Sebelum tanam atau alihkan ke pasu kena tahu cara yang betul untuk melakukannya supaya anak pokok yang dibeli tak mati. Bukan boleh terus letak dalam pasu dan kambus dengan tanah ya.
Tip alihkan pokok yang baru beli
Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoy yang kerap berkongsi tip penanaman di media sosial miliknya.
Tip mudah tanam pokok yang baru dibeli, tak kisahlah beli secara online ataupun offline. Atau nak pindahkan pokok ke bekas yang lebih besar.
1. Pastikan pokok dalam keadaan sihat, segar, daun tidak layu dan tidak dalam keadaan baru keluar tunas/pucuk (muda).
2. Kalau beli pokok online, biasanya daun-daun akan ada yang layu. Dalam situasi ini tak boleh terus pindah bekas. Wajib dikuarantin dulu sampai daun-daun kembali fresh. Letak di tempat teduh untuk menghilangkan stres pokok.
Ads
3. Kalau dah cukup semua syarat di atas bolehlah tanam. Mula-mula sediakan medium/tanah yang gembur atau poros. Saya guna campuran topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat & sekam bakar.
4. Isi pasu dengan sedikit styrofoam (polisterin) tujuannya supaya akar dapat lebih banyak oksigen, air lebihan siraman mudah mengalir keluar & media terhalang dari keluar ikut lubang pasu. Boleh ganti polisterin dengan batu-batu kecil, pecahan bata, pecahan genting atau lain-lain.
5. Isi sedikit media untuk tutup pecahan styrofoam. Tabur sedikit sahaja baja subur (saya guna Novatec Supreme) dan timbus lagi dengan media sampai separuh penuh pasu. Ikut keadaan saiz media pokok ya, agak-agak sendiri biar ngam dengan pasu.
Ads
6. Letak pokok betul-betul di tengah pasu. Kena hati-hati waktu buka polibeg atau cabut keluar dari pasu. Jangan sampai media pecah berterabur atau akar banyak sangat yg putus (sikit-sikit ok).
7. Kambus lagi sampai tertutup semua media asal. Jangan sampai penuh pasu sangat ya, sisakan 2-3 inci.
Ads
8. Siram dan letak tempat teduh dulu sampai pokok betul-betul dah stabil, baru boleh ubah letak tempat kena hujan panas. Kali pertama siram selepas letak dalam pasu siram sampai lencun kemudian jangan siram 2-3 hari. Bila media dah kering sangat baru siram macam biasa.
BAGAIMANA SEMBURAN SABUN BERTINDAK
Campuran sabun untuk merawat serangan serangga dapat memusnahkan mites, aphids,thrips, white flies dan belalang. Kandungan asid yang terdapat di dalam campuran sabun akan diserap oleh lapisan exoskeleton atau kulit serangga dan menyebabkan ia terhidrat seluruh badan. Pasti ramai yang tidak yakin akan manfaat sabun basuhan kepada tanaman.
Namun, di luar negara, kebanyakkan pekebun yang bercucuk tanam untuk tujuan hobi telah bertukar dan memilih sebatian sabun ini sebagai semburan anti serangga. Ini menunjukkan, sebatian ini efektif. Mungkin ada yang khuatir akan kesan kimia yang terdapat pada sabun yang digunakan sebagai racun serangga. Hakikatnya, jumlah kimia tersebut tak lah di tahap yang mampu mengancam nyawa. Yaang penting, pilih sabun basuhan yaang tidak mempunyai campuran peluntur.
3 LANGKAH MUDAH UNTUK HASILKAN SEMBURAAN SERANGGA DARI SABUN BASUHAN
Anda hanya memerlu 2 bahan sahaja untuk menghasilkan campuran semburan serangga iaitu
NOTA:
• Pastikan anda tidak menggunakan sabun pencuci pinggan kerana ia akan merosakkan tanaman malah tidak memberi kesan terjadap serangga perosak. Ini disebabkan pencuci pinggan tidak mempunyai fatty acid • Cuba sembur di bahagian kecil yang di jangkiti dan biarkan 3 jam. Jika daun atau tanaman tidak menunjukkan sebarang tindak balas seperti layu atau kesan terbakar, ia boleh digunakan pada keseluruhan tanaman. Jika terdapat tidak balas, ini bermaakna sabun yang digunakan mempunyai peluntur
Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratan tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Memang kreatif dan sejuk mata memandang, apabila ruang laman tepi rumah dihias dengan landskap simple menggunakan batang pokok cempedak dan batu putih sebagai hiasan utama. Memang menarik dan mudah, pemilik kediaman boleh buat seperti seperti yang dilakukan oleh Abi Tifb ini.
Harini belajar-belajar buat landskap, kalau cantik Alhamdulillah..kalau jadi bahan ketawa ya pakcik ok aje. Buat sedikit-sedikit balik keje baru buat.
Batang pokok cempedak pakcik sapu dengan minyak diesel..aduhai baunya tak tahan..pergi nurseri jumpa pula orkid ni (RM18 sepokok x 2). Kemudian pakcik tanam dalam pasu (RM50) beli DIY..sama buat tiang nya balut dulu dengan tali jut (RM85 tali jut) bajet semue ni seperti berikut.
Pagar RM3,000
Batu Putih hiasan (RM25x 1 bag) total RM750
Pokok Bonsai RM1200 sama pasu
2 Pokok Pandan dan pasu sekali RM160.
Bahan Di Perlukan:
Batang Pokok Cempedak
Diesel
2 pokok Orkid
Pasu
Tali Jut
Batu Putih Hiasan (Polish) 30 beg
Info Ekstra!
Beli batu putih hiasan jenis ‘polish’ supaya lumut tak melekat. Namun sebaiknya jika warna bertukar hitam atau berlumut, sembur batu putih tersebut dengan Clorox sebulan sekali. Kalau kerap hujan buat sebulan 2 kali insyallah macam baru dan mudah.
Atau boleh juga rendam batu putih tersebut dengan cat putih balik..masuk mesin mixture dan tuang cat putih.
Sapu batang pokok dengan minyak diesel untuk elakkan anai-anai dan semut.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.