Baja kompos mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada tanaman. Namun ada antara kita tertanya-tanya apakah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai baja kompos. Tahukah anda sisa bahan buangan terdiri daripada dua kategori iaitu bahan buangan hijau dan bahan buangan coklat.
Sisa buangan hijau mengandungi kandungan nitrogen dan kadar kelembapan tinggi di samping boleh di kompos dengan cepat dan mudah. Antara sisa buangan yang tergolong di dalam bahan sisa hijau ialah:
Sayur dan buah
Daging lembu, ayam dan ikan
Tulang ikan
Kulit udang
Keju
Kulit telur
Daun teh (tidak termasuk uncang teh)
Serbuk kopi
Pokok atau daun yang telah dicantas
Bunga yang telah layu
Rumpai
Nasi
Pasta
Batang jagung
IKLAN
Untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti tinggi, anda tidak digalakkan untuk menggunakan buah-buahan yang mempunyai asid seperti limau kerana ia akan merosakkan kultur baja kompos.
Untuk bahan sisa buangan coklat pula, ia mengandungi karbon yang merupakan medium pengudaraan di dalam struktur baja kompos. Bahan untuk kategori ini akan mereput secara perlahan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memotong bahan-bahan tersebut sebelum di diletakkan di dalam bekas atau mesin kompos. Antara bahan sisa coklat ialah:
IKLAN
IKLAN
Kertas terpakai seperti surat khabar
Kotak
Habuk kayu
Daun kering
Dahan kayu dan ranting
Kon pokok pain
Kulit kekacang
Lampin pakai buang
Tisu
Kertas penuras mesin kopi
Terdapat banyak bahan buangan di sekeliling anda sesuai dijadikan sebagai baja kompos terutamanya dari dapur anda. Baja kompos ini juga boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pekebun untuk menghasilkan baja dengan murah dan mudah di samping menjamin kelestarian alam semula jadi. Ia mudah dihasilkan dan selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.
Anda boleh memilih untuk menanam tanaman pagaran yang rendah atau yang tinggi bergantung kepada keperluan peribadi anda. Namun secara prinsipnya, tidak semua perkarangan kediaman kita perlu ditonton oleh jiran kerana ada kalanya kita dan mereka memerlukan sedikit privasi.
Terdapat pelbagai spesies pokok renek berbunga pelbagai ketinggian yang menarik sesuai untuk dijadikan pagaran. Namun, pemilihan warna, saiz dan bentuk bunga pokok renek adalah subjektif dan peribadi. Terpulang kepada cita rasa dan keinginan masing-masing. Berikut disenaraikan 10 spesies pokok renek berbunga yang sesuai dijadikan tanaman pagaran.
Bougainvillea (Bunga Kertas)
Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Bunganya nipis kelihatan seperti kertas cukup mempesonakan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Ia boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi.
Bunga kertas sering kali digunakan sebagai tanaman pagaran. Struktur daunnya yang lebat dapat membentuk hadangan pandangan dari luar laman. Batang pokok bunga ini agak keras, berduri dan bercabang-cabang. Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas begitu popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa.
Bunga kertas mudah untuk dibiakkan iaitu melalui keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu. Ia memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.
Ixora (Siantan)
Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, amat sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Tumbuhan ini biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
Hibiscus rosa sinensis (Bunga raya)
Bunga raya, Hibiscus rosa sinensis merupakan bunga kebangsaan kita. Justeru, menanam ratu tumbuhan tropika ini di halaman kediaman kita akan menyerlahkan sifat kebanggaan serta kecintaan kepada negara.
Bunga raya adalah sejenis spesies pokok renek berbunga sama ada merah, merah jambu, putih, kuning atau jingga, berbentuk rimbun menegak dan mempunyai tekstur sederhana kasar. Kebiasaannya, ketinggian pokok bunga raya ialah antara dua hingga tiga meter. Berikutan kecantikan dan keunikan bunganya, dikategorikan sebagai tumbuhan renek tahan lasak dan malar hijau, ia kerap dijadikan tanaman pagaran yang popular.
Jasminum sambac (Melur)
Bunga Melur juga dikenali Bunga Melati atau nama saintifiknya Jasminum sambac terdiri dari pelbagai variasi. Spesies yang paling biasa ditemui adalah tiga jenis utama iaitu duke of tuscany,maid of orleane dan star jasmine.
Melur termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang dan berbau wangi. Spesies dengan ketinggian 1.5 meter ini mempunyai daun-daun kecil yang banyak dengan rimbunan bunga mengikut susunan kelopak-kelopak kecil. Kerana keharuman bunganya dan mekar sepanjang tahun, spesies ini mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan.
Tanah yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang yang matang atau kaedah tut. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya. Ia juga memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk tumbesaran dan berbunga.
Gardenia augusta (Bunga Cina/Melur Cina)Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.
Spesies ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 hingga 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar.
Michelia pumila (Cempaka telur)
Cempaka telur atau nama saintifiknya Michelia Pumila. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.
Melastoma malabathricum (Senduduk)
Pokok senduduk atau nama saintifiknya Melastoma malabathricum merupakan pokok renek yang biasa dijumpai di dalam belukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 meter. Namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 meter. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang, daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai lima kelopak dengan stamen berwarna kuning di tengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.
Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung. Selain ditanam untuk tujuan perubatan ia juga boleh menjadi tanaman pagaran yang baik.
Gardenia jasminoides (Kembang cina)
Gardenia jasminoides atau pokok bunga kembang cina merupakan spesies renek berkayu yang mempunyai ketinggian 2 meter. Daunnya berwarna hijau, berbentuk bulat, ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Manakala buahnya berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci. Kerana keharuman, bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi.
Siapa kata berkebun mesti belanjakan wang yang banyak, paling penting harus bijak mengguna sumber yang ada
Ingin membina batas kekal atau planter box untuk tujuan bertanam?
Anda boleh menggunakan palet kayu terpakai sebagai asas dinding batas. Baringkan palet kayu tersebut dan isikan tanah memenuhi ruang kosong antara kayu dan gunakan ia sebagai batas untuk menyemai. Untuk membina batas tanaman yang lebih cantik, gunakan batuan seperti boulder stone, batu kelikir bersaiz besar atau batu bata untuk dijadikan sebagai dinding atau bingkai planter box. Susun ia mengikut saiz dan ketinggian batas tanaman yang hendak digunakan. Ketinggian minimum untuk membina planter box ialah 100mm.
Perlu membaja halaman berumput dengan kos yang murah?
Tanam beberapa kelompok Trifolium spp di kawasan berumput di laman rumah. Klover merupakan sejenis rumpai hijau yang cantik dengan tekstur daunnya yang menarik. Ia dapat membantu untuk memperbaiki kandungan nitrogen di dalam tanah yang diperlukan oleh rumput. Dalam masa yang sama, tumbuhan ini akan membaja halaman berrumput anda secara berterusan tanpa perlu di selenggara. Namun anda perlu berhati-hati, jangan biarkan klover mendominasi kawasan berumput di laman rumah anda. Pangkas apabila ia kelihatan mula merimbun.
Ingin menghasilkan bekas tanaman yang menarik?
Pelbagai perkakas di rumah boleh digunakan untuk dijadikan bekas tanaman yang menarik. Jangan buang jika ada sebarang perkakas dapur yang telah rosak dan tidak boleh digunakan seperti periuk, teko, cawan yang telah sompek dan sebagainya. Selain itu juga anda boleh menggunakan barang terpakai seperti kasut terpakai, tin dan botol sebagai pasu. Taman anda bertambah ceria dengan kehadiran bekas tanaman terpakai tersebut.
Anda perlu bekas menyemai biji benih?
Kebisaannya ramai antara penggemar bertaman akan menggunakan polly bag atau plastik hitam untuk tujuan menyemai biji benih. Namun harga dan kesukaran untuk mendapatkan bahan tersebut membatasi aktiviti anda. Sebenarnya anda boleh menggunakan barang-barang yang lebih mesra alam yang terdapat di dalam rumah seperti kertas surat khabar, kulit telur, penggulung tisu, cawan kertas dan sebagainya untuk menggantikan plastik hitam tersebut
Kehadiran vertical garden pada tembok kediaman sama ada interior mahupun exterior bukan sahaja menambah nilai kualiti dekorasi sesuatu kediaman, Ia juga dapat melembutkan struktur konkrit yang keras. Namun, ramai beranggapan verticle garden ini memerlukan sistem khas dan modal yang banyak untuk membinanya. Hakikatnya, ada cara atau kaedah lain yang boleh dilakukan dan menariknya hasilnya lebih cantik dari menggunakan sistem verticle garden yang mahal: