Pokok Duit-Duit atau nama saintifiknya (Dischidia Nummularia) mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan tumbuhan parasit, sebaliknya sejenis tumbuhan menjalar epifit yang juga dikenali sebagai “string-of-nickels” atau “button orchid”. Bahkan sering digunakan dalam dekorasi rumah kerana bentukya yang unik dan mudah dijaga.

Kadang-kadang orang panggil dia “pokok susur batang” atau “pokok gantung liar”.
Daun bulat macam duit syiling, berwarna hijau muda ke hijau tua. Tumbuh melekat di batang pokok dan menjalar ke atas, sangat biasa di kawasan lembap atau hutan Sabah.

Pokok ni jenis epifit dia tumpang hidup atas pokok lain tapi tak merosakkan pokok induk.

Maksudnya dia bukan parasit, dia tak ambil nutrien dari pokok tu, cuma tumpang tempat untuk tumbuh. Kadang dia akan menjalar panjang, terutama kalau kawasan tu lembap dan teduh.

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

📌Fungsi & Kegunaan Pokok Ini:

1. Pokok Hiasan Gantung✔️
Daunnya yang kecil dan bulat seperti duit menjadikan ia menarik sebagai elemen dekorasi semula jadi.Sesuai digantung di balkoni, pagar, dinding dan sudut rumah atau biar menjalar untuk hiasan semula jadi ala tropika atau rumah bertema “green wall”.

Diletakkan pada pasu gantung di pagar atau pergola, daunnya merimbun menjunam ke bawah mencipta efek kehijauan yang segar. Sekaligus dapat menambah sentuhan alami dan segar pada fasad atau ruang luar rumah.

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit! Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

2. Penapis Udara Semula Jadi✔️
Seperti banyak tumbuhan epifit lain, ia bantu menyerap kelembapan udara, jadi sesuai di tempat lembap. Selain bantu menyerap bahan pencemar udara dan menambah oksigen dalam ruang.

Ads

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

3. Kegunaan Tradisional (Terhad)✔️
Ada orang kampung guna getah daunnya untuk sapu ringan pada luka kecil atau gatal gigitan serangga. Tapi bukan untuk makan, tiada khasiat dalaman yang disahkan.

4. Mudah Dijaga
Tidak perlukan cahaya matahari yang terik, cukup dengan cahaya tidak langsung.
Tahan lasak, sesuai untuk yang baru mula bercucuk tanam.

5. Simbolik Feng Shui (Kepercayaan)
Dalam budaya tertentu, dipercayai membawa tuah dan rezeki kerana bentuknya yang menyerupai duit syiling.

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

6. Sesuai Untuk Vertical Garden/ Hiasan Terrarium
Disebabkan ia menjalar dan ringan, sangat ideal untuk taman menegak atau bingkai tanaman DIY.

Ads

Sesuai juga untuk hiasan terrarium atau panel kayu, kerana sifatnya yang menjalar dan mudah tumbuh walau pada substrat bercampur seperti kulit koko atau bark (digunakan dalam terrarium) .

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

Cara DIY tanaman pokok Duit‑Duit atas Dinding/Pagar

1. Pilih Permukaan & Sistem Sokongan
Gunakan papan kayu, lattice, pergola atau pagar bertali sebagai media tanam menggantung.

2. Media Tanam Sesuai
Tanam dalam pasu gantung dengan substrat epifit seperti kulit koko atau campuran bark/perlite untuk saliran baik.

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

3. Letak Tempat Terlindung Cahaya
Letakkan di tempat yang mendapat cahaya tidak langsung, rimbunan hijau tumbuh lebat tanpa daun terbakar .

Ads

Pokok Duit-Duit Penapis Udara Semulajadi, Bukan Tumbuhan Parasit!

4.Panduan Penyiraman & Kelembapan
Siram apabila lapisan atas tanah kering, elak air bertakung; kelembapan tinggi bantu daun kekal segar.

5. Cantas Tumbesaran
Potong bahagian menjalar agar arah pertumbuhan dapat di kawal dan menjadikan ia lebih penuh.

⚠️ Perlu Tahu:
Bukan tumbuhan parasit – dia tak ambil nutrien dari pokok.
Selamat dibiarkan tumbuh kecuali kalau terlalu tebal, boleh ganggu cahaya pada batang pokok.

Semoga bermanfaat!

IMPIANA: Bermanfaat pokok duit-duit ini di laman rumah, bukan sahaja menyuntik kesegaran alam semulajadi ala tropika malah berperanan sebagai penapis udara serta menambah oksigen pada ruang.

Mesti Baca: Bunga Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat, Ini Tipnya!
Baca Lagi Di Sini: 10 Tanaman Renek Berbunga Sesuai Cuaca Malaysia, Tahan Panas Dan Cuaca Kering
Artikel Menarik: Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI