Mempunyai nilai estetika tersendiri dengan sentuhan ‘Industrial Chic’, memang menarik konsep kediaman milik penyanyi rock lagenda, Amy Search,66 ini.
Datuk Amy pernah kongsikan beberapa dekorasi dan ruang menarik di rumahnya.
Dekorasi kediaman dengan sentuhan konsep ‘Industrial chic’ yang menggabungkan elemen industri dan bergaya, seperti bata merah, aksen logam dan palet warna neutral.
Ruang Tamu Tingkat Bawah
Paling mencuri perhatian adalah pada bahagian ruang tamu bawah yang dijadikan bilik merokok ‘cigar room’ dan mini galeri yang menempatkan koleksi gambar-gambar istimewa ‘perjalanan’ sepanjang kerjaya bergelar penyanyi rock. Dekorasi ringkas, Sofa Chesterfield rona coklat dan pencahayaan lampu gantung yang tepat, menyerlahkan lagi ruang ini.
“Ubah suai di ruang tamu ground floor jadi mini galeri dn cigar room,” ujar Amy.
Gemar Bertukang & DIY
Jiwa seni penyanyi lagu Isabella ini juga terpahat dalam dekorasi rumah. Amy ternyata mempunyai minat dan suka bertukang, malah tak kekok melakukan kerja ‘renyah’ ini. Kebanyakan hasil kerja di rumah seperti mengecat, menggantung bingkai gambar dilakukan sendiri di rumah sewaktu masa lapang.
Ads
“Moving some of art work to the garage. Itu dua art work dari pelukis Jogja, Bambang Toko. #bambangtoko Dinding tu pun dah aku tukar color ke Salty Brine color of the year 2020. Smbil tu aku membongkar barang-barang sejarah yang boleh aku sangkut kat dinding tu. Esok pasang track lights dan wall lights dan auto garage door to be repaint dari black ke charcoal,”jelas Amy
“Undercoat sebelum cat warna charcoal. Macam ni kerja aku ari-ari, tapi aku happy buat kerja-kerja ni sendiri dari upah orang. Puas hati buat sendiri. Korang semua suka buat apa jer kat umah?,” kongsi Amy.
Dekorasi Bilik Pallet Kayu
Berkongsi pengalaman dekorasi rumah, Amy berkata dia pernah menghias bilik menggunakan pallet kayu pinewood, yang dijadikan ‘base’ lapik tilam. Malah mengimpikan bayangan suasana seperti rumah Alladin dengan mementingkan pencahayaan lampu ‘warm light’ supaya dapat mencetuskan suasana cosy dalam bilik.
Ads
“Ini lah konsep bilik aku pada tahun 2000. Sebenarnya aku dah guna pallet kayu ni masa zaman tu. Aku ingat lagi pegi Sungai Merab beli recycle pinewood pallet 2 ringgit jer masa tu. Pinjam kawan aku pickup truck.
Sebelum tukar ke konsep ini, semua putih dengan Terracotta Vast yang tinggi dengan white curtains. Bayangan aku ambience rumah Alladin . Dengan warm light sangat cozy suasana malam. Aku sangat tak suka guna lampu putih (day light) sebab perhiasan dan ambience semua nampak pucat dan flat. Itu lah bezanya guna warm light dan day light,” ujar Amy
Tanaman Hijau Pelengkap Kediaman
Isterinya, Datin Norhasniza Hassan pula gemar bercucuk tanam dengan pelbagai jenis pepohon menghijau bagi melengkapi suasana rumah. Baik dari lanskap laman hinggalah ‘indoor plant’. Minat menanam pelbagai tumbuhan hijau ini pula bermula sejak PKP yang lepas.
Ads
Pelbagai jenis tumbuhan ditanam seperti kaktus, monstera, heliconia, cekur batik, rosemary dan sebagainya.
Seronok melihat dekorasi rumah milik Amy Search ini, memang cukup artistik dan mempunyai citarasa tersendiri. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
Bagi anda yang masih belum mengetahui dan melihat dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan Nordic Japandi, untuk maklumat anda ia adalah merupakan sebuah konsep kombinasi gaya Scandinavian dan Japanese.
Kebiasaannya, dekorasi yang berkonsepkan Nordic Japandi digemari dan sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang gemarkan gaya ringkas. Ini kerana, konsep dekorasi yang minimalis ini membolehkan ruang dalaman kediaman anda tampak lebih kemas dan teratur.
Meski konsep dekorasi ini sering dikaitkan dengan gaya yang serba ringkas, tetapi tahukah anda dekorasi berkonsepkan Nordic Japandi ini mampu membuatkan kediaman anda tampak elegan dan mewah.
Mesti ada di kalangan anda yang tidak percaya dengan hal ini, betul tak? Seperti contoh kediaman menerusi perkongsian beberapa keping foto di bawah kelihatan berkonsepkan Nordic Japandi yang tampak begitu sangat elegan.
Bukan itu sahaja, jika dilihat pemilihan warna dan konsep dekorasi Nordic Japandi yang ditonjolkan ini ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai konsep pilihan bagi meraikan kemeriahan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Terserlahnya gaya elegan dan mewah di kediaman anda, sudah pasti ianya akan memukau mata para tetamu yang datang ke rumah terbuka anda di sepanjang bulan Syawal yang indah ini.
Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Air pancut atau orang kata waterfall, adalah satu design yang kita boleh tambah untuk interior kita. Air pancut ini, jika ada di rumah, ia lagi membuatkan rumah kita seperti orang bangsawan. Tapi, nak pasangnya di rumah, mengambil kos yang banyak. Jadi, saya akan tunjukkan cara untuk meng-DIY air pancut untuk rumah anda.
Jika anda sudah mempunyai dinding, projek anda separuh siap. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk menyembunyikan mekanik air pancut jika anda membuat dinding di sekeliling komponen ini. Dinding batu sungai, sebagai contoh, menarik secara visual, sukar untuk dimudaratkan dan menawarkan persekitaran semula jadi di mana air boleh dikawal. Pergi ke kedai bekalan landskap dengan ukuran kawasan untuk kerja itu. Mereka boleh menasihati anda tentang berapa batu untuk diperolehi untuk wilayah yang ingin anda tempuhi. Anda juga memerlukan simen dan kolam yang telah dibentuk atau pelampung takungan selepas anda mempunyai batu itu. Anda boleh sama ada menggali kolam di bahagian bawah mata air atau menggunakan bentuk takungan plastik.
Mortar akan menahan batu di tempatnya, dan anda boleh mereka bentuknya mengikut kehendak anda. Bina dari bawah ke atas, letakkan takungan anda di beberapa lapisan pertama batu. Letakkan pam di bahagian bawah takungan dan jalankan tiub ke atas dan ke dinding. Secara tidak sengaja tutup tiub dengan kerikil atau tumbuh-tumbuhan. Apabila anda selesai, ia harus berakhir di dinding batu. Isi takungan dengan air apabila mortar telah kering, tambahkan pam, dan lihat air pancut dinding anda muncul dari pembentukan batu.
Jadi, itulah dia cara-cara meng-DIY air pancut di rumah. Jika anda berminat? Boleh cuba sekarang di rumah.
Tema moden klasik amat sesuai untuk ditatarias dengan kediaman yang mempunyai struktur kayu. Walaupun ianya lama, itu tidak bermaksud tidak sesuai, tetapi untuk konsep deko kita boleh menambah sedikit suntikan elemen moden hiasan dalaman.
“Saya sangat menyukai konsep hiasan yang ringkas, menarik serta menjimatkan ruang, tetapi masa yang sama kami mengekalkan senibina asal berasaskan kayu serta binaan tradisional Negeri Terengganu”, ujar pemilik kediaman Pn Eliey Zakaria.
Kediaman yang berkeluasan 1250 Sqft terletak di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu ini adalah rumah pusaka yang dibina oleh Allahyarham bapa mertua pemilik yang juga merupakan penjawat awam yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Jumlah kos dekorasi kediaman ini adalah sebanyak RM12K. IA melibatkan pembelian barangan serta aksesori daripada kedai perabot dan hiasan terkenal serta ada juga yang diimport daripada Bandung, Indonesia. Keseluruhan dekorasi mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan”, jelas ibu kepada 4 orang anak ini.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa segala hasil deko ini merupakan cetusan idea yang diilhamkan bersama pasangan ini. Walaupun mempunyai 4 orang cahaya mata yang masih kecil, mereka akan sentiasa memastikan anak-anaknya untuk sentiasa menyimpan kembali set permainan masing-masing dan tidak membiarkan ianya bersepah. Malahan menjadi rutin pasangan ini setiap 2 minggu sekalinuntuk melakukan tugas mengemas secara mejor.
Berikut adalah antara paparan gambar cetusan idea Pn Eliey Zakaria untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA agar ianya bermanfaat kepada anda semua, Selamat Mendeko!!
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.