
Aliff Syukri Terbeban Rumah Besar, Kos Maintenance Ratusan Ribu Setahun. Baru-baru ini usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri,37 ada berkongsi luahan hati mengenai rasa kesal dan terbeban apabila memiliki rumah yang berkeluasan besar. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk penyelenggaraan rumah lama yang semakin berusia dan mempunyai pelbagai kerosakan.
“Rasa terbeban sangat bila ada rumah yang besar..masa dulu waktu nak buat rumah ni tak fikir seronok saja tak fikir nak mantain..tapi bila dah ada dah duduk baru tahu kos nak ada rumah besar ni bukan mudah ..terutamanya bila nak buat maintenance,”
“Setahun sahaja saya kena memperuntukkan ratusan ribu untuk nak repair rumah terutama bila rumah ni dah lama..pening kepala,” ujarnya.
Miliki Rumah Besar Kos Penjagaan Tinggi
Tambah pengasas kepada jenama Dherbs ini juga menasihatkan bagi yang ingin memiliki rumah besar supaya bersedia untuk mengambil kira kos penyelenggaran dan penjagaan rumah yang perlu ditanggung.
“Jadi kepada anda saya nak bagi nasihat sebelum anda ambil keputusan untuk berpindah di rumah besar tolonglah ready untuk kos penjagaannya ..semakin besar umah semakin tinggi kos..terutama bila rumah itu dah lama dan kerosakan banyak.. boleh saya tahu tak berapa kos repair rumah anda setahun?
Sebelum ini dilaporkan, kediaman Dato Sri Aliff Syukri yang juga dikenali ‘Aliff Syukri Palace’ berkeluasan 40,000 kaki persegi dan mempunyai 30 bilik tidur. 4 ruang makan, gimnasium, surau, bilik kebal,bilik ‘luggage’, bilik teater, ruang pejabat, show kitchen, powder room dan beberapa bilik mandi mewah.
Tingkat bawah tanah mempunyai bilik pinggan mangkuk dan kawasan parkir kereta yang boleh memuatkan 8 buah kereta dalam satu masa.
IMPIANA: Ada benarnya sebelum berhasrat untuk membeli atau membina rumah berkeluasan besar, fikirkan juga untuk jangka panjang. Baik dari segi kos penyelenggaraan yang tinggi dan kegunaan ruang seisi rumah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca: Datin Sri Shahida Layankan Permintaan Kongsi Koleksi Mewah Meja Makan Di Rumah
Baca Lagi Di Sini: Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Cari Arkitek Dulu Bukan Kontraktor!
Artikel Menarik: Panduan Pilih Kediaman Berdasarkan Ukuran. Kenal Pasti Rumah Kecil Atau Besar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Teres FARID KAMIL Bakal Dilelong, Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019

Isi Kandungan
TogglePelakon, Farid Kamil,43 tidak tahu-menahu mengenai rumah teres dua tingkat miliknya yang dikatakan dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta Ringgit kerana pinjaman rumah dibayar oleh penyewa sejak 2019.
Farid berkata, selama rumah itu disewa, dia tidak berdepan sebarang masalah sehingga dimaklumkan mengenai lelongan itu.
“Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan dibeli pada 2011 dengan harga RM300,000 dan disewakan sejak 2019.
“Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong,” katanya.
Menurut Farid, isu rumah beralamat di Jenjarom, Selangor itu akan diselesaikan dengan segera oleh penyewa berkenaan.
“Penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala spekulasi,” katanya.
Rumah Bakal Di Lelong Viral Di Media Sosial
Terdahulu, tular di media sosial mengenai sebuah rumah teres dua tingkat yang dikatakan milik pelakon popular, Farid Kamil yang dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta ringgit.
Perkara lelongan itu menjadi kecoh dan menarik perhatian ramai apabila tersebar iklan mengenainya yang diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini pada harga permulaan RM522,000.
Rumah teres itu dipercayai beralamat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor mengikut maklumat dimuatkan di laman sesawang lelongan berkenaan dan iklan di akhbar yang juga tertera nama pemiliknya, Farid Kamil Zahari.
Difahamkan, rumah teres itu mempunyai keluasan kira-kira 1,760 kaki persegi, dibeli pada 2011 dan status pemilikan Bumiputera.
David Teo Terkilan, Rumah Dihadiahkan Bakal Dilelong
Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo adalah individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman kepada Farid terkilan jika berita lelongan itu adalah benar.
David berkata, dia baru sahaja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media.
“Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.
“Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.
“Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.
“Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong,” katanya.
Rumah Disewakan Kepada Bekas Pekerja
Menurut David, difahamkan Farid tidak menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja. Katanya, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu.
“Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan.
“Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.
“Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya,” kata David.
Mesti Baca: Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Baca Lagi Di Sini: Ambil Tahu 100% Rumah Bakal Dibeli, Elak ‘Projek Sakit’ Pemaju
Artikel Menarik: Semak Semula Perjanjian Jual Beli Rumah, Takut Berlaku Kematian Waris Kena Sambung Bayar Loan
IMPIANA: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi penyelesaian terbaik buat pelakon Farid Kamil ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Tukar Geran Tanah Hilang, Rosak Atau Hancur

Terdapat 3 jenis kerosakan geran tanah iaitu, geran tanah hilang, geran tanah rosak, geran tanah hancur. Siapa pernah alamai masalah begini. Mesti susah hatikan.
5 Cara Mohon Geran Tanah Baharu Bagi Menggantikan Geran Tanah Hilang di Pejabat Tanah
- Salinan asal laporan polis yang telah disahkan oleh balai polis berkenaan;
- Salinan kad pengenalan pihak yang membuat laporan polis;
- Surat akuan sumpah pemilik/pemilik bersama (sekiranya geran tanah banyak nama) yang telah mati setem;
- Salinan kad pengenalan pemilik/pemilik bersama;
- Sijil carian rasmi ;
- Salinan sijil kematian, atau salinan wasiat dan surat akuan sumpah waris yang telah mati setem sekiranya pemilik/pemilik bersama telah meninggal dunia;
- Salinan resit cukai tanah dan cukai taksiran terkini yang telah dibayar;
- Anda disarankan untuk gunakan kepala surat syarikat (letter head) untuk permohonan – jika melalui peguam, gunakan letter head firma guaman;
- Salinan kad pengenalan pengarah syarikat dan surat akuan sumpah yang telah mati setem;
- Salinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M&A yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
- Sekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan;
- Anda disarankan untuk gunakan kepala surat (letter head) Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun berkenaan untuk permohonan;
- Salinan asal laporan polis yang telah disahkan oleh balai polis berkenaan;
- Salinan kad pengenalan Pegawai Kerajaan yang membuat laporan polis;
- Surat akuan sumpah pihak-pihak yang berkepentingan yang berdaftar ke atas hak milik dan salinan kad pengenalan yang telah mati setem;
- Surat akuan sumpah Pegawai Kerajaan yang membuat laporan polis yang telah mati setem;
- Surat akuan sumpah serta salinan kad pengenalan wakil (Wakil Jabatan/Badan Berkanun) yang telah mati setem;
- Lampiran pelan tanah berkenaan (jika ada).
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Influencer Hadiah Apartment, Gelandangan Tak Sangka Punya Rumah Sendiri Akhirnya!

Isi Kandungan
Toggle‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu’. Perumpamaan ini sesuai dengan nasib gelandangan yang dapat rumah percuma ini.
Influencer Hadiah Apartment, Gelandangan Tak Sangka Punya Rumah Sendiri Akhirnya!
Baru-baru ini, seorang pempengaruh di Amerika Syarikat tular di media sosial selepas menawarkan sebuah apartment secara percuma kepada seorang wanita gelandangan. Wanita yang tidak didedahkan identitinya, hidup secara gelandangan selama 10 tahun, menangis teresak-esak dan tidak menyangka dia kini mempunyai rumah sendiri.
Video tular yang dimuat naik oleh pempengaruh bernama Isahia Graza di Instagram telah mengumpul 11.1 juta tontonan dan sembilan juta tanda suka.
Dalam rakaman itu, Graza yang menaiki kereta menyapa wanita gelandangan tersebut dan memberikan sebuah kotak, menyuruhnya membuka hadiah tersebut.
Influencer Hadiah Apartment, Gelandangan Tak Sangka Punya Rumah Sendiri Akhirnya!
Semasa wanita itu membuka kotak tersebut, dia melihat kunci yang diisi di dalam beg itu dan tidak mengesyaki tujuan sebenar pempengaruh tersebut. “Saya bagi hadiah awak sebuah apartment,” kata Graza dalam rakaman video klip itu.
Mendengar kata-kata Graza, wanita itu beberapa kali mengatakan pempengaruh tersebut sebagai ‘tidak siuman’ kerana menghadiahkan sebuah apartment kepada individu yang tidak dikenalinya langsung.
Sambungan klip video itu menunjukkan Graza membawa wanita itu ke rumah baharunya yang turut dilengkapi televisyen, katil, dan beberapa kemudahan lain. “Dia sebenarnya seorang wanita berjiwa besar dan saya tidak akan melupakan detik indah ini.
Saya menyiarkan video ini sebagai penghormatan kepada video saya yang pernah melepasi 200 juta tontonan di seluruh media sosial,” katanya dalam kapsyen video tersebut.
IMPIANA : Untungnya gelandangan tersebut dapat rumah percuma, memang bertuah sangat!
Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI