Memang seronok apabila mendapat kunci rumah dan boleh berpindah masuk ke rumah baru. Namun, sebelum nak masuk ke rumah baru, kena rancang dengan teliti dan ambil tahu keperluan yang penting dahulu. Ini kerana urusan pindah barang rumah boleh menjadi perkara yang cukup merenyahkan bagi kebanyakan pemilik kediaman.
Ikut panduan senarai semak ini supaya urusan pindah barang rumah menjadi lebih sistematik, efisien, pantas, mudah dan berbaloi. Lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali pengalaman berpindah rumah, jadi tak lah serabut dan pening kepala nanti dibuatnya.
1. Kemas Bilik Jarang Guna Dahulu
Mulakan dengan bilik yang jarang digunakan dahulu seperti stor. Tugas mengemas perlu dimulakan dari bilik yang jarang digunakan kerana kerja mengemas dan mengasingkan barang-barang jadi lebih mudah.
2. Jual Barang Lama
Perabot, perkakas, pakaian dan barang-barang rumah yang masih elok dan lama tidak dipakai, lebih baik dijual. Duit yang diperolehi boleh digunakan untuk keperluan urusan pindah rumah, selain dapat meminimumkan jumlah barang-barang yang perlu dibawa ke rumah baru.
3. Kumpul Kotak & Beli Pita Pelekat
Beberapa minggu sebelum merancang untuk berpindah boleh mulakan ‘operasi’ mengumpul kotak-kotak terpakai. Boleh minta daripada kedai-kedai runcit atau pasar raya sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda dan jangan lupa beli sekali pita pelekat serta pembalut plastik.
4. Label Kotak
Labelkan setiap kotak mengikut bahagian rumah dan kategori. Sebagai contoh, DAPUR- Pinggan Mangkuk, BILIK TIDUR- Set Cadar. Ini bagi menyenangkan pekerja syarikat lori memunggah barang ke tempat yang sepatutnya. Di samping itu juga, memudahkan anda memilih kotak mana yang mana perlu dibuka.
Ads
5. Tip Asas Mudah Kemas Barang:
Boleh gunakan beg tarik untuk barang berat seperti buku-buku, majalah dan sebagainya.
Guna cadar lama untuk balut tilam bagi mengelakkan tilam kotor kena habuk atau kotoran sewaktu berpindah.
Untuk kotak-kotak, susun barang berat di bawah dan barang ringan di atas.
Gunakan ‘zipped lock bag’ untuk barangan kecil seperti skru,pin dan paku. Kemudian, masukkan barang-barang kecil ini di dalam kotak khas supaya mudah dicari dan tak mudah hilang.
Tak perlu bekas khas untuk menyimpan segala rempah ratus, botol perasa, tepung dan lain-lain. Gunakan periuk stainless steel yang ada di rumah dan simpan di dalamnya. Lebih jimat ruang.
Bagi botol sabun, minyak, syampu dan sebagainya pula, balut dengan plastik. Jika cecair dalam botol tertumpah, ia tidak akan menjejaskan barang lain dan lebih mudah diuruskan.
Selain guna surat khabar, digalakkan membalut barang kaca dengan menggunakan fabrik seperti baju atau tuala anda sendiri. Bukan sekadar lebih jimat ruang, malah selamat mengurangkan risiko barang pecah.
Kalau ada baju yang jenis memang dah siap bergantung, tak perlu lipat satu persatu. Hanya ambil satu plastik besar seperti plastik sampah. Sarungkan sahaja. Jimat masa mengemas di rumah baru nanti.
Ads
Balut laci almari dengan pembalut plastik dapat mencepatkan proses mengemas dan membungkus. Jadi tak perlulah anda kemas barang dalam laci tersebut atau biar laci kosong sahaja.
6. Nyahbeku (‘Defrost’) Peti Sejuk
Nyahbeku (‘Defrost’) peti sejuk sehari sebelum berpindah dan cuci keseluruhan peti sejuk. Pastikan peti sejuk kosong, dibalut rapi dengan plastik bagi mengelakkan ia kemek atau tercalar sebelum dibawa ke rumah baru. Setelah sampai pastikan plug peti sejuk tidak terus dibuka sekurang-kurangnya 12 jam, bagi mengelakkannya rosak.
7. Asingkan Barangan Berharga
Asingkan barangan berharga seperti laptop, ipad, barang kemas, jongkong emas, wang tunai dan sebagainya, kendalikan sendiri masa hari perpindahan. Sementara orang tengah sibuk dan ramai di dalam rumah membantu proses perpindahan anda, sorok dulu barang berharga di tempat yang memang tak akan ada orang luar masuk.
8. Sediakan Keperluan ‘Barang-Barang Hari Pertama’
Selepas berpindah, anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak yang menimbun pada hari pertama. Jadi seeloknya sediakan siap-siap “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan bagi memudahkan urusan nanti. Seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain.
Ads
9. Minta Kebenaran Pengurusan Kediaman
Sebelum berpindah, pastikan telah meminta kebenaran daripada pihak pengurusan kediaman untuk tujuan ini. Pastikan kenderaan yang digunakan untuk berpindah mendapat kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran barangan, terutamanya jika tinggal di kondominium atau apartmen.
10. Cari Syarikat Pindah Barang Ikut Keperluan
Ini yang paling penting. Cari syarikat yang boleh menawarkan servis pengangkutan pindah barang rumah mengikut ‘KEPERLUAN’ anda, supaya tidak berlaku pembaziran dan lebih jimat.
Sebagai contoh, jika anda seorang bujang atau baru berkahwin, mempunyai barangan rumah yang sedikit, menggunakan van, kereta pacuan 4 roda 4×4 atau lori bersaiz kecil sudah memadai. Sebaliknya, jika anda mempunyai keluarga besar dan barangan rumah juga banyak, pilih lori yang bersaiz besar lebih sesuai dan mencukupi.
Lalamove antara syarikat pengangkutan pindah barang rumah yang boleh dipertimbangkan kerana mempunyai banyak pilihan kenderaan mengikut keperluan pemilik kediaman. Ia pantas, mudah dengan harga yang cukup berpatutan. Malah menjimatkan masa, selesa digunakan tanpa sebarang kontrak atau komitmen tambahan serta tanpa caj tersembunyi.
Hanya perlu download aplikasi Lalamovedan boleh buat tempahan pindah barang rumah sekarang di SINI .
Kesimpulannya, urusan pindah barang rumah tak lagi menyusahkan buat pemilik kediaman jika ikut panduan senarai semak yang dikongsikan ini. Selamat berpindah ke rumah baru!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak beli sebuah rumah walaupun sekecil dan semurah mana pun sekarang ni bukan nya mudah. Pelbagai aspek yang perlu diteliti dan dikaji. Jika semberono je membeli, silap-silap kita yang akan rugi. Paling menyedihkan, ada juga yang ditipu.
Orang yang gaji RM 3K sebulan pun belum tentu mampu memiliki rumah sendiri. Ini kan lagi untuk memiliki hartanah di usia yang muda. Kalau mak pak kita bukan orang kaya, jangan harap lah kan.
Namun baru-baru ini, perkongsian di laman tweeter di akaun seorang gadis yang menggelarkan diri Cek Ifa berjaya menarik perhatian apabila ia berja memiliki sebuah hartanah yang bernilai RM 500K di usia 24.
WOW! Hebatkan. Namun Cek ifa yang menetap di Kedah ni tak kedekut berkongsi pengalaman dan cara macam mana dia berjaya memiliki sebuah hartanah yang boleh dikatakan mewah di usia muda.
1. Berniaga kecil-kecilan
Seawal usia 17 tahun (lepas SPM) Cek ifa dah mula buat perniagaan kecil-kecilan dan duit tersebut disimpan dalam bank walaupun sedikit.Ia penting untuk membuktikan kepada bank wujudnya transaksi. Kata Cek Ifa, kalau nak ambil pun jangan bagi sampai kosong simpanannya. Tinggalkan sedikit.
Kalau ada modal lebih, boleh buka akaun atas nama perniagaan. Bank lebih yakin walaupun perniagaan nya kecil sahaja.
2. Simpan duit Overtime
Bila dah mula kerja, Cek Ifa buat overtime. Die kata walaupun jumlah OT RM50 / bulan pun bank ambil kira dan duit itu disimpan.
3. Melabur dalam ASB
Walaupun ada bank mengatakan ASB adalah beban atau expenses, tapi ada setengah bank kira ia sebagai pendapatan dan simpanan tetap. Jadi bila nak buat loan rumah boleh mohon pada bank yang anggap ASB sebagai simpanan tetap atau pendapatan tadi.
4. Pemilihan pemaju yang tepat
Cari pamaju yang tanggung semu kos seperti bayaran guaman dan lain-lain, Rumah yang ditawarkan rebate pun wajib menjadi pilihan.Seperti Cek Ifa, dia hanya perlu bayar 1% dari deposit 10% sebab tadi telah di beri rebate.
5. Beli rumah yang tak siap lagi
Kaedah ini IMPIANA tengok agak membahayakan. Tapi kalau pemaju tersebut diyakini dan bukan pemaju-pemaju yang cokia punya, tak ada risiko.Kebanyakkan pemaju ada yang jual perumahan masa belum pecah tanah pun lagi. Masa ni lah harga memang jauh berbeza. Ini lah cara pemaju menarik minat pembeli.
Macam Cek Ifa, dia beli rumah tu 2 tahun lepas masa tu baru peringkat pecah tanah sahaja. tapi kini nilai hartanah yang dibeli setelah mula diduduki telah mencecah RM 500K.
Tapi nak dapat peluang-peluang macam ni Cek Ifa kata kene salalu survey. Tapi kalau ada pameran-pameran hartanah tue boleh juga pergi tengok-tengok. Nak beli rumah ni tak boleh terburu-buru.
6. Tekad dan azam
Cek Ifa ni, dia dah tanam kan azam sejak umur 19 tahun untuk memiliki sebuah rumah pada usia sebelum 25. Jadi bila anda punya azam, apa pun yang nak di lakukan anda akan jadikan azam tadi sebagai pendorong. Nak keluarkan duit lebih-lebih pun takut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hai assalammualaikum semua dan selamat Hari Raya Aidil Adha 2022 kepada umat muslimin dan muslimat sekalian. Haa, dah hari-hari raya ini, mesti happy kan? Siapa je tak happy bila masuknya hari raya. Tapi, hari raya haji ini berbeza sedikit dengan aidilfitri sebab ada yang kena menolong siang daging korban kan. Bila nak tolong bersiang mesti kena ada pisau. Jadi sebab itu, hari ini saya nak memberitahu apa jenis pisau yang anda mugkin akan gunakan untuk persiapan makan di hari raya ini. Mari saya tunjukkan.
PISAU CHEF
Pisau chef ini, anda akan gunakan dan bersama anda kerana ia pisau yang popular. Dengan ukuran 15-30 cm, ia merupakan pisau yang mempunyai bilah yang panjang, kuat dan berat. Pisau ini akan gunakan bila mak-mak akan suruh kita pergi potong sayur atau daging.
PISAU PARING
Pisau paring ini, pisau yang kecil sahaja tapi ia mempunyai hujung yang sangat tajam. Jadi, ia perlu berhati-hati ketika memakainya, lagi-lagi yang baru belajar. Saiznya kecil dan kemas. Oleh sebab itu, pisau ini sangat sesuai jikalau anda tetamu datang beraya, dan disuruh untuk memotong buah ke, haa pisau ni lah yang sesuai untuk digunakan.
PISAU PEMOTONG
Siapa je tak kenal pisau ini. Pisau ini lah yang paling penting untuk kita guna potong daging korban yang tebal tu bila nak hendak memasak. Nama gelaran bagi pisau ini adalah choppers. Pisau ini nak dekat serupa dengan pisau cleavers, cumanya pada di bahagian pemotong pisau ini lebih nipis. Sebab itu, pisau ini sesuai digunakan untuk menghiris daging secara menipis
PISAU SEMBELIH
Haa yang lelaki-lelaki semua, bila time raya aidil adha ini, kamu semua kena tolong pakcik-pakcik surau dalam sembelih, lagi-lagi kena tahu pisau apa yang digunakan untuk menyembelih lembu atau kambing. Pisau sembelih ini, ia nak dekat sama dengan parang, Cuma ia lebih kecil dan hujungnya lebih tajam kerana ia untuk membuatkan lembuh yang dikorban terus mati apabila disembelih supaya ia tidak sengsara.
Jadi, itu sahajalah jenis-jenis pisau yang selalu digunakan semasa hari raya aidil adha. Jangan lupa baca part 2 artikel tentang special hari raya aidil adha ini.
Bagi mereka yang tinggal di rumah atau apartmen yang tidak dilengkapi dengan ‘hood’ dapur, bau masakan boleh menjadi masalah yang mencabar.
Bau ini sering kali berlarutan dan menyerap ke dalam fabrik, langsir, dan perabot, menjadikan ruang dapur dan rumah kurang selesa.
Biasanya untuk hilang bau kepam dari masakan ini kita akan sembur pewangi kediaman. Ini ada satu cara yang boleh kita gunakan untuk menghilang masalah bau yang memenuhi ruang rumah selepas masak. Cuma rebus empat bahan ini, dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Tip hilangkan bau masakan untuk rumah tiada hood
Nak share tip bagi hilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada kitchen hood macam saya.
Lepas memasak tumis rumah biasanya akan berbau. Saya selalu lepas kemas dapur saya akan rebus bahan ini untuk hilangkan bau masakan dalam rumah.
Bahan-bahannya;
Lemon
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit macamtu. Guna api yang kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol spray dan boleh guna sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.