
Jangan terus guna tanah lama kalau nak tanam pokok baru, buat langkah ini dulu. Kalau pokok dalam pasu dah mati, jangan terburu-buru cabut dan terus tanam pokok baru di tempat yang sama.
Jangan Terus Guna Tanah Lama Kalau Nak Tanam Pokok Baru, Buat Langkah Ini Dulu
Tanah lama perlu diperbaiki dulu supaya subur kembali, barulah pokok baru yang ditanam dapat hidup sihat dan segar.
Perkongsian ini datang daripada Pyan Sempoi, yang sering memberi tip berkebun di Facebook miliknya, termasuk cara menyuburkan tanah lama.
Tanah Lama Tak Boleh Pakai Terus
Ramai tertanya-tanya, boleh ke guna balik tanah lama dari pasu yang dah kosong? Jawapannya, tak boleh jika guna 100% tanah yang sama tanpa campur apa-apa bahan lain. Tanah perlu ‘dibaik pulih’ dulu sebelum sesuai digunakan.
Langkah Pulihkan Tanah Lama
Menurut Pyan, inilah cara yang dia selalu buat untuk pulihkan tanah lama bekas tanaman seperti pokok tin atau sawi:
✔️ Campurkan tanah lama dengan bahan lain seperti sekam reput, sekam mentah, sekam bakar, cocopeat, tanah hitam sawit, tanah kompos dan kapur dolomit.
✔️ Gaul semua bahan ini hingga sebati.
✔️ Masukkan campuran ini ke dalam pasu, polibeg besar atau bakul sayur.
✔️ Siram campuran tanah tersebut dengan larutan baja organik cair yang dibuat daripada sisa dapur (mol).
Peram Dulu, Jangan Terus Tanam
Tanah yang sudah dicampur itu perlu dibiarkan seketika, sekurang-kurangnya seminggu sebelum tanam pokok baru. Kalau biarkan lebih lama lagi bagus, kerana sepanjang tempoh itu, mikroorganisme baik akan bekerja ‘memulihkan’ tanah supaya lebih subur.
Malah, jika biarkan sampai rumput kecil tumbuh, itu petanda tanah dah cukup sihat untuk ditanam pokok lain.
Jadi, sebelum terus guna semula tanah lama, pastikan ikut langkah ni dulu. Barulah pokok baru yang ditanam boleh hidup subur dan sihat.
Sumber: Pyan Sempoi
Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Lelaki Ini Kongsi Tip Tanam Pokok Kunyit, Tak Payah Dah Cucuk Ubi Kunyit Dalam Tanah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI