Inspirasi Bina Rumah Sendiri Konsep Moden Atas Tanah Memanjang 3284 kps. Bina rumah atas tanah dengan idea dan konsep sendiri memang lebih puas hati. Apatah lagi hasilnya pula cantik dan kemas, menepati seperti mahligai idaman yang diimpikan yang mampu memberi keselesaan dan menjadi tempat berteduh buat seisi keluarga.
Tanah Keluasan Memanjang
Istimewanya rumah banglo yang terletak di Jerantut ini dibina atas tanah berkeluasan jenis memanjang 11,000kps dengan binaan rumah 3284 kps. Sekaligus menjadikan pemilik kediaman lebih kreatif dalam membina pelan lantai dan dekorasi kediaman untuk merealisasikan rumah impiannya.
Menariknya lagi, kediaman berkonsep moden ini merupakan hasil dekorasi citarasa pemilik sendiri tanpa melantik mana-mana ID profesional. Dibina dengan spesifikasi ruang mempunyai 5 bilik tidur, 3 bilik air, 2 balkoni, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga, dapur kering dan juga dapur basah luar serta ruang bbq.
Menurut pemilik, Mohd Yazriyang juga merupakan seorang kontraktor kos pembinaan rumah tersebut hasil menyimpan duit sikit demi sedikit selama 2 tahun dan memakan kos keseluruhan dengan anggaran RM585,000.
“Jenuh nak siap..simpan duit sikit-sikit 2 tahun lebih baru siap. Alhamdulillah siap jugak mana yang siap. Rumah ni tak boleh buat melebar..sebab tanah memanjang. Saiz 34×76 (2,584 kps) dan dapur luar 26×18 (468kps),” jelas Yazri.
Ads
Cermin Beri Kesan Visual Luas
Paling menarik perhatian pada dekorasi rumah ini ialah perletakan cermin sebagai ‘accent wall’ memberi kesan visual ruang makan yang tampak lebih luas dan lapang. Menariknya ia inspirasi daripada pemilik kediaman sendiri, yang merangka idea dan mengupah tukang untuk memasang cermin pada dinding tersebut dengan kos RM7,900 secara keseluruhan.
“Mula-mula tempah dulu tapak dia yang keliling tu. Pasang lampu LED sekali dengan orang perabot. Selepas itu baru panggil orang cermin ukur.
“Belakang cermin tu ada plywood 10mm. Cermin tu guna 6mm, jangan pakai 4mm ye. Keliling tu frame dia yang coklat tu kemasan laminate. Pergi je kedai kabinet, dia boleh buat..wiring sekali kena buat,” ujar Yazri.
Ads
Tahniah buat pemilik kediaman ini dapat merealisasikan mahligai impian dengan bajet yang lebih rendah daripada harga kos pembinaan asal. Lebih-lebih lagi apabila membuat sendiri kediaman atas tanah sendiri. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Mohd Yazri Usia Kediaman: Disember 2024 Lokasi: Jerantut,Pahang Konsep Hiasan Dalaman: Moden Keluasan Tanah: 11,000kps (Suku Ekar) Keluasan Kediaman: 3284 kps+ Dapur Luar 486kps Anggaran Kos: RM430,000 (rumah) + Dapur Luar (RM25,000)+ Dekorasi (RM60,000)+ Pagar (RM70,000)
Jenis Kediaman: Banglo Spesifikasi Ruang:
5 bilik, 3 bilik air, 2 balkoni, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga, dapur kering, dapur basah(luar) dan ruang bbq.
Siapa sahaja tidak kenal Jubin itu apa. Kebanyakkan orang yang ada rumah sendiri, akan mencantikkan rumah mereka dengan memasang Jubin-jubin yang cantik, tidak kira sama ada di lantai mahupun dinding. Tapi, tahukah anda jenis-jenis Jubin yang ada di dunia ini? Tak tahu? Hmph Lemah! Hahahahah gurau-gurau. Apa tunggu lagi, mari kita kenali jenis Jubin yang ada.
JUBIN SERAMIK
Sebuah Jubin yang paling asas dan diperbuat oleh campuran tanah liat, pasir dan bahan semula jadi yang lain. Jubin seperti ini, selalunya orang akan memasangnya di ruang tamu dan bilik tidur. Tambahan pula, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.
JUBIN PORSELIN
Jubin ini diperbuat oleh tanah liat, pasir dan air. Dan kalau nak tahu, tanah liat yang digunakan untuk membuat Jubin porselin ini, lebih padat dari biasa. Oleh sebab itu, Jubin ni mampu memantulkan cahaya. Jubin ini sesuai untuk dipasangkan di dalam atau di luar rumah dan juga Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.
JUBIN HOMOGEN
Inilah dia, jubin yang terkuat dikata-kata kan. Jubin ini selalunya dipasangkan di tempat yang ramai orang selalu berjalan atau banyak kaki akan jalan di atas Jubin ini. Sebagai contoh, di lapangan terbang, pusat beli belah, dan juga hospital. Kelebihan Jubin ini adalah ia tidak licin dan juga sesuai dipasang kawasan yang basah.
Jadi, anda pun sudah kenal jenis-jenis Jubin. Banyaklah lagi Jubin yang ada. Jikalau anda mahu tahu, boleh ke website PropertyGuru.
Ramai orang mengelak untuk beli rumah flat paling atas terutamanya aras 4 dan 5. Betul tak? Berbanding dari service apartment, rumah flat yang paling atas mempunyai harga rendah berbanding tingkat bawah.
Antara faktor yang menyebabkan ramai tak suka beli rumah flat tingkat 4 atau 5 adalah di sebabkan tinggi, malas nak naik tangga. Tapi, bagi generasi muda atau anda yang ingin menjadikan ia sebagai aset, ini lah peluang terbaik. Harga rumah flat aras paling atas kadangkala tak mencecah RM 200K pun. Kalau pandai runding, boleh dapat harga bawah RM 150K di tengah-tengah bandar seperti Shah Alam.
Ini cara nak jana pendapatan dari fumah flat tingkat atas:
1. Tengok rumah diwaktu malam. Kalau banyak lampu yang terpangsang, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tingi walaupuna tingkat yang paling atas
2. Kenal pasti target market anda. Kebiasaanya, flat paling atas ni target marketnya adalah orang bujang dan bekerja.
3. Pastikan kondisi rumah dalam keadaan baik terutama untuk jenis sub-sale. Takut kelak nanti anda nak menanggung masalah penyelengaraan lain pula terutamanya kebocoran
4. Sewaan mengikut bilik lebih menguntungkan berbanding sewaan satu rumah. Ia lebih memudahkan anda untuk mendapat penyewa
5. Buat pembahagi ruang untuk tambah satu bilik lagi. Kebiasaanya tempat yang sesuai adalah di ruang tamu. Jadi bila bilik bertambah, anda akan mendapat tambahan penyewa yang secara tidak langsung duit pun bertambah
6. Rumah cantik dan fully furnish lebih senang untuk dapat penyewa. Banyak agen hartanah buat sewaan mengikut bilik atau kepala. RUmah fully furnished ni kalau ikut kepala seorang harganya boleh mencecah RM 250-300.
Cuba bayangkan kalau anda ada sebiji rumah flat tingkat 5, buat lagi satu bilik tamabhan menajdikan total bilik 4. Satu bilik 2 orang. 4 bilik dah dapat 8 orang dan setiap sorang harga sewaan RM 250. Total sewaan sebulan yang anda peroleh boleh dapat RM 2K sebulan. Banyak tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Binaan taman kecil dengan keluasan kebun 3x4m yang dikelilingi batu-batu yang membuatkan ruang laman ini menyuntik aura semulajadi. Binaan atap yang dibina dengan kayu disisir rapi ini memberi pencahayaan telus ke ruang tersebut.
Taman kecil adalah tema rumah ini. Taman ini adalah teras untuk akses ke rumah dari jalan luar. Ruang makan juga terletak di luar yang berhampiran dengan tempat bersantai .
Jika anda pernah ke negara Jepun pasti pernah melihat bagaimana cara penempatan atau pola kediaman di sana. Di bandar Jepun, di mana rumah akan disusun sebaris jika di kawasan kecil, sukar untuk memperuntukkan ruang untuk taman. Pereka kediaman ini berusaha menyelesaikan kesulitan itu dengan merancang mekanisme perancangan perumahan.
Pertama, ruang dalam rumah dibahagikan kepada isipadu utama iaitu ruang tamu, dapur, dan ruang yang lain. Manakala sub volume untuk ruang lain dibina dengan bilik tidur dan bilik mandi.
Rekaan unik ini mencipta ruang untuk taman membuatkan ia tampil lebih sempurna untuk sebuah kediaman. Kaedah binaan ini nampak mudah, tetapi mempunyai kesan sebaliknya iaitu bayangan bangunan untuk menggabungkannya ke sekitarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Bangunan dan taman bersatu menjadi sebahagian daripada pemandangan bandar.
Rumah-rumah di kedua-dua sisi dirancang dengan cara yang sama. Dengan itu ia membuatkan rumah berlaman kecil ini nampak lebih menonjol.
Boleh jadikan inspirasi!
Kredit:
Rumah KAKAMIGAHARA, JAPAN
Architects: Plan21
Gambar: Akira Ueda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!