
Tip lindungi anak pokok daripada serangan serangga dan cuaca ekstrem. Menanam anak pokok memerlukan perhatian khusus terutama pada peringkat awal pertumbuhannya. Ketika benih mula bercambah, daun yang baru tumbuh sangat rapuh dan mudah rosak jika terdedah kepada serangan serangga ataupun cuaca yang tidak menentu.
Tip Lindungi Anak Pokok Daripada Serangan Serangga Dan Cuaca Ekstrem
Masalah biasa seperti daun berlubang atau hilang sering kali berpunca daripada ulat, belalang, siput dan semut yang datang menyerang tanpa disedari. Selain itu, anak benih yang masih muda belum cukup kuat untuk bertahan apabila terkena hujan lebat atau panas terik yang boleh menyebabkan daun layu atau batang patah.
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah ini.
1. Boleh guna gelas plastik sebagai pelindung sementara, Pilih gelas plastik lutsinar (transparan) supaya cahaya matahari masih boleh masuk.
2. Lubangkan sedikit bahagian atas gelas (untuk pengudaraan). Terbalikkan gelas dan tutup anak benih seperti “rumah mini”.
3. Tekan sikit bahagian bawah gelas ke dalam tanah supaya tak mudah jatuh ditiup angin
Guna lidi cucuk tepi gelas elak diterbangkan angin.
Fungsi pelindung sementara ini:
🌱Lindung dari serangga – ulat, belalang, siput, semut.
🌱 Halang hujan lebat rosakkan daun muda.
🌱 Kurangkan stress panas matahari secara langsung.
🌱 Bagi ruang anak benih membesar dengan selamat.
Bila pokok sudah cukup kuat, biasanya bila ada 4–6 helai daun sebenar dan batang makin keras, bolehlah buka pelindung ni perlahan-lahan supaya pokok biasa dengan suasana sekeliling.
Sebagai langkah tambahan, jika anda mempunyai banyak anak pokok yang ingin dilindungi serentak, penggunaan jaring halus seperti net sayur atau jaring nyamuk sangat digalakkan. Pendekatan ini bukan sahaja praktikal dan kos rendah, malah berkesan dalam menjaga anak pokok daripada ancaman luaran pada fasa paling kritikal dalam hidupnya.
Sumber: Ila Garden
Baca artikel lain juga: Alih Anak Pokok Yang Baru Dibeli Ke Pasu Atau Bekas Lebih Besar, Tip Pokok Kekal Subur Tak Mati
Resepi Baja Organik Lebatkan Pucuk Anak Pokok Durian Dari Ikan Reject Dan Yakult
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI