Meja makan merupakan antara perabot terpenting yang sering menjadi perhatian di ruang kediaman. Ia bukan sahaja sekadar ruang untuk menjamu selera, namun sebagai tempat mengeratkan hubungan di antara keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung.
Baru-baru ini, memenuhi permintaan pengikut di media sosial, usahawan terkenal Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,39 ada berkongsi koleksi meja makan di rumah agamnya. Terdapat 4 jenis meja makan yang ada pada ruang makan yang tersendiri. Baik untuk ruang makan formal, semi formal dan ruang makan santai untuk keluarga.
Ada ada je la korang ni la. Nak tengok meja makan la pulak. Ok takpe, sy tunaikan hajat mereka yang nak tengok meja makan rumah saya. Lepas ni korang nak tengok apa plak?
Meja Makan Pertama
Menurut isteri kepada Dato Sri Aliff Syukri ini, ruang makan pertama menempatkan meja makan yang boleh memuatkan 24 orang. Ia sering digunakan pada waktu perayaan seperti ketika Hari Raya bagi menerima tetamu dan saudara mara. Berkonsep moden klasik, ukiran meja dan kerusi ini tampak cukup mewah dengan kemasan rona baldu biru dan bersadur keemasan. Begitu juga dekorasi indah pada ruang ini dengan Chandelier mewah.
Meja Makan Kedua
Meja makan kedua pula lebih berkonsep moden dengan rona hitam keemasan. Lebih semi formal dan tidak terlalu besar. Ia boleh memuatkan sehingga 8 orang. Digunakan ketika tetamu, kenalan dan saudara mara datang bertandang dan lebih mudah untuk bersembang.
Ads
Meja Makan Ketiga
Meja makan ketiga juga berkonsep moden klasik dengan ukiran rona keemasan dan coklat. Ia lebih santai dan jarang digunakan. Ia boleh menempatkan 5 orang dan selalunya hanya dijadikan sebagai tempat ‘membawang’ dan bergosip.
Ads
Meja Makan Keempat
Istimewanya, meja makan keempat yang lebih santai, ‘ala kampung’ dan terletak di ruang dapur. Ia juga menjadi meja makan harian dan kegemaran Datin Sri Shahida serta keluarga. Terdapat 2 meja makan di ruang ini selain mudah di akses berdekatan dengan dapur dan sinki. Meja juga di lapik dengan alas meja dan menggunakan pelbagai jenis kerusi.
Ungu, warna seksi dan misteri. Bukan ramai di kalangan kita yang berani menggunakan warna ungu kepada ruang kediaman. Mungkin dirasakan terlalu dramatik dan payah untuk dipadankan dengan wanra lain. Tetapi ada juga konsep yang menggunakan banyak rona seumpama ini. Ia bukan sahaja nampak eksotik tetapi cukup berani dan menyerlahkan perbezaan pandangan mereka terhadap warna. Apakah kehebatan rona ini sehingga ia dilihat sebagai satu godaan yang telah menjadi identiti kepada seseparuh konsep?
Jika dilihat ungu selalunya menjadi rona pilihan konsep maharani dan timur tengah. Dunia mewah dengan aksesori berkilauan, seni bia megah dan kilauan kristal yang bergemerlapan menjadikan ia sebagai satu pilihan warna mewah. Bahkan rangkaian warnanya juga begitu luas. Dari ungu biji kundang sehingga membawa ke ungu belerang ke ungu kebiruan. Manakala sebuah lagi pilihan adalah ungu sejati ke arah ungu ke merah jambu dan kemerahan.
Pertembungan antara dua warna juga antara sebab ia boleh dipecahkan kepada beberapa rangkaian biasan. Dari ungu pucat, ke krim , ke ungu warm, ke ungu gelap anda sendiri rambang mata melihat pilihan dalam 2 , 3 cabang karakter warna ini. Uniknya mood ungu ini juga bagaikan berubah-ubah berdasarkan ruang . Ruang tamu menyerlahkan suasana mewah dan eksotik. Kamar beradu pula menyatakan suasana romantis dan ruang makan menyuarakan gaya elegan , warm serta rileks.
Tidak hairan jika pereka suka bermain ilham dengan karakter ungu.
Nilai maskulin selalunya dilihat pada ungu gelap yang lebih padu, elemen seksi menggoda yang lebih banyak elemen merah atau merah jambu. Manakala imej moden yang mempunyai biasan kebiruan atau biru belerang dan yang romantis lebih kepada ungu samar. Keindahannya luar biasa jika dipadankan dengan emas. Manakala ungu boleh berubah menjadi rona moden bila diganding dengan perak. Manakala nampak sweet dengan aksesori putih. Juga dilihat mewah dengan aksesori hitam atau pun kayu gelap. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rekaan dapur ‘simple’, moden dengan sentuhan gaya industri menjadi identiti bagi ruang ‘heart of the home’ milik pelakon Keith Foo,41. Pemilihan rona gelap seperti hitam dan kelabu pula menyerlahkan lagi pesona dapur menawan di kediaman beliau.
Dapur Konsep Terbuka
Berkongsi dapur idaman yang berjaya direalisasikan, ayah kepada Skylar Raymond,7 ini ternyata mempunyai citarasa yang tersendiri. Rekaan dapur terbuka yang cukup minimalist, moden namun dengan sedikit sentuhan gaya industri.
“Dapur saya berkonsep terbuka. Saya mahukan dapur yang mempunyai sentuhan nostalgia tersendiri. Lantai dapur seperti berada di rumah kampung dengan kemasan simen. Ia seperti dapur yang selalu saya bayangkan selama ini. Saya mahukan dapur rona gelap, hanya 2 tona warna iaitu hitam dan kelabu. Bahkan warna ini bersesuaian dengan gaya industri bagi tema rumah ini,” jelas Keith Foo.
Perincian Kemasan Dapur
Kemasan bagi kabinet dapur menggunakan material jenis ‘water resistant’ dan mudah dijaga. Iaitu menggunakan Melamine Faced Chipboard (MFC).Perletakan kaunter pulau disamping Power Track Soket memaksimumkan fungsi di ruang dapur ini. Perincian aksesori dapur turut diberi perhatian seperti pemasangan ‘Tall Pantry Unit’ bagi memudahkan penstoran dalam kabinet.
Memang cukup bergaya, dapur milik pelakon yang cukup popular dengan drama bersiri Ariana Rose ini. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
Mengecat kediaman sudah pasti yang terpapar diminda keseluruhan dinding perlu di cat dengan rona yang sama. Apa kata anda cuba kretif dengan olahan cat pada sudut yang tertentu untuk dekorasi yang lebih menarik. Tambahan, kaedah ini berupaya menjadikan sesuatu sudut atau ruang yang diberi sentuhan berbeza lebih menonjol
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.