
Cara Buat Sendiri BAJA KOMPOS Mini Di Rumah, Tanaman Sawi Lebar & Hijau. Baja kompos ialah sejenis baja organik yang dihasilkan daripada bahan buangan organik seperti sisa makanan, daun kering, rumput, dan najis haiwan yang terurai secara semula jadi melalui proses pengkomposan. Ia kaya dengan nutrien dan sangat baik untuk menyuburkan tanah serta membantu tumbesaran tumbuhan.
Bagi yang mempunyai tanaman di laman rumah, sebaiknya hasilnya sendiri baja kompos organik bagi menggalakkan pertumbuhan dan kesuburan tanaman. Lebih-lebih lagi tanaman berdaun lebar seperti sawi.
Perkongsian daripada Ila Garden ini boleh dijadikan panduan bagi yang nak cuba buat sendiri baja kompos di rumah.
NAK BUAT KOMPOS MINI
1.Sediakan botol terpakai, cuci botol & keringkan.
Boleh tebuk lubang kecil di tepi atau atas (pengudaraan & lepaskan gas).
Tebuk 3–4 lubang bawah (untuk saliran lebihan cecair)Supaya air kompos tidak bertakung, elak bau busuk & reput.
Longgarkan penutup atau ganti dengan tutup dengan kain jika mahu elak lalat.
2. Potong semua bahan kecil-kecil
Lagi kecil potongan = lebih cepat proses pereputan kompos.
(Kisar daun/buah sayur pun boleh ).
Bahan-bahan senang mudah dicari tinggal kutip kumpul jadi bahan kompos
Bahan kompos:
→ Daun kering, kayu reput, tisu kering (bahan coklat)
→ Sisa roti, serbuk teh, daun sayur, buah betik, daun bawang, kulit telur (bahan hijau)
→ Baja tahi ayam organik(jika perlu)
→ Sedikit tanah (sebagai pengaktif mikrob)
→ Air cucian beras (kelembapan & mikrob baik)
3. Masukkan bahan dalam botol
Guna kaedah lapisan berulang:
Coklat → Hijau → Baja → Tanah → Ulang
Daun kering & tisu
Sisa sayur & buah betik
Baja tahi ayam (sikit saja)
Kulit telur-( tumbuk kasar)
Sedikit tanah
Siram sikit air cucian beras (jangan basah sangat)
- Ulang lapisan Isi dalam 70–80% bahan sahaja supaya ada ruang udara untuk proses pereputan.
- Ruang kosong di atas bantu pengudaraan dan elak tekanan gas dalam botol.
Kalau terlalu penuh, bahan sukar terurai kerana tiada cukup oksigen dan boleh jadi busuk atau berair sangat.
4. Siram lembap, bukan basah
Tambah air cucian beras sedikit saja – cukup lembap.
5. Letak di tempat teduh
Simpan di bawah pokok, tepi rumah atau bawah atap. Elak tempat panas terik & hujan.
6. Kacau atau goncang setiap 3–5 hari
Pegang botol, goncang kuat-kuat → supaya bahan tercampur & tak mampat
Atau buka penutup dan cucuk guna kayu.
Boleh Tebuk lubang kecil di tepi atau penutup untuk keluar gas (jika tak mahu buka penutup selalu)
Kalau kompos basah sangat, boleh tambah sedikit daun kering atau tisu untuk serap lebihan air.
Bila Boleh Guna?
Dalam 1–3 bulan, bila warna jadi gelap, bau tanah segar, tiada bentuk asal bahan.
📌 Tips Bonus:
Untuk Mempercepat pereputan sisa
Siram 1 sudu kecil gula merah/molase
100–200 ml air suam.
Langkah:
- Siram sedikit ke dalam botol kompos mini.
- Boleh tambah semula setiap 2–3 minggu sekali (sikit saja), terutama kalau kompos lambat hancur atau bau kurang sedap.
- Kalau daun kering masih nampak kasar, boleh terus tabur keliling pokok, perlahan-lahan hancur dalam tanah.
- Tabur kompos keliling pokok sawi → tahan kelembapan, halang rumpai tumbuh, dan beri nutrien perlahan-lahan.
- Kompos bantu menyimpan kelembapan, jadi tanah tak cepat kering.
- Kompos kaya dengan nutrien semula jadi seperti nitrogen, fosforus & kalium — penting untuk pertumbuhan daun sawi yang lebar dan hijau.
- Kompos hidupkan tanah dengan bakteria baik → bantu akar serap nutrien lebih efisien.
Cara Guna Kompos untuk Tanaman Sawi:
Sebelum Tanam:
Campur kompos dalam media tanam (contoh: 30% kompos + 40% tanah + 30% pasir/tanah bakar)
Atau Lepas tanam:
Tabur nipis keliling pokok (boleh ulang setiap 2 minggu)
Air siraman campur MOL/air basuhan beras boleh bantu nutrien serap lebih baik.
Kelebihan Kompos untuk Tanaman Sawi:
1.Meningkatkan Kesuburan Tanah
2.Struktur Tanah Jadi Longgar & Gembur
3.Menggalakkan Pertumbuhan Daun Yang Lebat
4.Kurangkan Keperluan Baja Kimia
5.Aktifkan Mikroorganisma Tanah
6.Kurangkan Risiko Serangan Penyakit Akar
7.Boleh Guna Sebagai Penutup Tanah (Mulch)
Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!
Baca Lagi Di Sini: Hasilkan MOL Nasi Basi Untuk Mempercepatkan Penghasilan Baja Kompos
Artikel Menarik: Nak Buat Baja Kompos Bukan Semua Bahan Boleh Guna, Ini Senarai Lengkap Buat Newbie
IMPIANA: Semoga perkongsian membuat baja kompos ini bermanfaat. Jadi bahan sisa buangan organik di rumah jangan dibuang, boleh dijadikan baja kompos untuk suburkan tanaman.
Sumber: Ila Garden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI