Rawat bena dengan rebusan cengkih. Memang banyak bahan dapur yang bermanfaat pada tanaman di kebun. Bagi yang mengamalkan konsep tanaman organik, cara ini yang paling tidak boleh diabaikan.
Menjelang musim hujan, tanaman mudah terancam kepada serangan perosak yang ramai geruni iaitu bena. Hal ini turut dihadapi dan dikongsikan cara penyelesaian mudah oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni kena serangan bena dan parasit yang jenis sedut bendalir pokok tu.
Terima kasih yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Memang menjadi. Sekarang dah berbunga dan berbuah dah
Saya share cara saya buat
Saya ambil segenggam bunga cengkih. Kemudian rebus dengan 1liter air. Rebus dalam tempoh 15 minit ke 20 minit Lagi lama, lagi bagus. Biarkan air rebusan sejuk semalaman. Lepastu esok sembur. saya buat air rebusan ni waktu malam
Sembur lak permulaan 2 kali sehari pagi petang selepas siram pokok. Saya amalkan 2-3 hari berturut-turut je..
selepas itu saya buat seminggu sekali jer dalam 2minggu …ni dah sebulan tak buat dah…alhamdulillah ok…ingat next week nak buat lagi…
P/S sembur secara rata tau…atas bawah depan belakangyg ada bena tu sembur kan
Atasi cabage warm dengan semburan rebusan cengkih
Sebelum ni IMPIANA pernah kongsikan khasiat bayam brazil atau juga dikenali dengan nama bayam sissol. Antaranya awet muda, menguatkan tulang dan pelbagai lagi. Sayuran jenis salad ni, memang sangat mudah untuk ditanam dan cepat membiak. Tapi ada satu masalah yang memang boleh buat semua orang patah hati iaitu ancaman perosak.
Seperti sayuran berdaun lain, antara serangga yang kerap ancam bayam brazil ni adalah cabbage worm. Kehadirannya memang sukar dikesan kerana ia kecil, warna sama seperti daun dan tak tahu bila waktu serangga ni aktif. Kehadirannya mudah dikesan apabila kelihatan butiran kecil berwarna hitam pada permukaan daun.
Ads
Kalau dibiarkan, boleh jadi botak pokok bayam brazil kita. Tapi, Siti Samsiah ada resepi racun organik untuk masalah ulat yang suka makan bayam brazil ni.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air
Ads
CARA-CARA:
Rebus semua bahan dengan api sedarhana sampai mendidih. Saringkan air rebusan setelah disejukkan.
Masuk kan air rebusan tadi ke dalam botol semburan. tak perlu tambah air dan semburkan pada keseluruhan tanaman terutamanya pada bahagian bawah daun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Untuk lebih berkesan, boleh buat semburan setiap hari.
Laman, adalah satu terapi yang mungkin ramai tidak tahu. Tidak kisah keluasan laman itu sebenarnya, jika tumbuhan hijau yang tersusun rapi dapat menyerlahkan dengan landskap kejur pasti sejuk mata yang memandang. Tahukah anda laman ini sangat la penting. Landskap ini di sebut sebagai lanskap kejur atau hardscape. Jika anda bijak mengenakannya landskap kejur ini, pastinya laman anda akan nampak lebih berseri dan mudah untuk penjagaan.
Konsep sebegini adalah untuk yang agak kurang rajin untuk maintain laman, tetapi inginkan laman yang cantik. Bolehlah lakukan di rumah anda jika anda jatuh hati dengan konsep sebegini.
10 idea menarik mini ladskap walau tanah 5 kaki sahaja. Landskap adalah satu terapi yang pastinya akan memberi ketenangan.Miliki kediaman pastinya mengidamkan sebuah landskap indah.
Jika pemilik yang memiliki halaman pastikan halaman anda tidak semak dan serabut dek lalaang. Landskap adalah satu terapi yang pastinya akan memberi ketenangan setiap hari anda balik dari kerja. Tidak kira sama ada laman itu luas atau tidak. Mini landskap juga sudah mampu membuatkan anda bahagia.
Jika hujung minggu laman ini akan menjadi sebagai satu ruang terapi bersama keluarga tercinta. Anak-anak bermain dan mungkin anda boleh membuat BBQ untuk makan malam bersama keluarga di halaman anda sendiri. Halaman tidaklah perlu sebesar yang diimaginasikan. Jika anda mempunyai keluasan tanah hanya lima kaki sahaja sudah cukup untuk merapikan halaman tersebut.
Jom lihat halaman, mana tahu anda boleh dapat inspirasi untuk halaman rumah anda pula.
.
.
.
Kemasan landskap juga penting bagi tema yang diinginkan, tidak kira sebesar mana keluasan laman anda, jika ada kehendak dan kemahuan pasti boleh lakukannya. Buat sedikit demi sedikit pasit dapat menghasilkan laman yang indah dan apa yang diidamkan.
.
.
Masa kini, terdapat rumput tiruan. Bagi yang malas untuk menjaga rumput, rumput jenis ini amat sesuai. Jadi carilah harga yang berpatutan dengan keluasan yang ingin anda pasang rumput tiruan tersebut. Sejuk mata memandang bila tengok halam mahupun patio atau anjung kediaman ada palitan hijau yang segar (mini landskap).
.
.
.
.
Banyak kelebihan jika anda memilik laman ia bukan sahaja mampu menjadi terapi malahan ia juga mampu memberi oksigen yang baik kepada kita semua. Sejuk mata memandang dengan hidupan hijau semula jadi.
Bila memiliki laman ada perlulah rajin untuk membelainya kerana tumbuhan hidup akan sentiasa berzikir.
Ini 10 Jenis Pokok Mudah Hidup Yang Sesuai Ditanam Sebagai Pagaran
SPESIES SESUAI MUDAH TANAM
Anda boleh memilih untuk menanam tanaman pagaran yang rendah atau yang tinggi bergantung kepada keperluan peribadi anda. Namun secara prinsipnya, tidak semua perkarangan kediaman kita perlu ditonton oleh jiran kerana ada kalanya kita dan mereka memerlukan sedikit privasi.
Terdapat pelbagai spesies pokok renek berbunga pelbagai ketinggian yang menarik sesuai untuk dijadikan pokok pagaran. Namun, pemilihan warna, saiz dan bentuk bunga pokok renek adalah subjektif dan peribadi. Terpulang kepada cita rasa dan keinginan masing-masing. Berikut disenaraikan 10 spesies pokok renek berbunga yang sesuai dijadikan pokok pagaran.
Bougainvillea (Bunga Kertas)
Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Bunganya nipis kelihatan seperti kertas cukup mempesonakan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Ia boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi.
Bunga kertas sering kali digunakan sebagai pokok pagaran. Struktur daunnya yang lebat dapat membentuk hadangan pandangan dari luar laman. Batang pokok bunga ini agak keras, berduri dan bercabang-cabang. Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas begitu popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa.
Bunga kertas mudah untuk dibiakkan iaitu melalui keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu. Ia memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.
Ixora (Siantan)
Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, amat sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Tumbuhan ini biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
Hibiscus rosa sinensis (Bunga raya)
Bunga raya, Hibiscus rosa sinensis merupakan bunga kebangsaan kita. Justeru, menanam ratu tumbuhan tropika ini di halaman kediaman kita akan menyerlahkan sifat kebanggaan serta kecintaan kepada negara.
Bunga raya adalah sejenis spesies pokok renek berbunga sama ada merah, merah jambu, putih, kuning atau jingga, berbentuk rimbun menegak dan mempunyai tekstur sederhana kasar. Kebiasaannya, ketinggian pokok bunga raya ialah antara dua hingga tiga meter. Berikutan kecantikan dan keunikan bunganya, dikategorikan sebagai tumbuhan renek tahan lasak dan malar hijau, ia kerap dijadikan pokok pagaran yang popular.
Jasminum sambac (Melur)
Bunga Melur juga dikenali Bunga Melati atau nama saintifiknya Jasminum sambac terdiri dari pelbagai variasi. Spesies yang paling biasa ditemui adalah tiga jenis utama iaitu duke of tuscany,maid of orleane dan star jasmine.
Melur termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang dan berbau wangi. Spesies dengan ketinggian 1.5 meter ini mempunyai daun-daun kecil yang banyak dengan rimbunan bunga mengikut susunan kelopak-kelopak kecil. Kerana keharuman bunganya dan mekar sepanjang tahun, spesies ini mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan.
Tanah yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang yang matang atau kaedah tut. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya. Ia juga memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk tumbesaran dan berbunga.
Gardenia augusta (Bunga Cina/Melur Cina)Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.
Spesies ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 hingga 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar.
Michelia pumila (Cempaka telur)
Cempaka telur atau nama saintifiknya Michelia Pumila. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.
Melastoma malabathricum (Senduduk)
Pokok senduduk atau nama saintifiknya Melastoma malabathricum merupakan pokok renek yang biasa dijumpai di dalam belukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 meter. Namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 meter. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang, daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai lima kelopak dengan stamen berwarna kuning di tengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.
Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung. Selain ditanam untuk tujuan perubatan ia juga boleh menjadi tanaman pagaran yang baik.
Gardenia jasminoides (Kembang cina)
Gardenia jasminoides atau pokok bunga kembang cina merupakan spesies renek berkayu yang mempunyai ketinggian 2 meter. Daunnya berwarna hijau, berbentuk bulat, ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Manakala buahnya berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci. Kerana keharuman, bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi.
Tabernaemontana coronaria (Susun Kelapa)
Tabernaemonta coronaria atau pokok susun kelapa merupakan tumbuhan herba renek dengan ketinggian di antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih dan berbau harum dengan kelopak bersusun dan agak besar. Daunnya akan mengeluarkan sedikit getah putih jika dipatahkan. Spesies ini boleh dibiakkan melalui kaedah keratan batang atau biji benih.
Mussaenda erytrophylla (Pokok Janda kaya)
Pokok janda kaya atau nama botaninya Mussaenda erytrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai kanopi daun yang merimbun dan lebat. Kebiasaannya pokok ini mempunyai dua jenis variasi bunga berbentuk seperti bintang iaitu bunga yang berwarna merah dan yang berwarna putih.
Spesies yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh tumbuh di antara 1.5 hingga 2 meter tinggi dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau tut. Ia sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.