Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari. GAJET DAPUR sememangnya memudahkan kerja dan menjimatkan masa di dapur. Namun AWAS dan kena lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik seperti ‘Chopper’ yang lebih ringan dan mempunyai bilah tajam serta mudah tercabut. SILAP percaturan boleh merana jari & membahayakan diri.

Bukan apa banyak kes kemalangan di dapur terjadi AKIBAT pengguna leka dan cuai ketika menggunakan chopper ini.

Perkongsian daripada Zera Zawawi ini boleh dijadikan pengajaran. Kejadian berlaku 2 bulan lepas dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi. Kesilapan diri tidak menutup suis dan ingin membetulkan bilah (blade) yang terjatuh dan tercabut menyebabkan urat pada jarinya putus.

Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat JariBahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat JariBahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat JariBahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat JariBahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat JariBahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari

Ini perkara penting perlu diambil ketika menggunakan Chopper di dapur.

✅ Tip Keselamatan Guna Chopper:

-Jangan masukkan tangan ke dalam mangkuk semasa pisau sedang bergerak.
-Pastikan chopper dalam keadaan OFF dan dicabut plug sebelum bersihkan atau pasang pisau.
-Jangan guna untuk bahan terlalu keras (contoh: tulang), boleh rosakkan bilah dan motor.
-Gunakan penutup dengan betul pastikan ia terkunci sebelum mula.
-Simpan chopper di tempat selamat dan jauh dari capaian kanak-kanak.
– Paling penting pastikan chopper mempunyai kelulusan SIRIM dan bukan beli sebab murah dan ikut trend!

Ads

Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari

Jangan perjudikan keselamatan diri.

Semoga Bermanfaat!

Ads

IMPIANA: Tak salah untuk menggunakan gajet dapur seperti chopper kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa di dapur. Namun paling penting kena utamakan keselamatan dan tidak cuai ketika menggunakannya.

Mesti Baca: Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar
Baca Lagi Di Sini: Panduan Betul Guna Peralatan & Perkakasan Elektrik Dapat Kurangkan Bil Bulanan
Artikel Menarik: Jimatkan BIL ELEKTRIK Walaupun Guna Aircond Di Rumah, Ikut 5 Tip Ini!

Ads

Sumber: Zera Zawawi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI