Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya bagi yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.

Boleh rujuk perkongsian lengkap daripada Puan Azlina Mat Lazim ini, cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.

Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.

Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.

Cara-Caranya:

1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.

Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

IKLAN

2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.

3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.

Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

IKLAN

4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.

Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

Tip Ekstra!

  • Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
    *Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
  • Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
  • Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.

Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

IKLAN

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Air Semburan Kulit Bawang ‘Spray’ Berkesan Elak Serangan Perosak Sayuran
Baca lagi disini:Tanam Tomato Guna Baja Kulit Bawang Untuk Buah Banyak Dan Cantik
Artikel Menarik: 10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Azlina Mat Lazim

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI