menurut kajian American Society for Horticulture Science, pemberian jambangan bunga segar memberi kesan terapeutik terhadap kesihatan pesakit yang baru menjalani pembedahan. Dari 90 orang pesakit yang baru menjalani pembedahan appandix di bahagikan di dalam beberapa bilik. Sebahagian di dalam bilik yang di hiasi dengan bunga dan tanaman segar dan yang sebahagiannya tidak.
Hasilnya, pesakit di bilik yang dihiasi dengan tanaman memberi eksan yang sangat positif bukan sahaja lebih cepat sembuh malah dari segi emosi. Kajian tersebut menunjukkan pesakit mempunyai tekanan darah normal seperti orang sihat, jantung yang tabil, rendah skala kadar kesakitan, kurang rasa bimbang dan tidak keletihan serta emosi yang positif.
Penemuan ini menunjukkan, tanaman adalah padanan yang sangat sesai sebagai ” Complementary medicine”. Di samping itu juga, jamabangan bunga yang menjadi sebahagian hisan di dalam kediaman berupaya menagurang kadar tekanan emosi bagi penghuni. Oleh itu, IMPIANA nak galakkan anda jadikan jambangan bunga sebagai salah satu elemen WAJIB di dalam dekorasi dan posisikan ia di ruangan yang mudah dilihat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.