Boleh JUAL RUMAH Bawah 5 Tahun, Tapi Kena Ambil Kira 4 Perkara Penting Ini! Atas pelbagai sebab, ada pemilik yang berhasrat untuk menjual rumah yang baru sahaja dibeli meskipun usia kediaman tersebut tak sampai lagi 5 tahun.

Ada yang ragu-ragu sama ada kediaman yang berusia bawah 5 tahun boleh dijual atau tidak. Sebenarnya memang boleh jual, namun ada faktor yang perlu diambil kira sebelum meneruskan hasrat untuk mencairkan aset ini.

Untuk faham lebih lanjut, baca Perkongsian daripada Rubi Hasman, Perunding Hartanah ini sebagai panduan.

Boleh ke jual rumah bawah 5 tahun?

Saya dapat banyak persoalan di Fb, Tiktok dan whatsapp berkenaan nak jual rumah bawah 5 tahun ni.

Ada yang nak jual sebab dapat kerja lain di tempat baru.
Ada yang nak jual sebab tak mampu nak bayar komitmen bulanan.
Ada juga sebab kena pindah balik kampung jaga mak ayah.
Dan macam macam lagi.

Jawapan saya:
Sebenarnya tak ada masalah pon kalau kita nak jual rumah yang baru beli bawah 5 tahun.

TAPI..

  1. Keuntungan Sikit

Kita tak boleh berangan nak dapat keuntungan yang banyak sebab baki hutang masih banyak dan market value belum naik banyak lagi.

Contoh: beli tahun 2020 rm250k
Tahun 2024 baki hutang rm225k
Market value terkini rm270k

IKLAN

Baki rm45k. Nak kena tolak penalty, lawyer fee dan agent fee lagi.
Itu kalau market value dah naik. Ada kes yang market value belum naik lagi. Biasanya untuk rumah rumah yang ada cashback market value lambat sangat naik.

2. Semak Letter Offer Bank

Kena semak letter offer dengan bank adakah loan yang kita guna ada lock in period. Kalau ada, masih boleh jual tapi kita akan kena penalty kalau jual bawah 5 tahun.

Ada juga yang lock in period 2 tahun sahaja.
Macam mana nak tahu? Semak letter offer bank. Biasanya kalau guna Skim Rumah Pertama akan ada lock in period.
Kalau tak ada lock in period — boleh jual macam biasa.

3. Cukai Keuntungan Harta Tanah

Kalau jual rumah bawah 5 tahun kita akan dikenakan CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) atau dalam bahasa Selama orang panggil RPGT (Real Property Gains Tax).

Tapi CKHT ni kita boleh ambil pengecualian sekali seumur hidup. So, kalau kita ambil pengecualian ni, tak perlu bayar rpgt. Normally orang yang first time jual rumah mereka akan ambil pengecualian ni untuk elakkan dari kena bayar cukai.

IKLAN

4. Bayar Penalti

Untuk rumah-rumah kos rendah di Perak, jika pemilikan tak cukup 10 tahun owner akan dikenakan penalty 5% jika jual.
Nak jual boleh— tapi kena bayar penalty.

So, ni adalah 4 faktor penting yang perlu diambil kira kalau nak jual rumah bawah 5 tahun.

 

Kena buat kira-kira dulu. Semak market value terkini dan baki hutang sekarang. Kalau rasa okay je sekadar nak jual untuk tutup hutang boleh je proceed untuk jual. Tak ada masalah.
Kita sebagai owner yang tentukan.

IKLAN

Saya banyak dah tolong jualkan rumah yang tak cukup 5 tahun. Alhamdulillah owner faham dan kes settle dengan baik.

Rubi Hasman
– penjual rumah sekitar Taiping, Kerian, Ipoh dan Penang.

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pemilik yang berhasrat untuk menjual rumah yang baru dibeli bawah usia 5 tahun. Kena pertimbangkan dahulu perkara yang dinyatakan ini.

Mesti Baca:Cara Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar
Baca Lagi Di Sini:Nak Jual Rumah Ini 8 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan
Artikel Menarik:Perunding Hartanah Kongsi 3 Sebab UTAMA Rumah Susah Nak Dijual

Sumber: Rubi Hasman

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI