
Pokok cili cantik merimbun, cubalah teknik lenyek biji cili masak terus ke tanah. Bagi anda yang suka berkebun, menanam pokok cili sering menjadi pilihan utama. Selain mudah dijaga, ia boleh ditanam di laman rumah atau di balkoni untuk mereka yang tinggal di kediaman bertingkat.
Pokok Cili Cantik Merimbun, Cubalah Teknik Lenyek Biji Cili Masak Terus Ke Tanah
Melalui perkongsian oleh Cik Pooja, beliau menunjukkan cara mudah menanam pokok cili dengan menggunakan teknik lenyek biji cili masak terus ke tanah sebelum disemai ke dalam pasu.
Teknik Lenyek Biji Cili
Selepas seminggu benih akan mula bercambah. Apabila anak pokok mula mengeluarkan beberapa helai daun, bolehlah dipindahkan ke pasu lain.
Namun, penjagaan anak pokok cili perlu diberi perhatian. Pastikan tidak terlebih siram dan jaga kelembapan tanah. Elakkan juga penggunaan baja terlalu awal kerana bimbang pokok menjadi ‘panas’ dan mati.
Hasil Tanaman Cili Di Rumah
Bahan Diperlukan:
Anak pokok cili
Pasu berisi tanah bakar (pastikan pasu berlubang di bahagian bawah)
Baldi bersaiz sesuai untuk meletakkan pasu
Air bancuhan baja AB
Langkah Penanaman:
Tanam anak pokok cili dalam pasu yang telah disediakan.
Letakkan pasu di atas baldi yang berisi air baja AB (isi air secukupnya sehingga dasar pasu mencecah air baja).
Kaedah ini memudahkan penjagaan kerana tanah sentiasa lembap. Jika air baja berkurangan, boleh ditambah semula.
Apabila pokok cili mula membesar dengan baik, lakukan teknik cubit pucuk bagi menggalakkan lebih banyak tunas tumbuh. Ini akan menjadikan pokok lebih rimbun dan subur.
Ingat, pokok cili tidak perlu kerap disiram jika menggunakan teknik ini, cukup sekadar memastikan tanah tidak terlalu kering.
Sumber: Cik Pooja
Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Tip Tanam Pokok Kunyit, Tak Payah Dah Cucuk Ubi Kunyit Dalam Tanah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI