Limau jari, limau paling mahal di dunia, 1 kg boleh cecah lebih RM1k. Pokok limau jari atau lebih dikenali sebagai Finger Lime adalah sejenis pokok sitrus unik berasal dari Australia.
Pokok Limau Jari, Limau Paling Mahal Di Dunia, 1 Kg Boleh Cecah Lebih RM1k
Buahnya kecil, berbentuk silinder panjang seperti jari, dengan isi berbutir kecil yang digelar citrus caviar kerana bentuknya seakan telur ikan. Rasanya masam-masam manis, sesuai untuk hiasan makanan mewah, minuman, atau sebagai perasa eksotik.
Buahnya berbentuk seperti jari panjang bukan sahaja tampil menarik, malah buah ini mengeluarkan bau harum dan sering digunakan sebagai bahan pewangi semula jadi di rumah.
Pokok ini juga menjadi pokok hiasan eksotik yang semakin popular di Malaysia, terutama dalam kalangan penggemar pokok rare dan eksotik.
Kalau anda berminat nak tanam sendiri, ini langkah mudah dan tip penjagaan pokok limau jari:
Langkah Mudah Tanam Pokok Limau Jari (Finger Lime)
1. Pilih Anak Pokok Berkualiti
Boleh tanam melalui biji benih, tetapi ambil masa lebih lama untuk berbuah (3-5 tahun).
Kaedah terbaik adalah beli anak pokok hasil cantuman (grafting) yang lebih cepat matang dan berbuah.
2. Medium Tanah Sesuai
Gunakan campuran tanah gembur seperti:
*Tanah topsoil
Ads
*Pasir kasar (untuk saliran baik)
*Kompos organik atau baja tahi ayam reput
Pokok limau jari tidak suka tanah terlalu padat atau bertakung air.
3. Pilih Lokasi Sesuai
Letakkan pokok di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh minimum 6 jam sehari.
Boleh tanam terus di atas tanah atau dalam pasu besar (minimum 14-18 inci lebar).
4. Siram Dengan Kadar Sederhana
Siram sekali sehari waktu pagi, atau dua kali sehari jika cuaca sangat panas.
Pastikan air tidak bertakung dalam pasu untuk elakkan akar busuk.
Ads
5. Baja Secara Berkala
Gunakan baja sitrus atau NPK 12:12:17 setiap dua minggu.
Tambahkan baja organik seperti kompos atau tahi ayam sebulan sekali untuk suburkan tanah.
6. Pangkas Untuk Bentuk Pokok
Pangkas ranting kecil atau daun berlebihan untuk galakkan pengudaraan dan cahaya sampai ke dalam pokok.
Boleh bentuk pokok jadi lebih rendah dan rimbun supaya senang tuai buah.
7. Kawalan Serangga Dan Penyakit
Periksa daun selalu untuk pastikan bebas dari serangan kutu daun, semut, atau penyakit kulat.
Sembur racun serangga organik atau air sabun jika perlu.
Petua Tambahan Supaya Pokok Cepat Berbuah
✅ Letakkan pokok di kawasan panas dan terbuka.
✅ Jangan terlalu kerap siram jika musim hujan.
✅ Baja dengan baja bunga dan buah bila pokok matang.
✅ Gunakan teknik cantuman atau tut jika nak gandakan pokok.
✅ Bersihkan rumput atau lalang sekitar pokok untuk elak serangga perosak.
Ads
Kelebihan Tanam Limau Jari:
✔ Buah eksotik, isi berbutir cantik dan digemari chef antarabangsa.
✔ Pokok renek, sesuai tanam dalam pasu atau halaman kecil.
✔ Tinggi nilai komersial jika dijual.
✔ Menjadi tanaman hiasan yang unik di rumah.
Pokok limau jari atau Finger Lime adalah antara pokok sitrus rare yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi memberi pulangan lumayan jika dijaga rapi. Dengan langkah tanam yang betul dan penjagaan konsisten, anda boleh nikmati sendiri hasil buah unik ini di rumah.
Ruang tepi rumah, jika pemilik bijak memanfaatkannya boleh menjadi sudut laman yang cantik. Taburan batu-batu chipping, batu pemijak dan pokok-hijau mampu menambah seri pada ruang ini. Tak perlu upah kontraktor, boleh buat sendiri sahaja dengan anggaran kos RM900.
Ini yang dilakukan oleh Nik Mohd Rizaldi kediamannya baru-baru ini. Salah satu projek persiapan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi untuk dijadikan tempat bergambar seluruh keluarga nanti.
Projek lepas terawih, upgrade ruang tepi rumah supaya nampak lebih menarik dan boleh dijadikan tempat photoshooting raya nanti. Kos batu-batu chipping & tapak pijak lebih kurang RM900 ++
Sebelum
Selepas
Info Ekstra!
Batu-batu beli di kedai hardware yang besar ada jual.
Harganya mahal sikit berbanding menggunakan batu aggregate/batu quari.
Batu chippingkecil sedikit, warna putih & lebih menawan bagi saya.
Saya mampatkan batu-batu dengan pijak-pijak je. Tak guna mesin pun.
Ramai rakyat malaysia kini sedar akan kepentingan penjagaan sumber makanan demi menjamin tubuh yang sihat. Salah satu kaedah yang di lakukan adalah melalui pemilihan makanan organik. Namun, makanan organik bukan lah sesuatu yang mudah diperolehi dan harganya juga agak tinggi. Oleh itu, ramai mengambil inisiatif untuk berkebun sendiri.
Dari berkebun, ia bukan sahaja menjadi hobi malah hasil yang dikutip menjadi kepuasan. Tambahan, anda yakin dengan sayuran yang ditanam sendiri dan tahu dari mana sumber tersebut di peroleh. Untuk memastikan tanaman memperoleh khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan produktiviti, pastikan baja atau makanan disediakan secukupnya. Oleh itu, pembajaan perlu di lakukan. Selain menggunkan baja organik jenis serbuk, butiran atau cecair, Md Rohaizad Hj Ismail berkongsi kaedah GREEN CON yang dibelajar dari Thailand.
Teknik ini merupakan salah satu kaedah penghasilan baja kompos yang menggunkan bahan buangan atau sisa dapur. Namun kebiasaanya, untuk menghasilkan baja kompos ia memerlukan bekas khas dan harganya boleh tahan mahal. Oleh itu, pekebun-pekebun Thailand melakukan Research and Development (RnD) untuk menghasilkan tong kompos menggunkan bahan yang murah dan mudah yang diberi nama GREEN CON. Berikut adalah cara-cara nya:
Jom kita belajar buat Green Cone…mudah je..untuk kebun mini#BajaOrganic#SisaMakanan
Potong rumput di laman atau kebun yang luas memang mencabar, apatah lagi jika sudah tumbuh meninggu. Kalau dibiar lama kerja memotong rumput lagi ambil masa. Mahu tak mahu ia perlu dilakukan supaya laman tak jadi ‘hutan’.
Bagi yang ada ‘misi’ potong rumput di laman atau kebun yang agak luas, tip yang dikongsi oleh Airiel Ibnu Sufian boleh dipraktikkan jika menggunakan mesin rumput.
7 tip potong rumput
Mesti ramai yang geram tengok rumput laman sendiri dan nak potong tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu.
Berikut saya kongsi beberapa tip yang boleh digunakan masa potong rumput/menebas menggunakan mesin rumput.
1. Bila nak guna tali/ nylon?
– Untuk potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali/nylon saja.
– Kalau dalam satu kawasan hanya ada rumput/tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, better pakai mata pisau.
– Tali/nylon banyak jenis, pilihla ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain effect dia macam mana bila guna lain lain jenis tali.
2. Kelebihan pakai tali/ nylon
Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding/pangkal pokok/permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (kalau permukaan lembut rosak juga jadi kena hati-hati)
3. Bila nak guna mata pisau waktu potong rumput?
Bagi semak samun macam dalam gambar di atas, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pulak boleh dipelbagaikan mengikut keperluan.
4. Mata pisau biasa – tak lebar
Ini khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 saja. Mudah bengkok. Jadi kalau semak yang hardcore, anggap saja pakai buang. Sebab lepas settle buat kerja confirm bengkok/sumbing pisau.
5. Mata pisau tebal & lebar
Ini untuk semak level atas sikit dari no. 4. Semak berkayu atas paras peha. Saiz kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu potong macam kemuncup saja. Tiada masalah. Tapi hati-hati kalau bilah dah bengkok/sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ini cerita atas pengalaman sendiri. Betis dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.
6. Mata 3 ( bentuk bintang tapi 3 mata)
Ini ‘otai’ segala pisau. Sapa lu mau langgar? Lu kasi tau.. Ini mata takda kasi can punya!
7. Mata bulat (macam mata circular saw)
Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, kata bulat ini sesuai. Tapi kena lebih hati-hati sebab kalau tak pegang kuat rod mesin, kita boleh terhayun rod bila mata pisau lekat dan membuatkan situasi sangat bahaya terutama kalau ada orang lain sekeliling.
Inilah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsi. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang.
Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari ambil masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...